Wednesday 1 February 2012

MANGSA KREN RUNTUH LUAR CHOOI GUAN MENINGGAL


Penderitaan seorang warga emas selama hampir tiga bulan selepas terbabit dalam kejadian runtuhan kren setinggi 60 meter ketika tidur di rumahnya di Jalan Sri Bahari, di sini, Oktober lalu, berakhir apabila dia meninggal dunia di sebuah pusat penjagaan di Jalan Kedah, di sini, semalam.

Luar Chooi Guan, 78, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.45 pagi di pusat penjagaan itu sejurus ambulans tiba untuk membawanya ke Hospital Pulau Pinang (HPP), selepas mengadu kakinya sakit.

Anak mangsa, Seong Teik, 53, berkata, bapanya mengadu kakinya sakit akibat kesan kecederaan yang dialaminya dalam kemalangan itu selain turut mengidap kencing manis dan tekanan darah tinggi.

Katanya, bapanya memaklumkannya mengenai perkara itu pagi semalam ketika dia melawat mangsa.

Difahamkan, hasil bedah siasat mendapati paru-paru Luar berair selain saluran jantung tersumbat.

-metro

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...