Friday, 30 September 2011

BERAMBUS KAU DARI SINI






Akibat masalah-masalah pekerja yang kurang motivasi, selalu cuai dan pemalas, seorang pengurus baru syarikat bertekad hendak mengajar pekerjanya pada hari pertama dia bertugas.


Pada hari pertama dia bertugas jika dia ternampak siapa-siapa yang paling pemalas dan cuai bekerja dia akan pecat on the spot .
Memang malang tidak berbau, pengurus besar baru itu ternampak seorang pekerja yang sedang duduk menyandar di tepi dinding tanpa buat apa-apa kerja.


“Yang berbaju biru tu!” dia menjerit. Jeritan kuat sehingga membuatkan semua pekerja tersentak dan memandang kepada pengurus besar baru berkenaan.
“Berapa gaji awak?” pengurus besar itu bertanya dengan nada yang agak keras dan kasar.


“Dalam RM800!” jawab pekerja tersebut.
“Nah ambil ni… RM800! BERAMBUS KAU DARI SINI! KALAU NAK MALAS-MALAS DUDUK RUMAH GOYANG KAKI!”
Dalam keadaan terpinga-pinga si pekerja itu terus mengambil duit tersebut lalu pergi dari situ.


Pengurus besar tadi memandang kepada semua pekerjanya, seperti mahu mereka faham. Siapa malas, kena pecat! Setelah merasa pekerja-pekerjanya faham maksud tindakannya tadi, pengurus besar itu merasa puas.
Sebelum pengurus itu masuk ke dalam bilik pejabatnya, beliau menanyakan kepada salah seorang pekerja yang ketika berada berdekatan dengannya.. 


“Si mamat tadi tu bertugas di department mana?”
Jawab si pekerja itu, “Oh, budak tu datang hantar pizza je, bukan pekerja disini!”
“erkkkk….” Pengurus baru itu terus BERAMBUS dari situ tanpa menoleh lagi.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...