Home » Posts filed under Hiburan
Posted by infosuam on 21:00
KUMPULAN 3G DI MAHARAJA LAWAK MEGA
 |
| 3G berharap peminat terhibur dengan persembahan mereka. |
BERHADAPAN dengan 16 lagi kumpulan yang bertanding bagi merebut gelaran juara Maharaja Lawak Mega (MLM) bukanlah sesuatu yang mudah.
Pun begitu, bagi pasukan yang terdiri daripada dua kuntum bunga dan seekor kumbang ini, keserasian merupakan senjata utama untuk meneruskan langkah. Kalau boleh, sehingga ke peringkat akhir.
Menamakan kumpulan mereka sebagai 3G, Yassin Yahya, Enot dan Didie Alias membuka langkah persembahan pertama mereka dalam MLM Jumaat lalu, dengan penuh keyakinan.
Telatah bersahaja dan ekspresi muka Yassin sudah cukup untuk mengundang penonton tidak kering gusi.
Ini kerana trademark wajah yang selamba milik Yassin merupakan bahan gelak penonton di rumah dan di Royal Theater Selangor di Shah Alam yang mengikuti MLM secara langsung di Astro Warna.
Tidak cukup dengan penampilan Yassin, kebecokan mulut Didie dan Enot turut membuatkan keadaan bertambah bingit apabila ketiga-tiga mereka beraksi di pentas MLM.
Ternyata, ungkapan serasi yang diucapkan oleh mereka dalam persembahan pada malam itu, bukanlah sesuatu yang dibuat-buat tetapi ia benar-benar dapat dirasai oleh penonton.
Bagi Yassin, apa yang dipersembahkan oleh 3G pada malam itu adalah hasil perbincangan dan persetujuan yang dicapai sesama sendiri.
Mendengarkan kata-kata yang terpacul daripada mulut Yassin, Didie atau nama sebenarnya, Fadzilah Mohammad @ Ali mengangguk-anggukan kepalanya tanda bersetuju dengan pendapat Yassin.
“Jadi, dengan masa yang sangat terhad, kami gunakan dengan sebaik mungkin bagi memastikan apa yang dirancang untuk dipersembahkan kepada penonton, berjalan lancar,” kata Didie bersungguh.
Bagi Alliza Abdullah atau lebih dikenali sebagai Enot, masa yang diberikan oleh penganjur (tiga minit 30 saat) untuk persembahan merupakan satu cabaran.
Jelasnya, dalam tempoh sesingkat itu, ketiga-tiga ahli 3G perlu menonjolkan diri masing-masing sambil mengekalkan elemen lucu.
3G dengan rendah dirinya memberitahu Hits, mereka tidak meletakkan harapan yang menggunung tinggi untuk bergelar juara MLM sebaliknya lebih senang hadir sebagai peserta berkumpulan yang mampu menggeletek hati penonton.

Yassin muncul kembali
Memulakan langkah sebagai anak seni selepas menyertai pertandingan realiti televisyen Sinaran Passport Kegemilangan pada tahun 1997, nama Yassin lebih sinonim dengan kumpulan lawak nombor satu negara, Senario.
Bertahan hampir 10 tahun di bawah payung Senario, zaman kegemilangan Yassin dilihat berakhir apabila dirinya terpalit dengan gejala negatif.
Agak lama juga, pelakon filem Aku Kaya The Movie (2003) ini berdiam diri namun hari ini, Yassin bangkit di atas pentas MLM bersama kumpulan 3G.
“Saya bersyukur kerana MLM adalah platform untuk saya beraksi bersama Didie dan Enot menghiburkan penonton.
“Terus terang saya katakan di sini bahawa inilah kali pertama kami bergandingan. Oleh itu, kualiti persembahan harus dipertingkatkan dari minggu ke minggu.
“Saya amat berharap peminat dan juga penonton di rumah terhibur dengan persembahan kami dan ingin menyaksikan aksi 3G pada minggu kedua dan seterusnya,” kata Yassin yang juga muncul sebagai side kick kepada Apek dalam filem Duyung (2008).
Yassin mengakui tidak mahu bersikap hipokrit dengan mengatakan kumpulan 3G tidak mensasar salah satu tempat di peringkat akhir.
Katanya, walaupun MLM baru sahaja bermula namun mereka berpandangan jauh.
Katanya, jika 3G dapat mengekalkan momentum persembahan dan muncul pada setiap minggu, itu merupakan satu bonus bagi kumpulan mereka.
Didie bijak bahagi masa

Walaupun baru sahaja pulang dari Korea kerana terbabit dengan rancangan travelog yang dikendalikan oleh Awal Ashaari dan juga Scha Alyahya, Didie bijak mengatur jadual seninya dan mencuri masa untuk menyertai MLM.
Bagi Didie yang terkenal sebagai artis wanita yang kuat bekerja, setiap peluang dan ruang yang datang akan digunakan sebaiknya kerana bidang seni merupakan punca pendapatan beliau selama ini.
Biarpun tidak pernah mengeluh penat namun dia mengakui, perlu pandai mengatur masa agar tidak terlalu terkejar-kejar.
Kata Didie, rezeki pemberian Tuhan kepadanya dan keluarga tidak akan disia-siakan.
“Saya sebenarnya baru sahaja selesai menjalani penggambaran telemovie Biar Mimpi Sampai ke Bintang.
“Dalam pada itu, saya juga terlibat dengan penggambaran drama bersiri, Peah Gossip bersama Fasha Sandha.
“Memanglah kalau diikutkan terasa penat tetapi saya suka dengan apa yang saya lakukan sekarang ini. Ia sudah menjadi darah daging saya,” katanya ketika ditemui selepas siaran langsung MLM selesai.
Kata Didie, tumpuannya kini lebih kepada 3G kerana menyedari, saingan daripada peserta-peserta lain tidak kurang hebatnya.
Justeru, katanya, 3G memerlukan momentum terbaik kerana selain mahu menghiburkan peminat, biarlah persembahan 3G mendapat tempat di hati penonton dan para juri.
MLM dunia Enot

Seluruh tenaga dan minda Enot difokuskan kepada 3G walaupun dalam masa yang sama, pelakon comel ini menjalankan perniagaan keknya.
Kata Enot, apabila dia tidak menerima sebarang tawaran berlakon sekarang ini, masanya memang sesuai untuk tumpuan sepenuh masa kepada 3G.
“Menyertai MLM bersama Didie dan Yassin adalah suatu langkah yang tidak pernah terlintas di fikiran saya.
“Apatah lagi beraksi dan bersaing dengan 16 peserta termasuk dari negara-negara jiran kita.
“Maka itulah, bagi saya mahupun dua lagi rakan dalam 3G, kami akan cuba untuk memberikan persembahan terbaik,” katanya yang belum merasa puas menghiburkan penonton MLM.
Kata Enot, walaupun kehadiran 3G dalam MLM sebagai peserta underdog namun mereka serius dalam memberikan persembahan pada minggu hadapan.
“3G akan mencari idea yang lebih bernas dengan lawak yang lebih bersahaja untuk penonton. Apabila penonton ketawa, itulah kejayaan bagi kami,” katanya.
-UTUSAN
Read more »
Posted by infosuam on 08:00
Artis muda yang sedang meningkat naik melalui YouTube iaitu Najwa Latif yang terkenal dengan lagu Cinta Muka Buku dikatakan mempunyai masalah dengan para wartawan. Masalah yang sebenarnya dimaksudkan ialah apabila pengurusnya dikatakan tidak menghormati wartawan malah sanggup meninggi suara apabila diajukan soalan.
Najwa Latif seorang artis yang boleh pergi jauh didalam industri nyayian dan sayang jika pengurusnya terus bersikap sedemikian hanya akan menyebabkan Najwa “dipulaukan” oleh beberapa wartawan sekaligus menyebabkan dia susah hendak cari makan kelak.
Dikatakan ada rakan wartawan dari stesen televisyen swasta telah dimaki dan dituding jari oleh pengurus ini yang tidak tahu berkomunikasi dengan media. Kejadian ini berlaku pada suatu majlis dimana wartawan berkenaan sedang menghadiri majlis pelancaran bersama selebriti di taman rekreasi sekitar Kuala Lumpur.
Masalah ini dikatakan berpunca dari soalan yang diajukan pada penyanyi remaja mengenai isu peribadi artis remaja berkenaan. Namun begitu, pengurusnya yang sepatutnya hanya bekerja sebagai pengurus telah memarahi wartawan berkenaan dan turut memberi amaran agar tidak bertanya mengenai hal demikian lagi.
Baru-baru ini juga, ketika pengumuman peserta separuh akhir sebuah anugerah muzik di Bentley Auditorium, ada wartawan ingin menemubual artis remaja ini telah dibalas dengan kasar oleh pengurus ini apabila ditanya mereka berada dimana. Pengurus itu dengan nada yang tinggi memberitahu Najwa mempunyai jadual yang padat dan perlu segera beransur dari sana dan bergerak ke Pahang.
Pada kes yang lain pula, dikatakan pengurusnya beberapa kali meminta Najwa Latif dilepaskan walaupun pada ketika itu, latihan untuk program siaran langsung memerlukan dia berada disana sehingga tamat latihan.
Jadi kepada yang terlibat, diharapkan anda lebih faham dengan maksud yang dijelaskan.Sebabnya semua yang dilakukan ini hanya untuk menaikkan lagi nama Najwa Latiff didalam industri nyanyian.Janganlah disebabkan pengurusnya yang mungkin kepenatan setelah seharian menguruskan Najwa melepaskan geram dengan para wartawan ya?
Read more »
Posted by infosuam on 19:52
Aksi sempoi penjaga gol menyelamatkan bola.. Percaya atau tidak ? =)
Read more »
Posted by infosuam on 22:00
GOMBAK: Majlis pertunangan Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 26, atau lebih dikenali sebagai Rita malam ini, dibuat secara tertutup dengan jemputan hanya di kalangan keluarga atau kenalan rapat.
Ini kerana ramai jiran yang tinggal berhampiran kediaman itu tidak tahu menahu perkara itu, sebaliknya merasakan ada majlis tertentu di kediaman Rita berikutan beberapa khemah dipasang dalam pekarangan rumahnya.
“Entahlah, mungkin majlis pertunangan Rita… sebab kalau nak kata majlis arwah untuk emaknya rasa macam dah lama berlalu,” kata seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Nur, sebaik ditanya mengenai kehadiran kanopi putih rumah jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya itu.

Yang pasti, katanya, dia tidak menerima sebarang jemputan.
“Saya rasa majlis itu (pertunangan) terlalu peribadi dan majlis keluarga, jadi ia diraikan secara tertutup. Setakat ini saya hanya nampak keluarga dan rakannya,” katanya yang tinggal berhampiran rumah jutawan terbabit.
Seorang buruh yang hanya mahu dikenali sebagai Hasan dan bekerja berhampiran pula berkata, dia hanya nampak lori keluar masuk tetapi tidak pasti majlis yang diadakan.
“Saya cuma nampak lori bawa kerusi dan meja, tetapi tak tahu apa tujuannya.
“Sejak dua lalu, saya nampak kereta adiknya dikeluarkan bagi memberi laluan kepada lori memunggah barang,” katanya.
Sementara itu, peniaga gerai, Arifin Mohd Nor, 52, berkata dia juga tidak mendengar perkhabaran bahawa Rita bakal bertunang.
Katanya, tiada yang luar biasa dengan rutin Rita, malah menurut beberapa kariah masjid berhampiran, tiada jemputan atau berita mengenai pertunangan akan diadakan.
-
Beritaharian
Read more »
Posted by infosuam on 08:00
KUALA LUMPUR – Mungkin ramai yang tidak sedar, tetapi filem KL Gangster arahan pengarah muda, Syamsul Yusof memiliki sejarah tersendiri apabila ia menjadi filem tempatan yang mendapat kutipan tertinggi sejak tahun 1995 hingga Oktober 2011.
Ini secara tidak langsung menjadikan Kl Gangster sebagai filem Melayu dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman dengan jumlah RM11.74 juta.
Merujuk kepada senarai rekod ‘Filem Cereka Top 20’ yang ditunjukkan di laman web Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), tiada filem tempatan yang mampu menandingi jumlah kutipan tertinggi filem itu sejak tahun 1995 sehingga kini.
Filem yang diterbitkan pada tahun ini oleh SKOP Production dibintangi gandingan mantap tiga ‘hero pujaan Malaya’ Aaron Aziz, Adi Putra dan Syamsul sendiri, begitu menggegar panggung dan menjadi satu fenomena transformasi industri hiburan ke arah yang lebih bermutu.
Dalam filem tersebut, Syamsul membawa watak antagonis iaitu gangster bergelar Shark, Aaron watak gangster yang sudah insaf, Malik dan baru keluar penjara, serta Adi yang bawa watak gangster, Jai yang juga adik kepada Malik.
Filem komedi seram yang ditayangkan pada Ogos lalu, Hantu Bonceng, pada awalnya mencetus kontroversi dialog yang didakwa menghina Islam, berjaya menarik peminat filem tempatan untuk berada di tempat kedua dengan meraih kutipan sebanyak RM8.53 juta.
Filem lakonan Zizan Razak dan diarahkan oleh Ahmad Idham itu mengisahkan seorang mat rempit yang insaf setelah diganggu oleh roh seorang gadis yang dimenanginya di dalam satu perlumbaan.
Tempat ketiga carta FINAS itu juga diisi oleh filem bergenre komedi seram, Ngangkung (2010), dengan jumlah kutipan sebanyak RM8.18 juta dan filem Kongsi (2011) ditempat yang keempat dengan jumlah kutipan sebanyak RM8.09 juta.
Filem seram, Khurafat (2011) pula berada di tempat kelima dengan mencatat kutipan berjumlah RM8.08 juta dan filem arahan pengarah terkenal Mamat Khalid, Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010), yang mencetus fenomena unik pula berjaya mengutip sebanyak RM7.9 juta untuk berada ditempat keenam.
Tempat ketujuh pula disandang oleh filem Adnan Sempit (RM7.66 juta – 2011) dan diikuti ditempat kelapan Hikayat Merong Mahawangsa (RM6.5 juta – 2011), Lagi-Lagi Senario (RM6.33 juta – 2001) dan yang Upin & Ipin: Pengembaraan Bermula (RM6.2 juta – 2009).
Ia diikuti oleh filem Sembilu 2 (RM6.1 juta – 1995), Jangan Pandang Belakang Congkak (RM6.09 juta – 2009), Jangan Pandang Belakang (RM5.78 juta – 2007), KL Drift 2 (RM5.67 – 2010) dan Cicakman (RM5.15 juta – 2006).
Senarai FINAS itu mula direkodkan pada tahun 1999 dan menyenaraikan hasil jumlah kutipan jualan tiket filem-filem tempatan yang didaftarkan di FINAS sebagai filem ‘wajib tayang’ di pawagam-pawagam tempatan di seluruh negara.
Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN
Read more »
Posted by infosuam on 17:00
 |
| DEWI PERSSIK MEMBUAT PERSEMBAHAN DI MALAM KONSERT SELEKSI INDONESIA |
Kes pertelingkahan antara Julia Perez bersama ratu dangdut Indonesia, Dewi Perssik telah pun melarat menjadi lebih besar daripada apa yang disangka sebelum ini.
Biarpun Jupe (Julia Perez) telah ditetapkan sebagai pesalah dan dijatuhkan hukum oleh Pengadilan Negeri Jakarta Timur, Dewi Perssik tetap akan menjalani persidangan sehingga hukuman itu dijalankan.
Menurut Dewi, dia tetap bersiap dengan sebarang risiko jika pihak pengadilan menetapkan dirinya bersalah.
“Semua perkara ini tetap harus dihadapi, kerana saya yakin dan saya mempunyai prinsip yang tidak pernah berubah. Kalau salah, saya akan mengakui kesalahan saya dan saya tidak pernah menyalahi orang lain," katanya.
Mengakui mempunyai kelemahan dalam menghadapi kes, jelas Dewi dia sering termakan kata-kata provokatif orang lain terhadapnya.
“Saya akui itu kelemahan saya, jadi sekarang saya harus belajar cara mengendalikan diri,” jelasnya lagi.
Dewi Perssik hadir ke Malaysia pada 23 Oktober lalu untuk menjayakan Konsert Seleksi Indonesia yang berlangsung di Stadium Merdeka yang menyaksikan ribuan peminat muzik Indonesia hadir membanjiri Stadium Merdeka.
-maggaonline
Read more »
Posted by infosuam on 15:00

Meneruskan kegemilangannya setelah 26 tahun meledakkan gelombang revolusi dalam industri muzik tanah air, rancangan Muzik Muzik kini sudah sampai ke kemuncak separuh akhir.
Pentas Muzik Muzik 26 separuh akhir bakal menjadi tempat saingan bagi 30 buah lagu daripada pelbagai genre dalam tiga pusingan separuh akhir bermula 18 November, setiap Jumaat pukul 9.00 malam.
Menariknya tentang pusingan separuh akhir ini, ia akan diserikan dengan persembahan seorang artis jemputan setiap minggu seperti Hazami, kumpulan Ilusi dan Aris Ariwatan.
Diterbitkan oleh Primeworks Studio, Muzik Muzik 26 ini diterajui oleh Khalijah Mohamed (Kelly) selaku penerbit eksklusif dan Nurhul Huda Khalid sebagai penerbit merangkap pengarah serta masih mengekalkan gandingan Cheryl Samad dan Faizal Ismail selaku pengacara.
Kepada mereka yang berminat menyaksikan persembahan hebat artis kegemaran bersaing menerusi persembahan lagu-lagu popular masing-masing di peringkat separuh akhir, tiket percuma boleh diperolehi di balai pengawal Sri Pentas, Bandar Utama dan balai pengawal Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.
Berikut adalah senarai artis dan lagu yang bertanding di peringkat separuh akhir:
Separuh Akhir Pertama (18 November 2011 )
1. Babak Pertama (Drama)
2. Di Penghujungnya (Iqa)
3. Mata Hati (Nubhan)
4. Janji (Akim)
5. Kisah Hati (Alyah)
6. Kisah Dongeng (Stacy)
7. Gadis Semasa (Yuna)
8. Maaf Dari Hati (Sofazr)
9. Muda (Hujan)
10. Awan Nano (Hafiz)
11. Beribu Sesalan (Ning Baizura, Jaclyn Victor & Shila Amzah)
Separuh Akhir Kedua ( 25 November 2011)
1. Kurnia (Mizz Nina & Noh Hujan)
2. Kekanda Adinda (Atilia & Monoloque)
3. Cinta Muka Buku (Najwa Latif)
4. Luar Biasa (Shahir)
5. Perpisahan Ini (1st Edition dan Nubhan)
6. Cinta Teragung (Hazama)
7. Pokok (Meet Uncle Hussein dan Nubhan)
8. Sungai Lui (Aizat)
9. Bagaikan Bidadari (Tomok)
10. Ilusi (Adira)
11. Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol)
Separuh Akhir Ketiga ( 2 Disember 2011)
1. Kalau Berpacaran (Sohaimi Meor Hassan, Ana Raffali & Altimet)
2. Penakut (Yuna)
3. Sedetik Lebih (Anuar Zain)
4. Bila Bertemumu (Shiha)
5. Cinta Matiku (Sixth Sense)
6. Karma (Faizal Tahir)
7. Menyesal (Sitxh Sense)
8. Aku Permata (Salma)
Read more »
Posted by infosuam on 12:00
Penyanyi terkenal DatuK Sharifah Aini tidak jemu-jemu menggunakan keringat dan suara untuk mengutip dana membantu badan amal serta rumah tahfiz.Dia dan dua rakan penyanyi dari seberang, Grace Simon dan Dewi Yull akan mengaakan persembahan yang dinamakan Makan Malam Amal Tiga Sahabat di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada 17 Disember depan.
"Saya sudah mengadakan pelbagai konsep persembahan. Kali ini saya tampilkan dua sahabat dari Indonesia yang seangkatan untuk sama-sama memeriahkan persembahan," kata Sharifah Aini.Kebetulan ketiga-tiga mereka ada cerita yang boleh dikongsikan bersama. Mereka adalah antara tiga artis yang pernah berganding dengan Broery Marantika. Grace pernah bergandingan dengan Broery dalam beberapa buah filem.
Dewi juga rakan duet Broery yang sangat popular di negara ini. Sharifah pula pernah menjadi buah hati Broery dalam filem Hapuslah Airmatamu serta mempunyai lagu duet popular termasuk lagu popularSeiring Sejalan yang masih diingati sehingga hari ini.Kalau ada seorang lagi ratu hati Broery, Emilia Contessa pasti akan lebih banyak nostalgia yang dapat dikongsikan bersama peminat di negara ini. Apa-apapun padanan ketiga-tiga mereka pasti akan menggamit memori peminat pada lagu-lagu hit era 70-an sehingga 90-an.Grace mempunyai banyak lagu berhantu antaranya Menanti, Malati Penuh Noda, Bing, Cinta Putih danEsok Malam Kujelang. Dewi juga terkenal dengan lagu Kini Baru Kau Rasa serta lagu-lagu duet dengan Broery termasuk lagu popular mereka Jangan Ada Dusta Di Antara Kita.Kutipan daripada persembahan amal ini akan disalurkan kepada Baitul Ehsan, Taman Maluri, Madrasah Tahfiz Tahsin al-Quran Puchong dan beberapa lagi yang akan dikenalpasti.Jualan meja dengan harga RM10,000, RM7,500, RM5,500 dan RM3,500 untuk sepuluh orang sudah mula dijual. Untuk tempahan boleh hubungi Shameen di talian 019-2495277 atau e-mel ke limeevent@gmail.com .Ia dianjurkan oleh Sri Dewi Production dan Lime Event Management dengan Hotel Royale Bintang selaku penaja utama.
-mangga
Read more »
Posted by infosuam on 17:00
JIKA dihitung, 18 tahun bukan satu tempoh masa yang singkat. Selama tempoh tersebut, pelbagai momen tidak kira yang manis mahupun pahit yang perlu dilalui oleh seseorang itu terutamanya apabila dia merupakan ikon yang dikenali ramai.Bagi penyanyi yang dikenali dengan vokal soprano iaitu Ning Baizura Sheikh Hamzah, 36, atau nama komersialnya Ning Baizura, peristiwa pahit manis yang dilaluinya sepanjang bergelar artis membuatkan dirinya menjadi lebih matang dalam menjalani kehidupan sebagai anak seni.
Berbekalkan cerita yang ‘dikumpul’ melalui tempoh 18 tahun tersebut, Ning Baizura atau lebih mesra disapa Ning, ingin menghasilkan sebuah naskhah autobiografi mengenai diri serta pengalamannya untuk menjadi pengajaran kepada umum yang membaca.“Saya memang sudah lama ingin menghasilkan buku seperti biografi atau kisah benar mengenai perjalanan karier seni Ning Baizura.“Bercerita mengenai perkara ini, saya sebenarnya telah berjumpa dengan penulis yang mana jika perancangan ini jadi, ia merupakan projek selama dua tahun kerana saya ingin melancarkan ia pada genap 20 tahun saya berada dalam industri seni,” bicara wanita tinggi lampai ini ketika ditemui di pelancaran muzik video single terbaharunya, Bila di Red Box, The Garden, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tambahnya, menerusi buku tersebut, dia mahu menceritakan kisah sebenar apa yang pernah berlaku pada diri dari awal pembabitannya hingga kini. Ini kerana Ning merasakan masyarakat yang mengenali dirinya patut tahu kebenaran di sebalik setiap kisah tanpa berselindung.
Selain itu, bicara Ning lagi, kewujudan buku ini bukan bertujuan untuk mengungkit kisah lama, namun ia semata-mata untuk menceritakan pengalamannya supaya ia dapat dimanfaat oleh artis baharu yang mungkin boleh dijadikan pengajaran ketika ingin menapak atau membina nama di dalam industri hiburan tempatan.“Saya bukan mahu mengaibkan sesiapa namun perkara ini harus kita ceritakan kerana perjalanan seni saya tempuhi setakat ini banyak pahit dari manisnya, dan saya rasa ia perlu diceritakan.
“Bukan juga mahu megah diri kerana kejayaan yang diraih namun ia sekadar ingin memberi pengajaran kepada setiap yag membaca kelak terutamanya artis baharu. Harap saya tidak akan disaman pula kerana menceritakan kisah-kisah tersebut,” cerita Ning sambil ketawa kecil.Menurut Ning lagi, berkemungkinan naskhah ini akan dihasilkan di dalam dua versi iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta ingin menjadikan autobiografi ini sebuah naskhah yang tidak terlalu mahal dan mampu dibeli oleh semua.
 |
| Tidak Pernah Curiga |
Bagi peminat Ning, pastinya sedar akan kontroversi baharu yang melanda dirinya serta suami, Omar Sharif Christopher Layton Dalton yang juga merupakan pengurusnya kini. Rumah tangga Ning dikatakan goyah akibat suaminya yang bermain kayu tiga di belakangnya bersama wanita berbangsa Cina.Sebaik diajukan persoalan tersebut, Ning dan suami yang hadir ke pelancaran muzik video Bila bersama wakil-wakil Universal Music (M) Sdn. Bhd., ketawa besar mendengar gosip yang melanda diri mereka itu.
“Anda harus faham bahawa kini sejak abang (Omar Sharif) menjadi pengurus saya, dia banyak keluar berjumpa klien untuk berbincang mengenai kerja. Namun, saya tidak bimbang mengenai perkara ini kerana saya rasa tidak perlu untuk saya sentiasa ‘melekat’ bersama suami sepanjang masa.“Saya juga tidak pernah curiga padanya kerana dia seorang yang lurus. Saya akui saya memang tidak terkejut kerana ini normal. Namun bagi suami saya yang tidak biasa dengan perkara ini, dia agak terkejut,” tutur Ning yang mana suaminya juga menjawab ringkas dengan mengatakan ‘saya sayang isteri saya’.
Jawab pelantun lagu Awan Yang Terpilu ini juga, suaminya terpaksa ‘menjaja’ diri isteri untuk mencari penaja bagi konsert yang akan datang kelak. Katanya, gosip ini keluar kerana mungkin orang ramai mengambil berat terhadap mereka dan ia bukanlah sesuatu yang terlalu buruk.
-Kosmo
Read more »
Posted by infosuam on 15:00
NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Selama dua tahun berturut-turut, Michael Jackson kekal sebagai artis yang telah meninggal dunia tetapi memperoleh pendapatan tertinggi di dunia, menurut senarai majalah Forbes melibatkan barisan selebriti yang terus popular walaupun selepas mereka meninggal dunia.Menghembuskan nafas terakhir dua tahun lepas ketika berusia 50 tahun, Raja Pop memperoleh pendapatan AS$170 juta (RM531.4 juta) sepanjang 12 bulan lalu sekali gus mengatasi bintang-bintang pop lain sama ada yang masih hidup atau telah mati kecuali kumpulan rock dari Ireland, U2.
Tempat kedua pula menjadi milik penyanyi legenda, Elvis Presley dengan pendapatan AS$55 juta (RM171.9 juta) melalui hasil jualan buku lagunya selain pengunaan lagu-lagunya oleh Cirque de Soleil dalam pementasan di Las Vegas.Aktres simbol seks Marilyn Monroe meraih pendapatan AS$27 juta (RM84.4 juta) sejak setahun lalu untuk menduduki tempat ketiga senarai berkenaan.Pencipta kartun Peanuts, Charles Schulz pula berada di tangga keempat manakala legenda kumpulan Beatles, John Lennon terikat dengan aktres Elizabeth Taylor di tempat kelima.Lennon dan Taylor masing-masing memperoleh pendapatan AS$12 juta (RM37.5 juta) sepanjang tahun lalu.
-Kosmo
Read more »
Posted by infosuam on 17:00
Posted by infosuam on 14:03
Posted by infosuam on 10:28
Posted by infosuam on 11:00
Posted by infosuam on 07:00
Posted by infosuam on 14:49
EKIN HAMIL 4 BULAN BUAT KALI KE-3
Read more »
Posted by infosuam on 09:14
Posted by infosuam on 17:30
Marsha Milan Londoh
PETALING JAYA: “Berita penyanyi Marsha Milan Londoh cuba menelan 30 biji pil bagi cubaan membunuh diri tidak benar dan spekulasi liar. Saya sendiri tidak tahu bagaimana cerita itu boleh timbul,” kata Afeeq Abdul Wahab, 25, teman rapat Marsha ketika dihubungi bagi mengulas kejadian penyanyi berusia 28 tahun itu yang dikejarkan ke hospital pagi Rabu lalu.
Afeeq berkata, Marsha dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas rebah di parkir kediamannya di Jalan Klang Lama akibat tekanan darah rendah. “Marsha mengalami kemalangan sebelum itu mengakibatkan cedera dahi serta matanya mempunyai kesan lebam dan luka. Ketika itu Marsha keluar sendirian membeli makanan di kawasan berdekatan kondominiumnya. “Dia masih boleh memandu hingga ke rumah sebelum rebah. Saya percaya ia disebabkan trauma atas kemalangan yang berlaku memandangkan tidak pernah berdepan masalah sebegitu “Spekulasi kononnya dia menelan 30 biji pil untuk membunuh diri dan apa saja gosip tersebar tidak tepat dan mungkin ada pihak menyalah anggap tindakannya dengan mengambil ubat bagi mengurangkan penyakit tekanan darah rendah,” katanya.
Sebelum itu desas-desus mengatakan Marsha cuba membunuh diri kerana marahkan teman lelakinya juga ahli perniagaan kerana mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.
SUMBER : hmetro, diariartis.files
Nak tengok video Penjelasan Marsha, bleh klik SINI dan SINI
Read more »
Posted by infosuam on 13:23
KUALA LUMPUR – Seorang penerbit filem, Datuk Adzhar Sulaiman (gambar) dan dua anaknya dipenjara dan didenda oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas disabitkan bersalah atas tuduhan menerima deposit berjumlah lebih RM100 juta tanpa lesen dan 360 tuduhan aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM59 juta.
Hakim Rozana Ali Yusoff memerintahkan Adzhar, 56, selaku Pengurus Besar Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dihukum penjara dua tahun dan didenda RM1 juta atau 10 bulan penjara kerana mengambil deposit haram manakala bagi tuduhan mengubah wang haram, dia dihukum penjara tiga tahun.
Anak perempuannya, Noradzma, 35, yang turut menghadapi tuduhan serupa dipenjara tiga tahun dan denda RM500,000 atau enam bulan penjara sementara Noradz Travel & Services pula didenda RM5 juta atas tuduhan mengambil deposit tanpa lesen.
Seorang lagi anak Adzhar, Noradzrin, 26, yang bergelar penyanyi dan popular dengan lagu Pujaan Malaya dihukum penjara setahun bagi kesalahan mengubah wang haram.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Fahmi Abd. Moin dan pegawai pendakwa, Anthony Kularaj, kedua-duanya dari Bank Negara Malaysia serta dua Timbalan Pendakwa Raya dari Jabatan Peguam Negara, Mohd. Farez Rahman dan Mohd. Haziq Razali.
Kesemua tertuduh yang diwakili peguam, Afifudin Mohd. Hafifi didakwa menggunakan wang haram untuk membeli hartanah, produk insurans, pelaburan serta memindahkan wang ke akaun anak syarikat mereka di beberapa buah bank di sekitar Kuala Lumpur di antara 14 Ogos 2007 dan 6 Januari 2009.
-KOSMO
VIDEO KLIP PUJAAN MALAYA
Read more »
Posted by infosuam on 09:03
Setelah hanya mendiamkan diri berkaitan kontroversi gambar yang diupload oleh Mamat, Fida semalam membuka mulutnya menerusi BiPop.. Fida melahirkan rasa kecewa, terkilan dan sedih dengan tindakan Mamat. Malah kata Fida, hatinya telah tawar dan terluka dengan apa yang telah Mamat lakukan.
Berikut ialah kata-kata Fida menerangkan apa sebenarnya yang telah berlaku:-
Ketika Aidilfitri baru-baru ini, saya datang ke Johor beraya rumah keluarga Mamat. Selepas memperoleh pasport, kami bercuti ke Singapura, saya tak pernah ke sana. Tapi kami balik hari, namun apabila ke Batam, kami menginap di situ. Ketika berada di Batam, Mamat ambil gambar saya yang menampakkan sebahagian rambut itu dan dia juga yang muat turun gambar berkenaan di dalam Internet
Fida terus melahirkan rasa kekecewaannya dan tidak percaya dengan alasan yang Mamat berikan:-
Bagi saya, gambar itu sangat peribadi. Saya pernah cakap dengan Mamat, gambar peribadi adalah untuk simpanan peribadi. Apabila gambar itu tersebar di Internet, saya baca alasan Mamat, dia tak perasan dan kepada sesetengah media masa pula, beliaun menjelaskan tindakan itu disebabkan matanya rabun. Saya tak boleh terima alasan Mamat. Kesannya adalah saya, bertalu-talu saya kena hentam. Saya terkilan dengan perbuatan Mamat. Sebaik saja mengetahui mengenai penyebaran gambar berkenaan, saya ada tanya dia kenapa? Bagi saya alasan yang diberikan Mamat, nampak dirinya tak matang. Namun selepas itu sudah berminggu-minggu kami tidak bercakap mahu berjumpa.
Baca entri ini seterusnya untuk luahan hati Fida yang selanjutnya:-
Dan ternyata Fida sangat blur dengan motif Mamat mengupload gambar tersebut:-
Saya tak tahu apa tujuan Mamat memuat turun gambar itu di dalam Internet. Namun yang jelas diri saya sudah diaibkan. Saya juga tak faham kenapa Mamat memuat turun gambar kami berdua saja, seolah-olah tiada orang lain di situ. Bagi saya bukan hanya menerusi gambar Mamat mengaibkan saya, tapi persepsi orang menjadi negatif, mungkin mereka beranggapan kami bercuti berdua sahaja.
Dan ternyata kepercayaan Fida terhadap Mamat sudah luntur:-
Selama ini saya mempercayai Mamat, tapi apabila berlaku perkara seumpama ini, Mamat sebenarnya sudah mematahkan kepercayaan saya terhadapnya. Kami sekadar bercuti ke Batam, bagi saya kenapa gambar macam tue pun dia nak muat turun dalam Internet? Mungkin apabila dia boleh tunjuk rambut saya kepada semua orang, mungkin dia berasakan dirinya hebat. Saya tak tahu apa sebenarnya tujuan Mamat. Terus-terus, apabila perkara ini berlaku, saya memang sangat sedih, terkilan dan kecewa dengan tindakan Mamat. Hati saya memang dah tawar dengan Mamat. Hati saya masih terluka dengan perbuatan Mamat. Dia seharusnya berfikir dulu sebelum bertindak dan bercakap. Jangan dah buat, baru rasa kesal.
Kekesalan Fida nampak jelas sekali dengan kata-kata di bawah:-
Mamat boleh minta maaf, tapi bagaimana dia nak tutup tohmahan orang terhadap saya? Sekalipun gambar berkenaan sudah dipadamkan dari Facebook Mamat, gambar itu sudah tersebar merata-rata. Buat masa ini, saya tak boleh terima Mamat, nak bercakap atau berjumpa dengan dirinya sekalipun, saya tak boleh. Mamat pernah cakap, dia sayang saya. Saya tak faham apa erti sayang bagi Mamat. Jika benar-benar menyayangi saya, beliau seharusnya memelihara air muka dan maruah diri saya. Justeru, saya amat-amat terkilan dengan sikap Mamat, sangat kecewa dengannya.
Dan Fida sudah tidak boleh mengagak ke manakah hala tuju hubungan mereka berdua:-
Bagi saya, sekiranya Mamat berasakan dirinya bersalah, dia harus minta maaf dengan ikhlas, tak perlu mempertahankan dirinya lagi. Kesungguhannya saya tak nampak. Maaf Mamat tidak berharga. Dia tak mampu mengembalikan maruha saya yang tercemar. Saya tak pasti di mana pengakhiran perhubungan kami nanti. Saya berasakan diri ini seolah-olah teraniaya.
Dan Fida menjelaskan tentang fesyen bertudungnya yang makin pelik semenjak kebelakangan ini:-
Tujuan asal saya bertudung kerana mahu menutup aurat, kini saya terpengaruh dengan fesyen. Fesyen bertudung saya hari ini tiada kena mengena dengan sesiapa, termasuk Mamat. Namun selepas menyedari ada pihak yang tidak senang dengan fesyen tudung yang saya gayakan, saya minta maaf kepada pihak yang tersinggung. Saya tidak lepas daripada melakukan kesilapan.
-BEUTIFULNARA,OHBULAN
Read more »