Sunday, 2 October 2011

KONTROVERSI ! FIDA DAN MAMAT TIDAK JADI BERCINTA?


 Mamat bersama kekasih lamanya

Tak habis-habis Fida Ibrahim dengan kontroversi akhir-akhir nih. lepas satu,satu yang datang. adatlah sebagai artiskan. sentiasa menjadi perhatian dan sentiasa dipandang apa sahaja yang dibuat.

Kisah kontroversi yang menghambat pelakon Fida masih belum reda. Sejak menjalinkan hubungan dengan Mamat Sepah, Fida terus menjadi perhatian..


Tidak hanya kisah cintanya bersama Mamat menjadi bualan ramai, terkini mengenai gambarnya dengan sebahagian rambut mengurau tersebar di internet. Difahamkangambar itu diambil Mamat dan dimuat naik ke laman facebooknya ketika mereka bercuti di Batam, Indonesia, bersama keluarga masing-masing.

Hal ini membuatkan peminat terkejut dan mula memberi pelbagai tanggapan terhadap Fida. Apatah lagi aksinya memeluk Iqram Dizly dalam drama Kasih Alia turut mencetuskan kontroversi.


Biarpun Mamat mengakui kesilapannya memuat naik gambar itu dan memberi alasan yang agak kurang munasabah kononnya dia tidak perasan dengan gambar itu kerana tidak memakai cermin mata, namun ia tetap tidak mampu membersihkan nama Fida.

Setelah lama berdiam diri, bintang kelahiran pantene ini, akhirnya tampil menjelaskan keadaan sebenar. Pertemuan bersama zass baru-baru ini, merungkai isi hati anak kelahiran kampung baru, Kuala Lumpur ini.

“Saya memang sengaja tidak menjawab semua panggilan. Saya mahu menenangkan diri dan tidak mahu memberi sebarang penjelasan. Saya tidak mahu mengeruhkan keadaan yang ketika itu sangat tegang”..


Gambar ini dipercayai diambil oleh mamat (Bayang-bayang mamat dicermin kereta)


“Saya tak tahu nak cakap apa. Saya sangat terkejut dengan tindakannya tapi, sukar untuk saya jelaskan. Terus terang saya katakan saya terkilan dan kesal dengan apa yang telah berlaku”.

“Bukan sahaja gambar malah apa sahaja kenyataannya, saya benar-benar tidak tahu dan sangat kesal. Perkara pun sudah berlaku. Saya berharap tidak lagi dikaitkan dengannya selepas ini,” katanya dengan nada begitu kecewa.

Fida berharap tidak ada lagi cerita kurang enak berlaku pada dirinya. Fida juga tidak bertemu mamat selepas insiden itu dan hanya berhubung sekali bertanyakan perkara itu.

“Seperti yang saya pernah kata, kami masih dalam peringkat permulaan. Belum lagi bercinta dan masih mengenali hati budi masing-masing katanya..

5 comments:

milo said...

hmmmm artis artis..tak tau nk cakap ape laaa...takleh nak caye langsung artis skang. huuhu

firaSAM said...

entah lah...sejak tengok ceta kasih alia...dan tertengok lagi adegan dia berpeluk...minat kat fida rasa makin kurang....artis....bila dh famous...perlu ke nak berubah..??

Anonymous said...

tah pape..bek xyah brtudung..

Blogger Muslim said...

Tepuk dada,tanya Iman. :)

Anonymous said...

bodo..xpkai tdung lg la truk..lg la bodo..
kpd~"Anonymous said...
tah pape..bek xyah brtudung..
3 October 2011 19:23"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...