Sunday 16 October 2011

JAMAL ABDILLAH BEBAS DARI TUDUHAN DADAH



lhamdulillah, semoga Jamal Abdillah dapat mewakili golongan penagih lain untuk terus berubah. Jangan hina golongan seperti ini. Mereka perlukan support yang sangat kuat untuk berubah. Tiada sesiapa pun dalam dunia yang bercita cita mahu jadi penagih. Ada penagih yang terjebak atas kecuaian sendiri dan ada pula penagih yang dianiaya kawan sendiri. Biar apa pun alasannya, kita semua perlu balik ke pangkal jalan. Dan masyarakat, perlu beri sokongan. Jangan hina kerana itu akan memusnahkan harapan mereka untuk sembuh.

Raja Pop, Jamal Abdillah disahkan bebas sepenuhnya ketagihan dadah tetapi memilih terus tinggal di Rumah Pengasih sehingga bersedia untuk menghadapi kehidupan di luar, kataPresiden Persatuan Pengasih Malaysia (PENGASIH), Datuk Yunus Pathi.

Katanya, meskipun Jamal sudah mendapat rawatan pemulihan di Rumah Pengasih selama lima tahun, dia akan tetap dibantu dan dibenarkan untuk terus tinggal di situ.
“Kita akan bantu dia. Mungkin dia takut menjalani kehidupan di luar kerana bimbang terbabit semula dengan dadah. Jamal adalah harta negara, jadi bila dia minta terus tinggal di Rumah PENGASIH, tak akan kita hendak tolak pula walaupun dia sebenarnya layak duduk di luar.


-berita harian

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...