gambar hiasan |
Dia tidak berpindah kerana meramas buah dada rakan sekelasnya tegas beliau. Beliau yang berang dengan serangan yang dilakukan terhadap anak lelakinya itu dan menyifatkannya sebagai keji dan tidak bertamadun’serta menyalahkan Naib Ketua Bahagian UMNO Bukit Gelugor, Dr. Novandri Hassan dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang dikatakan menabur berita tersebut.
Guan Eng berkata, sekiranya musuh politiknya mahu menamatkan karier politiknya pun, mereka boleh lakukan apa saja pada dirinya tetapi tidak sekali-kali ‘mengusik’ keluarganya.
Beberapa blog politik termasuk blog Minda Intelek Melayu (MiM.blogspot.com) milik Dr. Novandri baru-baru ini menyiarkan laporan mengenai seorang pelajar perempuan diramas buah dadanya oleh seorang anak VVIP di Pulau Pinang dan dibayar RM200,000 bagi menutup mulutnya dari menghebahkan perkara berkenaan ke pengetahuan umum.
-melvister
0 comments:
Post a Comment