Home » All posts
Posted by infosuam on 08:00
Amerika Syarikat - Seorang lelaki berkulit hitam, Henry James dibebaskan pada Jumaat lalu selepas dia silap dipenjarakan selama 30 tahun.
Peguamnya memberitahu berita gembira itu pada Khamis lalu bahawa seorang hakim sudah menggugurkan hukuman penjara seumur hidup yang dijatuhkan ke atasnya kerana kesalahan merogol. James yang berusia 50 tahun didapati bersalah merogol seorang wanita pada 1981.
Namun, berdasarkan ujian asid deosiribonukleik (DNA), dia didapati tidak bersalah pada bulan lalu.
"Saya berasa terkejut. Selepas 30 tahun, akhirnya anda mendapat satu peluang keadilan," katanya pada satu temu bual Projek Tidak Bersalah New Orleans.
Pada Jumaat lalu, dia tidak pernah putus harapan semasa dipenjarakan.
"Anda putus harapan, anda akan hilang semuanya," katanya.

Lelaki itu menulis surat kepada pihak Projek Tidak Bersalah New Orleans bagi membantunya dibebaskan. James ditangkap selepas seorang wanita yang dirogol menyatakan bahawa dia tidak mengenali penyerang.
Namun, wanita itu memilih James semasa proses pengecaman penyerangnya dibuat. Tiada sebarang bukti DNA James ditemui oleh makmal jenayah Jefferon Parish dalam bukti kes merogol wanita itu.

James merancang untuk tinggal di New Orleans dengan seorang anak perempuannya. Anak perempuannya itu berusia tiga tahun semasa dia dipenjarakan. James berharap akan menggunakan kemahiran pertukangan kayu yang dipelajarinya semasa dipenjara untuk mendapatkan pekerjaan.
Read more »
Posted by infosuam on 23:03
 |
Gambar Hiasan
|
Memang diibararatkan seperti menonton filem seram. Tetapi kisah ini benar-benar berlaku di Negara India, apabila seorang isteri mendakwa bahawa suaminya selama tiga tahun telah meminum darahnya.
Wanita yang berumur 22 tahun itu berkahwin dengan suaminya pada tahun 2007 di perkampungan Shirkapura. Suaminya mula meminum darah isterinya apabila mrasakan dirinya lebih bertenaga selepas meminum darah. Kaedah yang digunakan oleh suaminya itu ialah dengan menggunakan picagari.
Suami tersebut juga pernah melakukan perbuatan itu ketika isterinya mengandung. Si isteri terpakasa akur sahaja dengan perbuatan suaminya itu, kerana suami tersebut akan mengugut untuk melakukan tindakan kasar ke atas isterinya.
Selepas tiga tahun, apabila sudah tidak tahan dengan perangai suaminya, dia melarikan diri ke rumah ibu bapanya dan memebritahu kesemua perkara tersebut kepada mereka.
Pada awal Julai, keluarga wanita itu telah menfailkan kes ke atas suami terbsebut bagi mendaptakan keadilan ke atas wanita yang malang itu.
-borakkosong
Read more »
Posted by infosuam on 17:41
REPUBLIKA.CO.ID, MISRATA - Makin jelas, sebab kematian pemimpin Libya, Muammar Qaddafi yang ditangkap hidup-hidup namun meninggal dengan berlumuran darah beberapa menit kemudian.
Serangkaian gambar yang diambil melalui ponsel menunjukkan, dia ditembak dengan jarak sangat dekat, beberapa centimeter saja.
Beberapa detik kemudian, diktator yang berbicara tergagap itu tidak bisa lagi didengar. Adegan berikutnya menampilkan tubuh tak bernyawa sang tiran di tanah. Matanya tertutup dan dia tidak bernapas. Orang-orang bersorak.
Sesaat sebelum menemui ajal, dalam rekaman itu Qaddafi bertanya terbata-bata, "Apa yang kamu lakukan? Ini tidak diperbolehkan dalam hukum Islam. Apa yang Anda lakukan adalah dilarang?' ujarnya.

Dengan suara tersekat, ia mengulangi, ""Apa yang Anda lakukan adalah salah, nak. Apakah Anda tahu apa yang benar atau salah? '
Para pemuda berteriak 'Muammar, Anda anjing! "
Saat itu, darah mengalir di sisi kiri kepala, leher, dan bahunya.
Gaddafi bilang kepada orang-orang muda itu untuk bersabar, dan berkata "Apa yang terjadi?" saat ia menyeka darah segar dari pelipisnya dan melirik telapak tangannya.
Seorang anak muda lainnya kemudian datang membawa boot dan berteriak, 'Ini adalah sepatu Muammar! Ini adalah sepatu Muammar! Kemenangan! Kemenangan!"
"Buat dia hidup, buat dia tetap hidup!" seseorang berteriak. "Ini untuk Misrata, Anda anjing," kata seorang pria menampar dia.
Pemberontak lain berteriak, "Allah Mahabesar. Allah Mahakuasa. "
Dan saat Qaddafi memohon belas kasihan, seorang pejuang mengatakan, "Diam, kau anjing!"
Qaddafi juga terdengar dalam satu video mengatakan 'Allah melarang ini' beberapa kali. Ia ditampar di atas kepalanya.
Gambar selanjutnya beberapa saat kemudian menunjukkan Qaddafi tergeletak di tanah. Orang-orang bersorak.

Sopir ambulans, Ali Jaghdoun, menyatakan Qaddafi sudah meninggal ketika ia mengangkatnya dan membawa jenazahnya ke kota Misrata. "Aku tidak mencoba untuk memberikan pertolongan kembali, karena ia sudah mati," ujarnya.
-akakbalikpintu
Read more »
Posted by infosuam on 09:44
Pelik dan memelikkan jika kita melihat orang yang menambah aksesori pada wajah mahupun pada anggota tubuh yang lain dari yang biasa kepada luar biasa.Namun perkara ini bukanlah sesuatu yang baru,malah ianya boleh membuatkan seseorang itu terkenal gah seantero dunia
DORTMUND, Jerman – Rolf Bucholz yang merupakan seorang pakar komputer berusia 52 tahun mempunyai tindikan sebanyak 453 di tubuhnya.
Dia merupakan pemilik rekod Guinness World of Records lelaki yang paling banyak bertindik di dunia.Muka lelaki tersebut juga mempunyai banyak tindikan seperti di kening, bibir dan hidung.
Dia juga mempunyai 278 tindikan di bahagian kemaluannya. – Agensi
-enciknakal
Read more »
Posted by infosuam on 17:00
 |
| SENSITIF...gambaran sekumpulan haiwan sedang membantu menyiapkan bahtera Nabi Nuh yang disiarkan pagi semalam. |
KUALA LUMPUR: Penyiaran sebuah rancangan kartun terbitan Walt Disney di TV2 yang menggambarkan Nabi Nuh a.s bersama keluarga dan sekumpulan haiwan menyiapkan bahtera bagi menghadapi banjir besar berlaku secara tidak sengaja.
Sehubungan itu, pihak RTM khususnya TV2 memohon maaf atas kejadian itu dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang bagi memastikan ia tidak berulang lagi.
RTM dalam satu kenyataan turut berharap penonton akan terus memberi maklum balas untuk menambah baik kandungan siaran TV2.
Menerusi rancangan kartun slot Mickey Mouse and Friends yang disiarkan kira-kira jam 8.30 pagi semalam, Nabi Nuh digambarkan sebagai seorang lelaki gempal, berjanggut panjang dan botak sedang memegang pelan membuat bahtera.
Bahtera itu disiapkan tiga anak lelaki, menantu dan isterinya bersama sekumpulan haiwan yang turut bertindak menggunakan kemahiran masing-masing bagi memudahkan penyiapan kapal besar itu sebelum banjir tiba.
-hmetro
Read more »
Posted by infosuam on 15:00
 |
| Gambar hiasan |
PADANG BESAR: Seorang lelaki bertindak rakus apabila sanggup merogol adik perempuannya sendiri beberapa kali sejak Julai lalu menyebabkannya mengandung.
Malah, remaja perempuan berusia 15 tahun itu turut diugut supaya menutup mulut berhubung kegiatan sumbang mahram yang berpunca akibat nafsu buas abangnya berusia 21 tahun.
Namun, tindakan kejam abangnya itu terbongkar apabila ibu saudara gadis berkenaan menyedari perubahan ke atas anak saudaranya yang kelihatan seperti orang mengandung pada Sabtu lalu.
Difahamkan, mangsa yang tinggal bersama bapa dan suspek yang bekerja sendiri di rumah mereka di Batu 18, Kaki Bukit, di sini, mendakwa dirogol berulang kali sehingga mengandung tiga bulan.
Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros berkata, mangsa dipercayai dirogol buat kali pertama oleh abang kandungnya sejak Julai lalu dan perbuatan itu dilakukan berulang kali selepas itu.
-hmetro
Read more »
Posted by infosuam on 12:00
 |
Reuters SEORANG lelaki menutup hidungnya semasa dia melihat mayat Muammar Gaddafi di dalam bilik sejuk di Misrata, Libya semalam |
MISRATA, Libya - Mayat bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mula mereput dan berbau busuk selepas empat hari ditempatkan di dalam sebuah bilik sejuk simpanan daging di sini sejak Khamis lalu.Pejuang-pejuang yang mengawal jenazah Gaddafi dan anak lelakinya, Motassim bertindak meletakkan lapisan plastik di bawah jenazah mereka ekoran cecair mayat mula mengalir di dalam bilik sejuk beku sebuah pasar tempat kedua-dua jenazah itu disimpan.Warna kedua-dua mayat itu menjadi semakin hitam selepas tidak dikebumikan selama empat hari.Para pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mula memberikan topeng bedah kepada para pelawat untuk melindungi daripada terhidu bau busuk yang tersebar ke dalam bilik sejuk beku tersebut."Tuhan mencipta firaun sebagai teladan kepada manusia lain," kata seorang penduduk, Salem Shaka yang melawat kedua-dua jenazah itu semalam."Jika beliau seorang yang baik, kami pasti akan mengebumikannya.
 |
Reuters - MAYAT Muammar Gaddafi yang masih diletakkan di dalam sebuah bilik sejuk di Misrata, Libya semalam.
|
Namun, beliau sendiri yang memilih jalan ini (jalan kehancuran)," tambahnya.Gaddafi dan anak lelakinya, Motassim mati dibunuh di bandar kelahiran Gaddafi, Sirte selepas mereka ditangkap pada Khamis lalu.Seorang lagi lelaki menyatakan dia memandu sejauh 400 kilometer untuk melihat mayat Gaddafi."Saya datang ke sini untuk memastikan dengan mata saya sendiri. Semua penduduk Libya mesti melihatnya," katanya.Pengebumian Gaddafi masih menjadi perbalahan dalam kalangan anggota-anggota NTC yang memerintah Libya buat sementara waktu.Para pemimpin NTC mahu mayat Gaddafi dikebumikan di sebuah lokasi rahsia supaya makamnya tidak dipuja.Namun, suku kaum Gaddafi mahu mayatnya dikebumikan di bandar kelahirannya di Sirte. - Reuters.
-KOSMO
Read more »