Saturday, 31 December 2011

DADDY CORBUZIER RAJA MAGICIAN INDONESIA SETARAF DAVID COPPERFIELD

DADDY CORBUZIER RAJA MAGICIAN INDONESIA SETARAF DAVID COPPERFIELD


DEODATUS ANDREAS DEDDY CAHYADI SUNJOYO atau lebih dikenali sebagai Deddy Corbuzier merupakan seorang mentalis yang polular di Indonesia. Lelaki berketurunan Tionghua itu baru berusia 35 tahun.

Sejak lebih 12 tahun lalu, Deddy telah membuat perubahan drastik dalam industri hiburan silap mata. Dia sering diundang dalam program televisyen dan pertunjukan pentas di negara itu.

Tidak keterlaluan jika dikatakan Deddy ialah seorang Raja Magik yang menggunakan kemahiran silap mata tanpa bantuan ilmu sihir.

Dia mampu memandu kereta dengan mata tertutup, meramal tajuk muka depan akhbar dan memanjat dinding dengan berjalan menegak.


Rambut

 

Malah, Deddy pernah membantu pihak polis Indonesia menangani kes-kes jenayah berat. Semua itu dilakukan hanya menggunakan kekuatan mindanya.
Dua buah buku bertajuk Divka dan Mantra menjadi buku paling laris di Indonesia.
Pada tahun ini, Deddy menerima anugerah antarabangsa, Merlin Awards untuk kategori International Best Mentalist of the Year 2010.

 

“Merlin Awards diberikan kepada ahli silap mata yang memiliki kelebihan berbeza.
“Kami telah menyaring lebih 100 ahli silap mata dunia dan mendapati Deddy Corbuzier ialah yang paling layak menerimanya, ucap Toni Hassini, Ketua Pegawai Eksekutif, International Magicians Society yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Anugerah itu sebelum ini diberikan kepada ahli silap mata terkenal, David Copperfield.
Sejak berusia lapan tahun, Deddy sudah menunjukkan minat pada ilmu silap mata. Dia mempelajari ilmu itu daripada beberapa ahli silap mata tersohor.

Pada usia 12 tahun, dia menjadikan bidang itu sebagai kerjaya profesional di pentas yang dinamakan Dunia Fantasi Ancol.

Ketika berumur 18 tahun, Deddy menandatangani kontrak dengan sebuah hotel lima bintang, International Hotel bagi mengadakan persembahan di situ.

Dia juga muncul selama empat tahun dalam rancangan Impresario di RCTI dan berjaya menarik lebih 100 juta penonton.

Sepanjang kerjaya profesionalnya, Deddy membuat beberapa kemunculan di kaca televisyen termasuk Deddy Corbuzier Mind Games, 1604, Mentalist in Action, Mind & Magic dan yang terbaru Mentalist Master (RCTI), The Master (RCTI), The Master Junior (RCTI), dan Raja Sulap (Indosiar).


Pada tahun 1998, dia menubuhkan sebuah akademi silap mata, Pentagram Management dan telah melahirkan ramai ahli silap mata profesional seperti Romy Rafael, Demian Aditya, Bow Vernon, Faro, Decky San dan Oge Arthemus. Akademi itu kemudian dinamakan Corbuzier Management.

Deddy baru-baru ini mengubah penampilannya yang selama ini berpakaian serba hitam dengan rambut panjang diikat ke belakang.

Kini tiba masanya saya menukar wajah, begitu juga cara berpakaian, ungkap Deddy.
Penampilan terbaru Deddy adalah tanpa sehelai rambut pun menempel di kepalanya. 

Menurut Deddy, anaknya mengatakan penampilan barunya itu mirip watak kartun dari Malaysia, Upin dan Ipin.

kredit to duniajunko

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...