Wednesday, 14 December 2011

TUANKU ABDUL HALIM MU'AZAM SHAH SERI PADUKA KALI KEDUA

TUANKU ABDUL HALIM MU'AZAM SHAH SERI PADUKA KALI KEDUA


Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’azam Shah hari ini melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara di sini.

Ini merupakan kali kedua baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Kali pertama ialah dari 21 Jan 1970 hingga 20 Sept 1975 semasa berusia 43 tahun.

Tuanku Abdul Halim, 84, dipilih Raja-raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-226 (Khas) di Istana Negara pada 14 Oktober lepas untuk tempoh lima tahun berkuatkuasa semalam bagi menggantikan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 kelmarin.

Sistem penggiliran Yang di-Pertuan Agong dalam kalangan sembilan Raja Melayu dimulakan sejak negara Merdeka pada 31 Ogos, 1957.

Istiadat semalam merupakan istiadat seumpamanya yang pertama kali diadakan di Istana Negara yang baru dibina bercirikan binaan Islam dan tradisional Melayu di kawasan seluas 96.52 hektar, yang mula beroperasi pada 15 November lalu.

Upacara bermula pada 11.15 pagi dengan Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-227 (Khas) sempena Istiadat Melafaz Sumpah Memegang Jawatan dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh baginda di Balairong Seri.


Mesyuarat Majlis Raja-Raja itu dipengerusikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad kemudian menyembah surat sumpah jawatan kepada Tuanku Abdul Halim, yang memakai pakaian diRaja Kedah yang dikenali sebagai ‘Sikap’ iaitu jaket pendek, berbelah di hadapan dan berkolar tinggi lengkap dengan tenggolok, seluar, sampin dan bengkung serta berkeris.

Baginda kemudian melafazkan sumpah jawatan dan menandatangani surat sumpah jawatan itu di hadapan Majlis Raja-Raja.

Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah saksi.

Istiadat semalam juga melibatkan upacara melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

Ia diikuti bacaan doa dipimpin Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad kemudian memohon menangguhkan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke suatu masa yang ditetapkan.

Ini disusuli istiadat menandatangani surat pengisytiharan memegang jawatan oleh Tuanku Abdul Halim sebagai Yang di-Pertuan Agong, diikuti dengan pembacaan pengisytiharan tersebut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Istiadat diteruskan dengan Sultan Muhammad V menandatangani surat pengisytiharan memegang jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong dan diikuti dengan Najib membaca pengisytiharan tersebut.

Istiadat semalam dihadiri Raja-Raja Melayu kecuali Terengganu yang diwakili Tengku Sri Temenggong Raja Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Turut hadir kesemua empat Yang Dipertua Negeri, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri kabinet serta ketua jabatan.

Istiadat yang disiarkan secara langsung RTM1 diakhiri dengan bacaan doa dipimpin Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh.

Tuanku Abdul Halim menerima menghadap menteri Kabinet dan ketua jabatan yang diketuai Najib di Bilik Seri Mahkota.- Bernama

-Mymetro
Read more »

FIZO DAKWA DIANIAYA KENALAN

FIZO DAKWA DIANIAYA KENALAN ~ HUTANG RM2.5 JUTA


KUALA LUMPUR: “Hidup siapa tenteram kalau tiba-tiba terpaksa menjadi penjamin hutang lebih RM2.5 juta sedangkan saya tidak tahu apa-apa,” kata pelakon terkenal, Fizo Omar selepas menyedari dia menjadi penjamin bagi pinjaman bank yang dibuat sebuah syarikat di Damansara, di sini.

Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 26, berkata dia mengetahui mengenai pinjaman itu selepas dihubungi pihak bank yang memaklumkan tunggakan bayaran oleh peminjamnya.


“Semuanya bermula pada 2008 sebelum saya menceburi bidang lakonan. Saya dilantik menjadi ahli lembaga pengarah sebuah syarikat yang dikendalikan seorang kenalan.

“Saya keluar daripada syarikat itu pada hujung tahun sama kerana mahu menumpukan karier sebagai pelakon sehingga saya mengetahui bank menghantar notis tahun lalu kerana kegagalan menjelaskan pinjaman,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat untuk mendapatkan bantuan perundangan di sini, semalam.

Menurutnya, dia mengambil masa setahun menyelesaikan masalah itu secara peribadi dan melalui pelbagai dilema sebelum tampil mendapatkan bantuan di SukaGuam.

-mymetro


Read more »

Tuesday, 13 December 2011

UNCLE SEEKER RAMAL AFLIN SHAUKI AKAN PERGI?

UNCLE SEEKER RAMAL AFLIN SHAUKI AKAN PERGI ?


Kalau cerita pasal ramalan mimpi artis-artis ni, korang mesti ingat lagi dengan ramalan Uncle Seekers terhadap artis malaysia. Kali ni dia buat kejutan dengan meramal Afdlin Shauki akan menemui ajal. Dia ni seorang yang suka buat ramalan itu dan ini, dan ada antara ramalan beliau benar tapi mungkin itu cuma kebetulan.

Korang boleh baca ramalan-ramalan kat blog dia (KLIK SINI). Tapi sebagai umat Islam kita dilarang untuk mempercayainya. Hukumnya haram. Tapi bagaimana pula mentafsirkan mimpi macam ni? haa. tu kena tunggu yang pakar jawab. Tapi kita pun tahu hukumnya kan?

kredit to suarapeople, uncleseekers
Read more »

MANGSA ROGOL 3000 KALI BERCINTA DENGAN PEGAWAI PERIBADINYA


Mangsa sumbang mahram, Elisabeth Fritzl kini tinggal sebumbung dengan pengawal peribadinya setelah jatuh cinta dengan lelaki tersebut.

Elisabeth, 42, dikurung dan dirogol bapanya, Josef Fritzl selama 24 tahun dalam kolong rumah mereka di Amstetten sehingga melahirkan enam anak.
Wanita itu dipercayai jatuh cinta dengan pegawai yang dikenali sebagai Thomas W itu sebaik dibebaskan dari kurungan.

Satu sumber memberitahu akhbar The Oesterreich, Elisabeth dan Thomas kini 'satu pasangan.'

"Semua pihak nampak Elisabeth berasa selamat dalam jagaan Thomas," kata satu sumber.
Elisabeth yang mula dikurung ketika berumur 18 tahun dipercayai dirogol lebih 3,000 kali oleh bapanya.

Kisah Elisabeth terbongkar setelah anaknya Kerstin, 19, terpaksa dihantar ke hospital kerana jatuh sakit.

kredit to duniajunko
Read more »

GILER HEBAT - 12 KHEMAH SUPER COOL

Orange Solar Tent Concept




Jacket + Tent + Sleeping Bag = JakPak







Mountain Hardware Stronghold Camping Tent






Nyamuk Tent





Tepee




Vessel Tent





Nemo Morpho





Kahuna



Decathlon 2-second Tent




Inflatable Surf Tent Concept







Treepee



Tent Camper Opera House Design


kredit to kecohabes

Read more »

GILER MUSTAHIL ! 12 GAMBAR LOL














Read more »

LEPASKAN 'TEKANAN' SPM DENGAN BERASMARA



Menjalani peperiksaan besar seperti SPM memang memberi tekanan tetapi sepasang kekasih muda ini ada cara tersendiri untuk ‘melegakan’ tekanan itu.

Masing-masing dari Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan memilih hotel bajet di Jalan Tun Ali, Melaka untuk ‘berasmaradana’, namun ‘tekanan’ mereka dijangka berterusan apabila kedua-duanya dicekup pencegah maksiat semalam.

Ketika diberkas, mereka berdua baru beberapa jam mendaftar masuk ke hotel tersebut.

Pasangan kekasih yang baru selesai menduduki peperiksaan SPM ini ditahan ketika pemeriksaan mendapati mereka berkurung di dalam satu bilik hotel.

Ia hasil operasi bersepadu disertai Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Invest Melaka.

Nampaknya kalau semua calon SPM memilih ‘cara ini’ untuk melepaskan tekanan, habis lakulah semua bilik hotel kat Malaysia ni

Sayang sekali, apa yang mereka belajar selama 11 tahun iaitu dari Darjah Satu sampai Tingkatan Lima rupanya berkesudahan di hotel bajet saja.

Pasangan kekasih tadi mungkin merasakan dengan memadu kasih di dalam bilik hotel akan meredakan ‘tekanan’ masing-masing, tapi mereka tidak sedar bila ditangkap begini, yang paling menerima tekanan sudah tentulah emak dan bapa mereka! – Oleh SYAHRIL A. KADIR


kredit to mynewshub
Read more »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...