Monday, 7 November 2011

GILER GEMPAK KERETA PROTON TUAH TERBARU




PROTON Holdings Berhad (Proton) mengesahkan akan mengeluarkan model terbarunya yang dilengkapi enjin Campro 1.6 turbo tahun depan dan ketika ini produk berkenaan dikenali dengan kod P3-21A.

Pengarah Urusan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, kereta terbabit ialah rekaan terbaru yang tiada kaitan dengan model Persona seperti dijangkakan umum sebelum ini.

“Ia bukan model gantian atau kesinambungan kepada Persona. Ramai orang kaitkannya dengan Persona, tetapi bukan…tengok pun tidak nampak seperti Persona.

“Sebaliknya ia memang kereta baru dengan reka bentuk baru…tetapi namanya tidak boleh didedahkan dulu buat masa ini. Ia dalam proses dan setakat ini semuanya berjalan lancar,” katanya kepada kumpulan media Malaysia di Beijing.



Syed Zainal Abidin berkata, kenderaan terbaru Proton itu akan turut dikeluarkan syarikat China yang sudah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) untuk mengadakan perbincangan lanjut mengenai kerjasama antara mereka sehingga Disember ini, Hawtai Motor Group Ltd (Hawtai).

Beliau berkata, selain menghasilkan Exora di China dengan reka bentuk baru, Hawtai akan membangunkan P3-21A sebagai kenderaan pemanduan sebelah kiri menggunakan jenama Hawtai untuk pasaran di China dan kereta versi sama akan menggunakan jenama Proton untuk pasaran eksport.


“Proton dan Hawtai saling memerlukan dengan perbincangan kini berkaitan proses pelaksanaan seperti meletakkan sumber dan struktur. Saya teruja Proton mengembangkan bisnes dan pendapatan bukan saja daripada menjual kereta, tetapi kejuruteraan, lesen dan lebih penting, kami kini berada di pasaran kereta terbesar dunia tanpa melabur terlalu besar.

“Kenderaan hasil kejuruteraan Proton yang dikeluarkan Hawtai itu menggunakan jenama mereka, tetapi produk berkenaan dimiliki syarikat perkongsian, sekali gus menyaksikan Proton akan memperoleh pendapatan melalui pemerolehan peralatan, jualan komponen dan kejuruteraan,” katanya.

Syed Zainal Abidin berkata, Hawtai memiliki kilang di Roncheng dan satu lagi di Ordos, Mongolia yang memiliki teknologi enjin diesel bagus yang dilesenkan BM Motor dari Itali.


Beliau berkata, enjin diesel memang penting untuk Proton memasuki pasaran seperti India di mana 40 hingga 50 peratus pasaran menggunakan enjin diesel dan Proton kini sedang menguji enjin berkenaan.

Menurutnya, tidak mustahil satu hari nanti kenderaan Proton akan menggunakan enjin diesel memandangkan mereka kini memiliki kesempatan terbaik menjimatkan kos kerana tidak perlu menghasilkan sendiri enjin berkenaan memandangkan ia sudah dimiliki Hawtai.

Mengulas mengenai Exora 1.6 turbo yang sepatutnya diperkenalkan pada suku pertama tahun ini, Syed Zainal Abidin berkata, program itu tertangguh kerana Proton mahu pastikan enjin turbo itu diuji sepenuhnya.



-myberita

3 comments:

MalizaMah said...

wow...... mantap sih....
mesti mahal ni,,,
singgah usha entry usha iklan. sama2 tmbh tabung blog.
salam singgah

mr.pingu said...

wow mantapla.. berbangga dgn model ni.. better than inspira ciplak ala2 lancer

Anonymous said...

ini pun ciplak kia forte. ubah sikit2 je.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...