Mohd. Abdillah maut dihempap penyangkut besi yang terjatuh dari lif di Jalan Raja Chulan, Kuala Kangsar semalam. |
Semasa kejadian pada pukul 10 pagi itu, Mohd. Abdillah Khairudin, 27, sedang melakukan kerja-kerja membawa perabot yang belum dipasang naik ke tingkat tiga dari aras bawah kedai perabot berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Supritendan Abdul Gaffar Muhammad berkata, semasa mangsa berada di dalam lif berkenaan bersama perabot tersebut, lif itu secara tiba-tiba terjatuh ke bawah.
“Penyangkut besi lif seberat 10 kilogram tersebut juga terjatuh lalu menghempap kepala Mohd. Abdillah hingga menyebabkan kepalanya pecah dan dia mati di tempat kejadian,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Menurut beliau, kejadian itu disedari oleh majikan mangsa sebelum ia kemudian melaporkan kepada polis.
-Kosmo
0 comments:
Post a Comment