Friday 30 September 2011

Siti Dan Sean Kingston Berduet..


Kayu ukur album Inggeris Siti










SEPANJANG berkecimpung dalam bidang seni suara selama 16 tahun, ternyata kehebatan Datuk Siti Nurhaliza sebagai seorang penyanyi sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi.
Sudah berada di satu kelas yang tersendiri dengan rentetan kejayaan yang dikecapi, apa sahaja genre lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi tersebut juga tidak pernah menghampakan para peminatnya.
Dengan pengalaman yang luas sebagai seorang anak seni, namun jauh di sudut hati penyanyi yang berasal dari Kuala Lipis, Pahang ini seakan-akan merasakan belum puas dengan pencapaian yang diperolehnya itu.
Sehinggakan penyanyi berkenaan telah mencabar dirinya sendiri untuk menciptakan suatu kelainan bagi album terbaharunya dan kini lahirlah sebuah album Inggeris sulungnya yang berjudul All Your Love.
Dalam satu majlis pelancaran album berkenaan yang diadakan di sebuah pusat beli-belah terkemuka baru-baru ini, Siti menyifatkan kelahiran album tersebut begitu istimewa buat dirinya.
"Selama ini sudah pelbagai jenis lagu di dalam bahasa Melayu yang sudah saya nyanyikan. Akhirnya saya telah mencabar diri untuk muncul pula sebuah album Inggeris.
"Lagipun selama ini sudah ramai yang bertanya bila saya akan muncul dengan album Inggeris. Memang sudah lama saya berniat mahu menghasilkannya, tetapi baru sekarang ia dapat direalisasikan," ujarnya pada satu sidang akhbar selepas majlis pelancaran berakhir.


PENAMPILAN terbaharu Siti Nurhaliza sempena kemunculan album All Your Love.



Menurut penyanyi yang popular menerusi lagu Jerat Percintaan itu lagi, album berkenaan mula dihasilkan pada bulan Januari yang lalu dah telah disiapkan dalam tempoh lima bulan.
Jelasnya lagi, mengikut perancangan asal album itu sepatutnya dilancarkan lebih awal. Namun, memandangkan umat Islam ketika itu hendak menyambut bulan Ramadan dan Aidilfitri, maka ia terpaksa ditangguhkan sementara.
Lebih menarik lagi, album Inggeris yang mengandungi 10 buah lagu yang berentak rancak dan diterbitkan oleh What's Up Entertainment itu turut mendapat sentuhan pemuzik antarabangsa.
"Saya rasa sangat beruntung kerana dapat bekerjasama dengan pemuzik yang hebat seperti Bryan B. Sepanjang sesi rakaman dilakukan, dia banyak memberi tunjuk ajar supaya saya dapat menyanyikan lagu-lagu tersebut dengan lebih baik," ujarnya.
Selain Bray B, turut terbabit dalam penghasilan album tersebut adalah seperti Richard Furch yang pernah menaikkan nama bintang antarabangsa seperti Prince, Usher, Whitney Houston dan Katherine McPhee serta Eddie Schreyer yang pernah bekerjasama dengan artis ternama seperti Lady Gaga dan Kanye West.
Antara lagu-lagu yang terkandung dalam album tersebut seperti All Your Love, Nobody Else, Tonight, All Over Again, I'll Wait Forever, Falling In Love, I Cry Out, Fight For Love dan Stand Up.
Positif
Apa yang menarik tentang album ini juga, Siti turut berduet bersama dengan seorang penyanyi antarabangsa yang cukup popular di seluruh dunia iaitu Sean Kingston menerusi lagu berjudul Remember You.
Di sebalik penjualan kebanyakan album-album penyanyi tempatan yang dilihat agak perlahan dan kurang mendapat sambutan di pasaran, tetapi Siti mengalami nasib yang agak berbeza.
Meskipun album All Your Love telah berada di pasaran dua hari lebih awal daripada majlis pelancaran, namun Siti memaklumkan sambutan orang ramai terhadap album tersebut sangat menggalakkan.


SITI dan suami, Datuk K bersama dua individu penting di sebalik pembikinan album sulung Inggeris Siti iaitu Brian B (kiri) dan Adib yang juga anak Datuk K.




Menurutnya, sehingga kini album Inggerisnya itu telah terjual sebanyak 3,000 unit dan dia diberitahu bahawa pihak yang mengedarkannya iaitu Warner Music Malaysia sedang dalam proses untuk membuat cetakan yang kedua.
"Saya sangat bersyukur kerana kebanyakan peminat yang telah mendengar lagu-lagu dalam album ini sangat berpuas hati. Malah, saya turut mendapat maklum balas yang positif menerusi komen-komen yang dihantar ke laman Twitter saya.
"Lebih menarik lagi, saya juga kini turut mendapat lebih ramai peminat baharu iaitu yang terdiri daripada kaum Cina dan India yang turut tidak ketinggalan mendapatkan album saya ini," jelasnya.
Ujarnya lagi, biarpun berasa puas setelah hasrat untuk menghasilkan sebuah album Inggeris menjadi kenyataan, Siti mengakui dia sebenarnya sangat berdebar dan masih menantikan komen-komen yang positif terhadap album berkenaan.
"Boleh dikatakan saya memang berusaha bersungguh-sungguh dan telah memberikan yang terbaik. Sekarang terpulanglah kepada penerimaan peminat dan saya berharap ia akan terjual dengan lebih banyak lagi selepas majlis pelancaran ini," ujarnya.
Pastinya sudah ramai yang sudah mengetahui tentang penglibatan anak tiri Siti sendiri iaitu Muhammad Adib Khalid selaku pengasas dan pencetus idea kepada penghasilan album berkenaan.
Adib yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif What's Up Entertainment berkata, dia sangat senang apabila mereka berdua dapat bekerjasama dan menyifatkan ibu tirinya itu sebagai seorang individu yang bekerja keras.
"Memandangkan ini merupakan kali pertama saya terbabit dalam penghasilan album, ia adalah satu pengalaman yang cukup menarik dan tidak menyangka sama sekali dengan sambutan hebat yang diberikan.
"Proses rakaman juga berjalan dengan lancar dan saya sangat berpuas hati dengan hasilnya. Saya berharap supaya pendengar akan turut terhibur dengan lagu-lagu yang terkandung dalam album ini," ujar pemuda yang baru berusia 21 tahun itu.


SEAN KINGSTON



Sean Kingston
Ditanya tentang pemilihan Sean Kingston sebagai rakan duet Siti untuk lagu Remember You, Adib mengakui pihaknya turut menyenaraikan beberapa orang penyanyi terkenal seperti Pitbull dan Bruno Mars.
Bagaimanapun, kedua-kedua penyanyi tersebut tidak dapat bekerjsama dengan pihaknya kerana disebabkan faktor masa serta mempunyai komitmen masing-masing hingga akhirnya Sean Kingston bersetuju untuk berduet dengan Siti.
Sementara itu, Adib memberitahu bahawa pihaknya turut mempunyai langkah yang tersendiri agar album berkenaan dapat diperoleh sehingga ke peringkat antarabangsa.
"Memang kami ada perancangan untuk memasarkannya ke luar negara seperti di Singapura, Indonesia, Brunei dan Australia. Namun, sebagai langkah awal lagu-lagu album ini boleh dibeli secara digital melalui iTunes," ujarnya.
Mengenai video muzik pula, Adib menjelaskan pembikinan video muzik untuk lagu berjudul Falling In Love baru sahaja selesai dihasilkan. Pihaknya menyasarkan untuk menghasilkan empat buah video muzik lagi pada masa akan datang.

kredit to kosmo


Remember You - Siti Nurhaliza feat Sean Kingston



If We Never Make It Back
To What We Used To Be
I Hope You Know I Tried To Give You All Of Me 
I Don't Wanna Wake Up Tomorrow
If Our Memories Filled With Sorrow
I'd Rather Smile When I Remember You
If You Find Someone
That Can Love You Right
I Won't Even Fight, No
I Won't Forget I'll Always Remember You
Babygirl You Are My Darling
Felling You The Hardest
Now My Baby I've Been Missing You The Longest
Found A New One To Give Your Heart 
To The Way I Acted I Don't Blame You
But You Always On My Mind
Think About You All The Time
And I'm Wisghing You Were Mine
Reminiscing All The Time, When I Had Your Love
When I Had Youe Love You Forever Be In My Heart
You'll Always Have My Heart
You're Everything I Wanted
Exactly What I Needed
I See Your Heart Has Now Moved On
Got Me Sitting Here I'm Singing Sad Songs
I'm A Love You Forever
Baby I Forget You Never
January To December Always Remember You
If You Find Someone
That Can Love You Right
I Won't Even Fight, No I Won't I'll Always Remember You
Like The Sun Will Rise
As The Seasons Change
I Will Walk Through Life
Til The Very End, No I Won't Regret
I'll Always Remember You, Remember You, Rember You
I Won't Forget I'll Always Remember You
I Don't Wake Up Tomorrow
If Our Memories Filled With Sorrow
I'd Rather Smile When I Remember You
If You Find Someone
That Can Love You Right 
I Won't Even Fight, No



I Won't Forget I'll Always Remember You
Like The Sun Will Rise
As The Seasons Change
I Will Walk Through Life
Til The Very End, No I Won't Regret
I'll Always Remember You
If You Find Someone
That Can Love You Right
I Won't Stand In Your Way
I Won't Even Fight, No
I Won't Forget I'll Always Remember You

1 comments:

RemoveMyName said...

siti pakai topi tu dah macam dia botak sbb leukemia jer...siti...siti... huhuhuh

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...