Showing posts with label Info Berita. Show all posts
Showing posts with label Info Berita. Show all posts

Monday, 9 January 2012

[8 GAMBAR] KEPUTUSAN KES ANUAR IBRAHIM DAN JAWAP SAIFUL

KEPUTUSAN KES ANUAR IBRAHIM DAN JAWAP SAIFUL

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebas dan melepaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
 

Keputusan itu dibacakan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, di Mahkamah Tinggi Jenayah 3 di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini sebentar tadi.
Mohamad Zabidin menyatakan mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA tidak terusik.


“Saya mendapati adalah tidak selamat untuk bergantung kepada bukti DNA. Justeru, mahkamah hanya ada keterangan Saiful.

"Oleh kerana ini adalah jenayah seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan berdasarkan keterangan Saiful. Tertuduh oleh itu dibebas dan dilepaskan," katanya.

Pihak pendakwaan yang diketuai Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusuf Zainal Abiden, ketika ditemui, berkata mereka belum memutuskan sama ada akan membuat rayuan terhadap keputusan dan berkata, mereka ada 10 hari untuk berbuat demikian.

Anwar, 64, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan meliwat Mohd Saiful di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini, antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. 

Perbicaraan kes liwat berkenaan yang mendapat tumpuan meluas media dan orang ramai, bermula pada 3 Februari 2010 dengan pihak pendakwaan memanggil 27 saksi dan empat saksi menyangkal, manakala lapan saksi pembelaan dipanggil termasuk Anwar yang memberikan keterangan daripada kandang tertuduh.

Ia adalah tuduhan liwat kedua dihadapi Anwar. Pada 1998, beliau pernah dituduh meliwat pemandunya, Azizan Abu Bakar.

Bagi tuduhan berkenaan, Anwar disabitkan bersalah dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun selepas rayuan Mahkamah Persekutuan menolak sabitan dan mengetepikan hukuman penjara serta membebaskan Anwar.

8 GAMBAR











Read more »

BARISAN PENDAKWA DAN PEMBELA KES ANUAR IBRAHIM

KEPUTUSAN KES ANUAR IBRAHIM DAN GAMBAR BARISAN PENDAKWA DAN PEMBELA KES ANUAR IBRAHIM


KEPUTUSAN KES [KLIK SINI]


Teka-teki berhubung kesudahan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, empat tahun lalu bakal terjawab apabila Mahkamah Tinggi di sini dijangka membacakan keputusan perbicaraan hari ini.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah akan memberi keputusan pagi ini selepas meneliti dan mempertimbangkan hujah kedua-dua belah pihak di akhir pembelaan sama ada akan membebaskan Anwar atau mensabitkan Ketua Pembangkang itu bersalah.

Sekiranya disabitkan bersalah, Anwar berhadapan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, Anwar masih mempunyai peluang untuk membuat rayuan di Mahkamah Rayuan.

Pada 16 Mei 2011, Anwar, 65, diarah membela diri atas tuduhan meliwat Mohd. Saiful, 27, tanpa kerelaan di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di sini, antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Mohamad Zabidin ketika memutuskan Anwar membela diri berkata, mahkamah tiada sebab untuk menolak segala bukti dan keterangan saksi yang dikemukakan pendakwaan berhubung penglibatan tertuduh dalam kes itu.

Beliau menerima keterangan dua pakar daripada Jabatan Kimia iaitu Dr. Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon mengenai kewujudan DNA Male Y iaitu DNA lelaki asing pada dubur Mohd. Saiful yang disahkan sebagai DNA Anwar.

Keputusan itu diperoleh hasil perbandingan sampel DNA berdasarkan tiga barang Anwar yang diambil dari dalam lokap Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur semasa Anwar ditahan pada 16 Julai 2008 iaitu sebatang berus gigi, sehelai tuala Good Morning dan sebotol bekas air mineral kosong.

Bagaimanapun Anwar pada 22 Ogos 2011 mengambil langkah membela diri dari dalam kandang tertuduh tanpa mengangkat sumpah.

Tindakan itu menyebabkan keterangan Anwar rapuh dan kurang kukuh kerana pihak pendakwaan diketuai Peguam Cara Negara 11, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden tidak berpeluang menyoal balas.

Pihak pembelaan yang diketuai Karpal Singh mengemukakan tujuh saksi termasuk dua pakar forensik dari Australia, Dr. Brian McDonald dan Dr. David Wells serta seorang pakar ortopedik dari Belanda, Dr. Thomas Hoogland bagi mempertikai bukti DNA.

Anwar sebelum ini pernah didakwa atas tuduhan serupa iaitu meliwat pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar pada 2000 namun selepas disabitkan bersalah dan menjalani hukuman penjara empat tahun, hukuman terhadapnya diketepikan oleh Mahkamah Persekutuan.

Terdahulu, Anwar mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas kali pertama dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada 7 Ogos 2008 atas tuduhan tersebut.

Seramai 27 orang saksi dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan yang bermula pada 3 Februari 2010 dengan saksi pertama ialah pengadu sendiri, Mohd. Saiful mendakwa diliwat oleh Anwar ketika menghantar fail yang tertinggal di pejabat.

Mohd. Saiful dalam keterangannya juga mendakwa tidak membuang air besar selama dua hari selepas kejadian sebelum membuat pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur pada 28 Jun 2008.

Pihak pembelaan sebelum ini beberapa kali memohon supaya tuduhan liwat itu diketepikan atas beberapa alasan termasuk alasan Mohd. Saiful dan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif mempunyai hubungan sulit namun semuanya gagal.

Pihak pembelaan juga gagal mendapatkan laporan perubatan Anwar yang dibuat oleh doktor HKL.

Selain itu, usaha Anwar sebanyak tiga kali supaya Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar kes tersebut turut ditolak oleh Mahkamah Tinggi.


Kosmo
Read more »

Wednesday, 4 January 2012

3 VIDEO DEMO MAHASISWA UPSI DIBELASAH POLIS?


Menurut Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan anggotanya tidak bergelut dengan mahasiswa dalam perhimpunan kumpulan itu tetapi kumpulan mahasiswa sebaliknya melanggar pintu kaca di klinik berdekatan dan menyebabkan kecederaan.

Insiden malam tadi menyaksikan Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang patah tulang rusuk, seorang lagi Amar Rasyidi cedera di kepala manakala 20 mahasiswa ditahan.

Dia boleh menafikan apa saja jika kita masih hidup bukan diera IT dimana hanya apa yang dibenarkan dicetak, itu yang kita baca..

Korang saksikan video ini.. saksikan pada minit ke 4:54 hingga ke 4:59, adakah benar Mahasiswa tersebut melanggar pintu kaca klinik?


VIDEO 1






VIDEO 2







VIDEO 3



Kredit to syokdownload

Read more »

Tuesday, 3 January 2012

NUR AMALINA CHE BAKRI YANG CEMERLANG 17A1 KINI BERUBAH?





Bagi kami kalau individu tersebut bernama Ali Bin Abu (bukan nama sebenar) ataupun artis Malaysia, kami tidak ambil pusing sangat. Tetapi jika namanya Nur Amalina Che Bakri satu nama yang pernah menggemparkan negara satu ketika dahulu di mana beliau berjaya memperolehi 17 A1 semasa keputusan SPM 2004, bagi kami ia harus diberikan perhatian.

Sehinggakan selepas itu, “fenomena Nur Amalina” terus-menerus menyelubungi kalangan adik-adik kita yang bakal menduduki peperiksaan SPM setiap tahun. Kalau ditanya kepada mereka, ramai yang akan menjawab :


  • Saya nak jadi macam akak Nur Amalina
  • Saya nak berjaya macam akak Nur Amalina


Sampai begitu sekali. Lagi satu, kalau Nur Amalina Che Bakri berpakaian tidak senonoh daripada mula, kami kurang ambil pusing. Tetapi berlainan apa yang kita lihat sekarang ini. Mungkin inilah yang dinamakan kejutan budaya?

Isu pelajar-pelajar yang berjaya terbang ke negara orang untuk menuntut ilmu ke peringkat yang lebih tinggi setiap tahun, bagi kami tidak boleh dipandang ringan. Sejarah sudah membuktikan daripada kalangan ini ramai yang akhirnya :


  • Positifnya : Pulang semula ke Malaysia dan terus menabur bakti kepada negara (cemerlang daripada segi ilmu & sahsiahnya) atau……
  • Negatifnya : Hanyut bersama-sama dengan kebebasan yang mula “mereka” perolehi sejak berada di negara orang.(Ini yang kita patut elakkan)

Gambar Nur Amalina Che Bakri : Akaun Facebook Amalina Telah Ditutup


Kami yakin pasti akan ada yang mengatakan :

“Ala…baru tak pakai tudung, buka sini sikit sana sikit”. Takkan itupun nak dihebohkan.

Okey…..Pertama apa yang kami nak katakan di sini Nur Amalina Che Bakri hanyalah satu contoh sahaja. Persoalan yang cuba kami tampilkan di sini, adakah kita mahu melihat keadaan menjadi lebih teruk, baru kita semua mula mahu nak melatah? Contoh? Lihat apa yang terjadi adik Ariff Alfian dan …………………..? Erm…..Dah terlambat dah.

Disebabkan beliau rakyat Malaysia, mempunyai kebolehan tersendiri, berpenampilan bersih pada mulanya dan paling pentingnya kami sayangkan beliau, itulah antara sebab kami menegur beliau. Kami menegur bererti kami sayangkan beliau (Nur Amalina) “ibarat permata bagi negara”.

Apatah lagi ada kalangan adik-adik kita selepas ini akan berangkat ke luar negara bagi melanjut pengajian ke peringkat lebih tinggi. Nasihat kami supaya adik-adik kita ini supaya pandai menjaga diri & elakkan diri daripada terkena ‘kejutan budaya” juga.

 

Kejutan budaya tidak mengenal mangsa. Baik penuntut di Malaysia mahupun penuntut Malaysia di luar negara sana. Kalau anda tidak kuat & pandai menjaga diri, anda akan hanyut. Lebih-lebih lagi adik-adik yang baru nak mengenal apa itu erti “kebebasan”.

Gambar Nur Amalina Che Bakri Telah Dibuang Di Facebook





kredit to beritasemasa

Read more »

Monday, 2 January 2012

VIDEO 7 MAUT DALAM KEMALANGAN DI MANJUNG PERAK

HANCUR...kenderaan MPV yang dinaiki mangsa.

“Saya dan isteri hanya mampu meraung bila melihat jasad dua anak kami terbujur kaku berlumuran darah dan ditutup surat khabar,” kata Sulaiman Din, 42, bapa kepada Mohamad Hadi, 17, dan Badrul Isa, 19, yang maut dalam kemalangan meragut tujuh nyawa di sini, malam kelmarin.

Kemalangan berlaku apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda Stream dinaiki 10 orang termasuk dua beradik itu terbabas dan dirempuh sebuah treler membawa gas memasak di Batu 6, Jalan Sitiawan - Lekir, berhampiran kawasan perumahan Taman Kiara, di sini, jam 10.30 malam.

Selain Mohamad Hadi dan Badrul Isa, empat lagi penumpang kenderaan itu yang terbunuh di tempat kejadian ialah Mohamad Kamil Samsuri, 15; Ahmad Faizal Mohd Termizi, 15, Mohamad Shadan Mohd Arshad, 15, dan Muhammad Shafik Redzuan Yusof, 16.


VIDEO


Pemandu, Mohd Hisam Mat Zaki, 22, yang cedera parah di kepala meninggal dunia kira jam 8 pagi semalam di Hospital Seri Manjung (HSM), di sini.

Sulaiman berkata, sejurus tiba di tempat kejadian dia terpaksa memeluk dan menghalang isterinya, Norakmar Osman, 44, daripada menyelak helaian akhbar yang menutupi mayat dua anak mereka kerana tidak sanggup melihat jasad yang tidak lagi sempurna.

“Darah keluar membuak-buak dari kepala anak saya, malah kulit tubuh mereka turut hancur. Saya sendiri tak sanggup melihat mereka selain hanya mampu menangis sehingga jenazah dibawa ke Hospital Seri Manjung (HSM),” katanya.

Kemalangan ngeri itu berlaku ketika semua mangsa baru meraikan sambutan Tahun Baru 2012 di bandar Sitiawan dan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Batu 15, Lekir.

Tiga lagi penumpang MPV itu hanya cedera ringan manakala pemandu treler terbabit, Abdul Rashid Abdul Aziz, 49, dari Ayer Itam, Pulau Pinang, cedera di kaki dan kini dirawat di HSM.

Menurut Sulaiman, menambahkan lagi kesedihan dia dan isterinya, dua mangsa yang terbunuh dalam kemalangan itu iaitu Mohamad Shadan dan Mohd Hisam ialah anak saudara dan anak angkat mereka.

“Pada petang sebelum kejadian, dua anak saya ada memberitahu ingin ke Sitiawan bagi menyambut tahun baru. Kami memberi kebenaran kerana tidak mahu menghampakan mereka,” katanya.

Bagaimanapun, kata Sulaiman, isterinya menghubungi mereka kira-kira jam 10 malam meminta pulang awal kerana Mohamad Hadi perlu berkumpul di Sitiawan bagi menaiki bas mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kedah.

“Ketika isteri saya telefon, mereka mengatakan sudah bersiap sedia untuk pulang. Itulah kata-kata terakhir yang kami dengar kerana sejam telefon mereka sudah tidak dapat dihubungi,” katanya.


-Mymetro

Mari la kita sama-sama sedekahkan AL-FATIHAH kepada mangsa..
Read more »

Saturday, 31 December 2011

SEORANG SELEBRITI MENGAKU RASUL


Mengaku dirinya rasul, mampu mengampunkan dosa pengikut, tsunami berlaku atas kuasanya dan menafikan kewajiban menunaikan solat serta puasa antara fahaman sesat yang kini didakwa disebarkan seorang selebriti terkenal tanah air.

Selebriti terbabit bukan saja menyebarkan fahaman yang ternyata melanggar hukum syarak, tetapi lebih mengejutkan apabila dia mengakui dirinya mampu memberikan syafaat kepada pengikutnya pada hari akhirat kelak.

Sumber yang juga bekas pengikutnya, hanya mahu dikenali sebagai Fatimah, 30, berkata, penyebaran dakyah menyimpang itu mula dilakukan selebriti terbabit lebih dua tahun lalu selepas mendakwa dirinya mendapat wahyu dan petunjuk daripada Allah.

“Dia juga memberitahu di akhirat kelak, dia bakal ditempatkan di barisan hadapan apabila semua manusia dihimpunkan di Padang Mahsyar,” katanya kepada Harian Metro.

Selebriti lelaki yang terkenal dengan perwatakan warak itu sebelum ini jarang menimbulkan kontroversi sepanjang membabitkan diri dalam industri seni, justeru pendedahan dilakukan beberapa pengikutnya amat mengejutkan.


-Mymetro
Read more »

DADDY CORBUZIER RAJA MAGICIAN INDONESIA SETARAF DAVID COPPERFIELD

DADDY CORBUZIER RAJA MAGICIAN INDONESIA SETARAF DAVID COPPERFIELD


DEODATUS ANDREAS DEDDY CAHYADI SUNJOYO atau lebih dikenali sebagai Deddy Corbuzier merupakan seorang mentalis yang polular di Indonesia. Lelaki berketurunan Tionghua itu baru berusia 35 tahun.

Sejak lebih 12 tahun lalu, Deddy telah membuat perubahan drastik dalam industri hiburan silap mata. Dia sering diundang dalam program televisyen dan pertunjukan pentas di negara itu.

Tidak keterlaluan jika dikatakan Deddy ialah seorang Raja Magik yang menggunakan kemahiran silap mata tanpa bantuan ilmu sihir.

Dia mampu memandu kereta dengan mata tertutup, meramal tajuk muka depan akhbar dan memanjat dinding dengan berjalan menegak.


Rambut

 

Malah, Deddy pernah membantu pihak polis Indonesia menangani kes-kes jenayah berat. Semua itu dilakukan hanya menggunakan kekuatan mindanya.
Dua buah buku bertajuk Divka dan Mantra menjadi buku paling laris di Indonesia.
Pada tahun ini, Deddy menerima anugerah antarabangsa, Merlin Awards untuk kategori International Best Mentalist of the Year 2010.

 

“Merlin Awards diberikan kepada ahli silap mata yang memiliki kelebihan berbeza.
“Kami telah menyaring lebih 100 ahli silap mata dunia dan mendapati Deddy Corbuzier ialah yang paling layak menerimanya, ucap Toni Hassini, Ketua Pegawai Eksekutif, International Magicians Society yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Anugerah itu sebelum ini diberikan kepada ahli silap mata terkenal, David Copperfield.
Sejak berusia lapan tahun, Deddy sudah menunjukkan minat pada ilmu silap mata. Dia mempelajari ilmu itu daripada beberapa ahli silap mata tersohor.

Pada usia 12 tahun, dia menjadikan bidang itu sebagai kerjaya profesional di pentas yang dinamakan Dunia Fantasi Ancol.

Ketika berumur 18 tahun, Deddy menandatangani kontrak dengan sebuah hotel lima bintang, International Hotel bagi mengadakan persembahan di situ.

Dia juga muncul selama empat tahun dalam rancangan Impresario di RCTI dan berjaya menarik lebih 100 juta penonton.

Sepanjang kerjaya profesionalnya, Deddy membuat beberapa kemunculan di kaca televisyen termasuk Deddy Corbuzier Mind Games, 1604, Mentalist in Action, Mind & Magic dan yang terbaru Mentalist Master (RCTI), The Master (RCTI), The Master Junior (RCTI), dan Raja Sulap (Indosiar).


Pada tahun 1998, dia menubuhkan sebuah akademi silap mata, Pentagram Management dan telah melahirkan ramai ahli silap mata profesional seperti Romy Rafael, Demian Aditya, Bow Vernon, Faro, Decky San dan Oge Arthemus. Akademi itu kemudian dinamakan Corbuzier Management.

Deddy baru-baru ini mengubah penampilannya yang selama ini berpakaian serba hitam dengan rambut panjang diikat ke belakang.

Kini tiba masanya saya menukar wajah, begitu juga cara berpakaian, ungkap Deddy.
Penampilan terbaru Deddy adalah tanpa sehelai rambut pun menempel di kepalanya. 

Menurut Deddy, anaknya mengatakan penampilan barunya itu mirip watak kartun dari Malaysia, Upin dan Ipin.

kredit to duniajunko
Read more »

PENARI TIANG CUBA MELARIKAN DIRI

ANGGOTA polis menahan seorang GRO yang cuba melarikan diri selepas menyedari kelab malamnya diserbu.
Penari-penari tiang berunsur seks di kelab malam di sekitar Lembah Klang mungkin boleh memikirkan 'kerjaya' lain ekoran pihak berkuasa secara berterusan menyerbu premis-premis tersebut selepas pendedahan Kosmo! mengenai kegiatan itu di Pandan Perdana, Ampang Jaya Khamis lalu.

Terbaharu, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur menggempur sebuah pub di Taman Maluri di sini yang turut menyajikan tarian tiang berunsur seks kepada pengunjung pada pukul 1.45 pagi.

Dalam serbuan itu, polis menahan seramai 55 pegawai perhubungan pelanggan (GRO) tempatan yang disyaki pelayan dan penari tiang berpakaian seksi berusia di antara 17 dan 40 tahun. Mereka ditugaskan untuk melakukan aksi mengghairahkan di pub itu.

Turut ditahan ialah 65 pelanggan termasuk seorang remaja perempuan berusia 17 tahun sebelum dibebaskan sebaik polis berpuas hati dengan keterangan masing-masing.

Seperti di kelab malam di Pandan Perdana, pelanggan di pub berkenaan yang berminat dengan mana-mana penari boleh membeli kalungan bunga, mahkota atau jubah khas pada harga di antara RM20 dan RM1,000 untuk diberikan kepada gadis-gadis yang berkenan di hati.

Layanan istimewa pula menanti pelanggan yang memberikan tiga barang itu kepada penari.

Modus operandi tersebut kelihatan hampir sama di setiap premis yang menawarkan perkhidmatan gadis penari tiang dan ia mendapat sambutan hangat pengunjung.

Pegawai Turus D7 Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Azman Mohd. Isa berkata, pub tersebut beroperasi sejak tiga tahun lalu dan disyaki turut menyediakan perkhidmatan seks kepada pelanggan.

-Kosmo
Read more »

40 BUAH KENDERAAN BERLANGGAR

SEJUMLAH kenderaan yang terlibat dalam nahas di sebuah lebuh raya menuju ke timur New Orleans kelmarin.

Dua lelaki mati dan 61 lagi cedera kelmarin menjelang subuh dalam nahas yang melibatkan 40 buah kenderaan, kata polis.

Nahas yang turut melibatkan kereta dan van itu berlaku ketika pemandu memandu dalam keadaan kabus tebal yang membataskan penglihatan di sebuah lebuh raya menuju ke timur New Orleans.

Menurut beberapa orang yang melalui tempat kejadian, mereka mendengar mangsa yang terlibat dalam nahas tersebut meminta pertolongan.

"Anda baru mendengar semua bentuk panggilan dan orang ramai menjerit meminta pertolongan," kata seorang pemandu trak tunda, Wesley Ratcliff kepada stesen televisyen tempatan WWL-TV.

Menurutnya, dalam tempoh 13 tahun kerjayanya bertindak balas dengan nahas, kemalangan tersebut adalah yang paling buruk pernah dilihatnya.

Seorang jurucakap polis, Garry Flot tidak bercakap mengenai kemungkinan punca nahas.

Menurutnya, seorang mangsa yang mati itu merupakan pemandu sebuah trak pikap.

Dia berkata, seorang lagi mangsa yang mati ialah seorang penumpang sebuah trak pikap lain yang berusia 54 tahun.

Beberapa pemandu yang melalui lebuh raya itu ketika nahas menyatakan, mereka tiba-tiba berada dalam kegelapan dan tidak dapat melihat cahaya lampu kereta.

"Saya berpendapat ia kabus tetapi suami saya menganggap ia merupakan asap," kata seorang saksi, Stacie Williams kepada stesen televisyen WWL-TV. - Agensi

-Kosmo
Read more »

KAPAL SELAM RUSIA TERBAKAR

ASAP menjulang tinggi dari sebuah kapal selam nuklear Yekaterinburg yang terbakar di sebuah limbungan di wilayah Murmansk, Rusia kelmarin.
Tentera Rusia menyatakan sejumlah kru sebuah kapal selam nuklear yang terbakar masih berada di dalam kapal selam berkenaan manakala tujuh lagi dihantar ke hospital selepas terhidu asap beracun.

Kementerian Pertahanan Rusia memberitahu, tiada kebocoran radiasi dalam kebakaran yang berlaku kelmarin di sebuah limbungan kapal di wilayah Murmansk.

Ketika kejadian, kapal selam terbabit, Yekaterinburg ditempatkan di sebuah limbungan kering di lokasi berkenaan.

Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran itu semalam.

Pihak tentera dalam satu kenyataan memberitahu, api bermula di sebuah perancah kayu di limbungan berkenaan sebelum merebak ke bahagian badan kapal selam tersebut.

Menurut kenyataan sama, reaktor kapal selam nuklear Yekaterinburg telah dimatikan manakala 16 buah peluru berpandu nuklear telah dikeluarkan sebelum ia dibaikpulih di limbungan itu.

Pada 18 Ogos 2000, kapal selam nuklear Rusia, Kursk tenggelam di Laut Barents selepas berlaku letupan dipercayai berpunca daripada kebocoran pada sistem bahan api yang merebak ke tempat simpanan peluru torpedo kapal selam berkenaan.

Semua 118 kru kapal selam sepanjang 154 meter dengan berat sekitar 16 tan itu terbunuh dalam insiden tersebut. - Agensi

-Kosmo
Read more »

Friday, 30 December 2011

GILER COOL !! VIDEO PEMUDA MALAYSIA INI SENTUH PERASAAN SELEBRITI AS


Satu klip video yang menunjukkan seorang rakyat Malaysia, Timothy Tiah melamar teman wanitanya telah memenangi hati ramai selebriti Amerika Syarikat (AS) termasuk hos rancangan pertandingan nyanyian American Idol, Ryan Seacrest dan penyanyi Christina Perri.

Seacrest memuji klip video berkenaan sebagai menyentuh perasaan manakala Perri, 27, yang popular dengan lagu Jar of Hearts mengaku ia membuatkan dia menangis.





"Saya menangis dan tersenyum pada masa yang sama!" kata Perri dalam komen di akaun Twitter miliknya.

Perri menyatakan bahawa dia menganggap lagunya, A Thousand Years yang digunakan dalam klip video berkenaan sebagai satu penghormatan buat dirinya.

Pujian dua selebriti itu membantu klip video berkenaan ditonton hampir empat juta kali dalam tempoh seminggu klip video itu dimuatkan di laman sosial termasuk YouTube sekali gus menjadikan Tiah dan kini tunangnya, Audrey Ooi, 26, sebagai contoh kepada pasangan kekasih di seluruh dunia.

Memiliki kerjaya sebagai usahawan Internet, Tiah yang berusia 27 tahun berkata, dia sebelum ini tidak berminat untuk berkahwin selepas banyak mendengar kisah keruntuhan rumah tangga rakan-rakannya.

"Namun, saya menyedari tiada gadis lain yang menawan hati saya seperti yang dilakukan Ooi. Tidak ada gadis lain yang saya pernah terfikir dalam pertimbangan untuk dikahwini," kata Tiah kelmarin.

Klip video berkenaan memainkan lagu balad popular Perri, A Thousand Years dan dirakam oleh sebuah syarikat pengurusan perkahwinan.

Video itu menunjukkan Tiah membuat kejutan semasa Ooi makan malam bersama dengan rakan-rakan di sebuah restoran Itali di Kuala Lumpur pada 30 November lalu.

Ia menunjukkan Tiah dengan gementar berjalan memasuki pintu berkaca restoran itu dam melambaikan tangan untuk mendapatkan perhatian Ooi di restoran.

Ooi kelihatan bingung semasa Tiah yang tersenyum memegang beberapa poster yang mengandungi mesej dan kini menjadi popular di online.

Salah satu poster itu menyatakan: "Jika anda sukakannya, kenapa anda tidak menyarungkan sebentuk cincin."

Sebelum poster itu ditunjukkan, Tiah menunjukkan Ooi sekeping gambar watak animasi Puss in Bootsdengan mata seperti merayu dengan ayat: "Sudikah anda berkahwin dengan saya."

Klip video lima minit itu berakhir dengan Tiah melutut dan menawarkan Ooi sebentuk cincin dan bunga.


Ooi sebak dan menawarkan lamaran itu.

Mereka berkenalan selama tiga tahun selepas bertemu pada majlis ulang tahun kelahiran Ooi.

Pemilik-pemilik laman blog mula menyiarkan klip video berkenaan selepas Seacrest menghebahkannya di Facebook dan Twitter pada 23 Disember lalu. - Agensi



Read more »

KAMERA TERTUTUP RAKAM GAMBAR PANDA GERGASI



Sebuah kamera infra merah berjaya merakamkan gambar seekor haiwan panda gergasi makan seekor antelop yang mati di sebuah hutan di sini.

Menurut laporan media, kamera itu dipasang di dalam hutan tersebut sebagai usaha untuk mengira bilangan panda. - AFP

-Kosmo
Read more »

GAMBAR PADERI BERGADUH SEMASA MENYAPU

Paderi-paderi Armenia dan Greece Ortodoks bergaduh di Gereja Nativiti di Baitulaham, Palestin kelmarin. - AP
Sejumlah paderi bergaduh semasa membersihkan dengan penyapu lantai gereja Nativiti yang dipercayai tempat kelahiran Nabi Isa di sini, Tebing Barat kelmarin, kata beberapa saksi dan polis Palestin.

Pergaduhan itu melibatkan kumpulan paderi dari Armenia dan Greece Ortodoks.

Tiada laporan mengenai kecederaan berlaku dalam pergaduhan itu.

Pergaduhan itu berlaku selepas beberapa paderi menyapu di kawasan yang dikhaskan untuk kumpulan paderi lain.

Polis Palestin campur tangan bagi menamatkan pergaduhan itu. - Agensi



-Kosmo
Read more »

AJAL DIHEMPAP PENYANGKUT BESI

Mohd. Abdillah maut dihempap penyangkut besi yang terjatuh dari lif di Jalan Raja Chulan, Kuala Kangsar semalam.
Seorang pekerja sebuah kedai perabot maut selepas kepalanya pecah dihempap penyangkut besi lif di sebuah kedai perabot tiga tingkat di Jalan Raja Chulan di sini semalam.

Semasa kejadian pada pukul 10 pagi itu, Mohd. Abdillah Khairudin, 27, sedang melakukan kerja-kerja membawa perabot yang belum dipasang naik ke tingkat tiga dari aras bawah kedai perabot berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Supritendan Abdul Gaffar Muhammad berkata, semasa mangsa berada di dalam lif berkenaan bersama perabot tersebut, lif itu secara tiba-tiba terjatuh ke bawah.

“Penyangkut besi lif seberat 10 kilogram tersebut juga terjatuh lalu menghempap kepala Mohd. Abdillah hingga menyebabkan kepalanya pecah dan dia mati di tempat kejadian,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Menurut beliau, kejadian itu disedari oleh majikan mangsa sebelum ia kemudian melaporkan kepada polis.

-Kosmo
Read more »

Thursday, 29 December 2011

BIPASHA BERAZAM BELAJAR CARA BERBOHONG

BIPASHA BASU (kanan) dan Sonam Kapoor bergambar di depan poster filem Players di Bangalore pada Selasa lalu.
Aktres filem Bollywood, Bipasha Basu kelmarin menyatakan dia mahu mempelajar seni berbohong sebagai azam Tahun Baharu 2012.

Menurutnya, dia mahu berbohong bagi membantunya keluar daripada situasi yang sukarnya untuk menjawab pertanyaan para wartawan.

Dia membuat kenyataan itu semasa menghadiri sidang media berhubung filem lakonannya yang akan ditayangkan berjudul Players baru-baru ini.

Filem itu diarahkan oleh Abbas dan Mustan Burmawalla dan ia dihasilkan berdasarkan filem The Italian Jobs keluaran Hollywood yang ditayangkan pada 2003.

Players turut dibintangi oleh Abhishek Bachchan, Bobby Deol, Sonam Kapoor, Neil Nitin Mukesh dan Sikander Kher.

Filem itu akan ditayangkan pada 6 Januari depan.

Lokasi penggambaran filem itu melibatkan tiga buah negara iaitu India, New Zealand dan Rusia. Ia merupakan antara filem yang melibatkan kos perbelanjaan yang tinggi. Para pelakon filem itu dikatakan menjalani latihan fizikl bagi memenuhi watak yang dilakonkan mereka.

Ketika ditanya mengenai filem itu, Bipasha berkata, penggambaran di kawasan di Rusia merupakan suasana yang paling teruja buat dirinya.

Menurutnya, para pelakon dan kru menjalani penggambaran pada suhu - 30 darjah Celsius di kawasan itu.

Dia berkata, Players merupakan filem istimewa buat dirinya dan dia melakonkan watak sebagai seorang pakar kenderaan. - Agensi

-Kosmo
Read more »

SISWAZAH INDONESIA KE TALI GANTUNG

MAGGIE dibawa keluar dari Mahkamah Alor Setar, Kedah semalam selepas dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
Seorang siswazah sebuah universiti dari Indonesia menangis teresak-esak apabila dia dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah mengedar sebanyak 841.63 gram dadah di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bukit Kayu Hitam dekat sini pada tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd. Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman itu ke atas Maggie Taissya Olyvia, 27, setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh rakyat Indonesia itu.

Gadis itu yang merupakan siswazah jurusan perbankan dan pernah bekerja sebagai pegawai pemasaran di Jakarta disabitkan bersalah atas tuduhan mengedar sebanyak 656.15 gram heroin dan 185.48 gram monoacetylmorphines.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kompleks CIQ Bukit Kayu Hitam dekat sini pada pukul 12.15 tengah hari pada 20 September 2010.

Maggie dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mohd. Zaki ketika menjatuhkan hukuman berkata, dalam keterangan pembelaan, tertuduh mengaku mengetahui kewujudan sampul berisi dadah yang disembunyikan di dalam satu bahagian beg dibawanya tetapi tidak tahu jenis dadah tersebut.

-Kosmo
Read more »

JUBAH BAYARAN KE RANJANG


Pemakaian jubah berwarna kuning, biru dan keemasan kepada pelayan pelanggan (GRO) paling cantik dan menawan serta pandai menari seksi di tiang dengan berbikini menjadi tarikan terbaru pelanggan ke pusat hiburan di sekitar ibu kota.

Bagaimanapun, pelanggan perlu membayar RM1,000 sebelum berhak menyarungkan jubah itu kepada GRO yang turut ditabalkan sebagai ‘Queen of the Night’ dan sebagai balasan, GRO berkenaan menjadi milik pelanggan terbabit untuk dibawa ke ranjang.

BERKAS...sebahagian GRO ditahan di sebuah pusat hiburan di Pudu, semalam.
Taktik terbaru itu terbongkar selepas sepasukan polis Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat ( D7 ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) menyerbu sebuah pusat hiburan haram di bangunan Menara PGRM di sini, awal pagi semalam.

Dalam serbuan kira-kira 2 pagi itu, seramai 37 wanita tempatan serta seorang warga Vietnam dipercayai pelacur ditahan ketika sibuk melayan pelanggan masing-masing.

Pegawai Turus D7 IPKKL, Deputi Superintendan Azman Mohd Isa berkata, semua yang ditahan berusia antara 17 hingga 50 tahun.

-Mymetro
Read more »

BERKECAI DIKISAR MESIN PENGISAR KELAPA SAWIT


“Saya tak sanggup lihat mayatnya yang berkecai. Muka dan semua tubuhnya termasuk tulang hancur, malah tempurung kepala juga pecah,” kata rakan Suhaimi Mohammad Ariffin, 36, yang maut dalam keadaan ngeri selepas tergelincir ke dalam mesin pengisar tandan kelapa sawit, semalam.

Rakan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 32, berkata kejadian berlaku pada jam 10.20 pagi di kilang kelapa sawit di Kampung Padang Gajah di sini, ketika mangsa melakukan tugas mencuci sisa tandan kelapa sawit pada mesin pengisar berkenaan.

Menurutnya, ketika kejadian dia berada tidak jauh dari mesin itu sebelum terdengar bunyi kecoh di kawasan mangsa bertugas.

RAGUT NYAWA...mesin pengisar tandan kelapa sawit yang meragut nyawa Suhaimi.
Sejurus bergegas ke situ, Ahmad mendapati empat pekerja warga Nepal sedang mengerumuni mesin pengisar itu yang berfungsi mengasingkan tandan dan buah kelapa sawit sambil memberitahu mangsa terperosok di dalamnya.

“Ketika itu baru saya sedar Suhaimi sudah tidak bernyawa serta bermandi darah di dalam mesin berkenaan. Saya pelik bagaimana kejadian itu boleh berlaku kerana biasanya suis mesin akan ditutup ketika kerja mencuci dilakukan,” katanya.



-Mymetro
Read more »

Wednesday, 28 December 2011

GILER DASHYAT !! SANGGUP TERJUN KERETA KERANA MERAJUK

BULATAN menunjukkan lokasi Ann Nyuyut terjun dari pacuan empat roda di Lebuh AMJ berhampiran Rembia, Alor Gajah pada Rabu lalu.

Seorang wanita Vietnam yang merajuk bertindak nekad terjun dari pacuan empat roda dipandu kekasihnya di Lebuh AMJ berhampiran Rembia, Alor Gajah di sini pada Rabu lalu.

Mangsa yang cedera di kepala meninggal dunia pada Jumaat lalu selepas tiga hari bertarung nyawa.

Dalam kejadian pada pukul 10.45 malam itu, mangsa, Hyunh Ann Nyuyut, 29, terjun dari kenderaan Mitsubishi Triton yang sedang bergerak.

Teman lelaki mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Yong, 35, berkata, ketika kejadian, dia dan mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Rembia ke sebuah bank di Pekan Alor Gajah.

“Selepas kira-kira dua minit kenderaan bergerak, Ann Nyuyut yang membebel sejak mula menaiki kenderaan bertindak membuka pintu Mitsubisihi Triton lalu terjun.

“Sebelum keluar rumah, kami tidak bergaduh atau bertengkar namun Ann Nyuyut tiba-tiba merajuk sejak mula menaiki kenderaan tanpa diketahui puncanya,” cerita Yong warga tempatan ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Melaka di sini semalam.

Yong yang merupakan seorang kontraktor berkata, dia yang terkejut melihat tindakan mangsa segera memberhentikan kenderaan bagi membantu mangsa.

Namun sebaik dia memangku Ann Nyuyut, wanita itu sudah tidak sedarkan diri menyebabkan dia segera membawa mangsa ke Hospital Alor Gajah.


-Kosmo
Read more »

GILER SAYANG !!! 1055 BUAH KERETA HONDA DIMUSNAHKAN

SEJUMLAH kereta Honda yang rosak akibat banjir menunggu untuk dimusnahkan di sebuah loji kereta syarikat tersebut di wilayah Ayutthaya, tengah Thailand semalam.

Pembuat kereta No.1 Jepun, Honda mula memusnahkan sebanyak 1,055 buah kereta buatannya di Thailand semalam.

Tindakan itu dilakukan bagi meyakinkan para pelanggan bahawa tiada kenderaan yang rosak akibat banjir di negara berkenaan dijual kepada mereka.

Honda dalam satu kenyataan memberitahu, proses memusnahkan semua kenderaan di kilang Honda di tengah wilayah Ayutthaya itu dijangka mengambil masa selama sebulan.

Kilang Honda terletak di Taman Industri Rojanam yang merupakan kawasan yang ditenggelami air pada awal Oktober lalu.

Bencana berkenaan menyebabkan pengeluaran kilang tersebut terpaksa dihentikan manakala gambar-gambar dari udara menunjukkan ratusan buah kereta Honda digenangi air berselut.

"Walaupun kami dapat memindahkan banyak kereta baharu ke kawasan selamat, sejumlah kereta yang ada di kilang ini rosak akibat banjir," kata Timbalan Presiden Eksekutif Honda Automobile Thailand, Pitak Pruittisarikorn.

"Kami tidak menjual kereta yang rosak ini kepada pelanggan, menjual atau mengguna semula sebarang bahagian kenderaan tersebut," tambahnya.

Kebanyakan kereta yang akan dimusnahkan merupakan model kereta sedan saiz pertengahan seperti Honda City, Honda Brio dan Honda Jazz.

Lebih 700 orang terkorban dalam banjir yang menjejaskan 65 daripada 77 wilayah yang terletak di kawasan rendah di Thailand sejak beberapa bulan lalu.

Banjir tersebut turut menyebabkan tujuh taman industri utama terpaksa ditutup sekali gus mengganggu rangkaian bekalan global. - AFP



-Kosmo
Read more »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...