Tuesday, 13 December 2011

MANGSA ROGOL 3000 KALI BERCINTA DENGAN PEGAWAI PERIBADINYA


Mangsa sumbang mahram, Elisabeth Fritzl kini tinggal sebumbung dengan pengawal peribadinya setelah jatuh cinta dengan lelaki tersebut.

Elisabeth, 42, dikurung dan dirogol bapanya, Josef Fritzl selama 24 tahun dalam kolong rumah mereka di Amstetten sehingga melahirkan enam anak.
Wanita itu dipercayai jatuh cinta dengan pegawai yang dikenali sebagai Thomas W itu sebaik dibebaskan dari kurungan.

Satu sumber memberitahu akhbar The Oesterreich, Elisabeth dan Thomas kini 'satu pasangan.'

"Semua pihak nampak Elisabeth berasa selamat dalam jagaan Thomas," kata satu sumber.
Elisabeth yang mula dikurung ketika berumur 18 tahun dipercayai dirogol lebih 3,000 kali oleh bapanya.

Kisah Elisabeth terbongkar setelah anaknya Kerstin, 19, terpaksa dihantar ke hospital kerana jatuh sakit.

kredit to duniajunko

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...