Wednesday 28 December 2011

DATANG KEMBALI UNTUK BAKAR RUMAH


MUSNAH...sebahagian peralatan rumah hangus dibakar penyamun.

Selepas gagal menceroboh rumah ketiga, kumpulan penyamun yang membakar dua banglo di Bandar Rinching, di sini, awal pagi kelmarin, dipercayai datang semula ke lokasi itu untuk membalas dendam dengan membakar perabot dan almari di belakang rumah berkenaan, beberapa jam kemudian.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, mangsa, Ramli Mat Nor, 57, kerugian kira-kira RM3,000 apabila perabot dan almari yang diletakkan di belakang rumahnya musnah selain sebahagian atap rumah turut terbakar.

“Ketika itu saya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bercuti di selatan tanah air dan mengetahui kebakaran itu selepas dimaklumkan pembantu rumah yang juga baru pulang daripada bercuti,” katanya Harian Metro semalam melaporkan kejadian dua banglo dibakar selepas disamun dan penjenayah terbabit berbuat demikian dipercayai bagi menghapuskan bukti.

Jumlah kerugian membabitkan kedua-dua banglo berkenaan dianggarkan mencecah RM1 juta namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berikutan tiada penghuni ketika insiden berlaku.

Selepas meninggalkan rumah kedua, kumpulan itu dilaporkan cuba memecah masuk ke rumah ketiga iaitu rumah milik Ramli yang terletak selang tujuh rumah dari lokasi pertama dan kedua.

-Mymetro

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...