- INFOSUAM l hiburan l gosip l berita l info l artis

Wednesday 1 February 2012

VIDEO MENAKJUBKAN ROBOT BAYI ANIMATRONIC TERCIPTA


Animatronic robot bayi yang meniru bayi baru lahir dengan sempurna, pergerakan ia hampir serupa dengan apa yang dibuat oleh bayi sebenar. Robot ini tidak dicipta daripada penyelidikan tetapi Chris Clarke mecipta bayi robot khas ini untuk Show T British, semua usaha ini dibuat kerana ia amat bahaya jika bayi sebenar pra-matang berada di bawah lampu dalam studio TV untuk waktu penggambaran yang tidak terkira banyaknya. Mahu melihat bagaimana ia bergerak? 

Lihat video dibawah  


Read more »

12 GAMBAR ARCA DIPERBUAT DARIPADA BUTANG















Read more »

MANGSA KREN RUNTUH LUAR CHOOI GUAN MENINGGAL


Penderitaan seorang warga emas selama hampir tiga bulan selepas terbabit dalam kejadian runtuhan kren setinggi 60 meter ketika tidur di rumahnya di Jalan Sri Bahari, di sini, Oktober lalu, berakhir apabila dia meninggal dunia di sebuah pusat penjagaan di Jalan Kedah, di sini, semalam.

Luar Chooi Guan, 78, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.45 pagi di pusat penjagaan itu sejurus ambulans tiba untuk membawanya ke Hospital Pulau Pinang (HPP), selepas mengadu kakinya sakit.

Anak mangsa, Seong Teik, 53, berkata, bapanya mengadu kakinya sakit akibat kesan kecederaan yang dialaminya dalam kemalangan itu selain turut mengidap kencing manis dan tekanan darah tinggi.

Katanya, bapanya memaklumkannya mengenai perkara itu pagi semalam ketika dia melawat mangsa.

Difahamkan, hasil bedah siasat mendapati paru-paru Luar berair selain saluran jantung tersumbat.

-metro
Read more »

Tuesday 10 January 2012

[7 GAMBAR] MANUSIA RAKSASA - REAL MUTANT MONSTER

Simpati atas nasibnya.. Beliau kelihatan benar-benar menyeramkan..









Read more »

Monday 9 January 2012

[8 GAMBAR] KEPUTUSAN KES ANUAR IBRAHIM DAN JAWAP SAIFUL

KEPUTUSAN KES ANUAR IBRAHIM DAN JAWAP SAIFUL

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebas dan melepaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
 

Keputusan itu dibacakan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, di Mahkamah Tinggi Jenayah 3 di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini sebentar tadi.
Mohamad Zabidin menyatakan mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA tidak terusik.


“Saya mendapati adalah tidak selamat untuk bergantung kepada bukti DNA. Justeru, mahkamah hanya ada keterangan Saiful.

"Oleh kerana ini adalah jenayah seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan berdasarkan keterangan Saiful. Tertuduh oleh itu dibebas dan dilepaskan," katanya.

Pihak pendakwaan yang diketuai Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusuf Zainal Abiden, ketika ditemui, berkata mereka belum memutuskan sama ada akan membuat rayuan terhadap keputusan dan berkata, mereka ada 10 hari untuk berbuat demikian.

Anwar, 64, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan meliwat Mohd Saiful di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini, antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. 

Perbicaraan kes liwat berkenaan yang mendapat tumpuan meluas media dan orang ramai, bermula pada 3 Februari 2010 dengan pihak pendakwaan memanggil 27 saksi dan empat saksi menyangkal, manakala lapan saksi pembelaan dipanggil termasuk Anwar yang memberikan keterangan daripada kandang tertuduh.

Ia adalah tuduhan liwat kedua dihadapi Anwar. Pada 1998, beliau pernah dituduh meliwat pemandunya, Azizan Abu Bakar.

Bagi tuduhan berkenaan, Anwar disabitkan bersalah dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun selepas rayuan Mahkamah Persekutuan menolak sabitan dan mengetepikan hukuman penjara serta membebaskan Anwar.

8 GAMBAR











Read more »

BARISAN PENDAKWA DAN PEMBELA KES ANUAR IBRAHIM

KEPUTUSAN KES ANUAR IBRAHIM DAN GAMBAR BARISAN PENDAKWA DAN PEMBELA KES ANUAR IBRAHIM


KEPUTUSAN KES [KLIK SINI]


Teka-teki berhubung kesudahan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, empat tahun lalu bakal terjawab apabila Mahkamah Tinggi di sini dijangka membacakan keputusan perbicaraan hari ini.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah akan memberi keputusan pagi ini selepas meneliti dan mempertimbangkan hujah kedua-dua belah pihak di akhir pembelaan sama ada akan membebaskan Anwar atau mensabitkan Ketua Pembangkang itu bersalah.

Sekiranya disabitkan bersalah, Anwar berhadapan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, Anwar masih mempunyai peluang untuk membuat rayuan di Mahkamah Rayuan.

Pada 16 Mei 2011, Anwar, 65, diarah membela diri atas tuduhan meliwat Mohd. Saiful, 27, tanpa kerelaan di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di sini, antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Mohamad Zabidin ketika memutuskan Anwar membela diri berkata, mahkamah tiada sebab untuk menolak segala bukti dan keterangan saksi yang dikemukakan pendakwaan berhubung penglibatan tertuduh dalam kes itu.

Beliau menerima keterangan dua pakar daripada Jabatan Kimia iaitu Dr. Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon mengenai kewujudan DNA Male Y iaitu DNA lelaki asing pada dubur Mohd. Saiful yang disahkan sebagai DNA Anwar.

Keputusan itu diperoleh hasil perbandingan sampel DNA berdasarkan tiga barang Anwar yang diambil dari dalam lokap Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur semasa Anwar ditahan pada 16 Julai 2008 iaitu sebatang berus gigi, sehelai tuala Good Morning dan sebotol bekas air mineral kosong.

Bagaimanapun Anwar pada 22 Ogos 2011 mengambil langkah membela diri dari dalam kandang tertuduh tanpa mengangkat sumpah.

Tindakan itu menyebabkan keterangan Anwar rapuh dan kurang kukuh kerana pihak pendakwaan diketuai Peguam Cara Negara 11, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden tidak berpeluang menyoal balas.

Pihak pembelaan yang diketuai Karpal Singh mengemukakan tujuh saksi termasuk dua pakar forensik dari Australia, Dr. Brian McDonald dan Dr. David Wells serta seorang pakar ortopedik dari Belanda, Dr. Thomas Hoogland bagi mempertikai bukti DNA.

Anwar sebelum ini pernah didakwa atas tuduhan serupa iaitu meliwat pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar pada 2000 namun selepas disabitkan bersalah dan menjalani hukuman penjara empat tahun, hukuman terhadapnya diketepikan oleh Mahkamah Persekutuan.

Terdahulu, Anwar mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas kali pertama dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada 7 Ogos 2008 atas tuduhan tersebut.

Seramai 27 orang saksi dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan yang bermula pada 3 Februari 2010 dengan saksi pertama ialah pengadu sendiri, Mohd. Saiful mendakwa diliwat oleh Anwar ketika menghantar fail yang tertinggal di pejabat.

Mohd. Saiful dalam keterangannya juga mendakwa tidak membuang air besar selama dua hari selepas kejadian sebelum membuat pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur pada 28 Jun 2008.

Pihak pembelaan sebelum ini beberapa kali memohon supaya tuduhan liwat itu diketepikan atas beberapa alasan termasuk alasan Mohd. Saiful dan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif mempunyai hubungan sulit namun semuanya gagal.

Pihak pembelaan juga gagal mendapatkan laporan perubatan Anwar yang dibuat oleh doktor HKL.

Selain itu, usaha Anwar sebanyak tiga kali supaya Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar kes tersebut turut ditolak oleh Mahkamah Tinggi.


Kosmo
Read more »

[44 GAMBAR] KEMALANGAN PELIK YANG PERNAH BERLAKU













































Read more »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...