Wednesday, 16 November 2011

ASIA PASIFIK: RAKYAT MALAYSIA PALING RAMAI DENGAR SIARAN RADIO

RAKYAT MALAYSIA PALING RAMAI DENGAR SIARAN RADIO




KUALA LUMPUR 15 Nov. – Rakyat Malaysia merupakan pendengar radio paling ramai di Asia Pasifik dengan purata masa pendengaran 21 jam dan 34 minit seminggu, menurut Pengukuran Pendengar Radio (RAM) Nielsen.

Nielsen berkata, berdasarkan bancian baru-baru ini, didapati sembilan dari 10 pengguna di Semenanjung Malaysia berumur 10 tahun ke atas mendengar radio.

"Purata masa untuk mendengar siaran radio di Malaysia adalah yang tertinggi di kalangan enam pasaran Asia Pasifik yang diliputi bancian berkenaan,” kata kenyataan Nielsen.

Bancian berkenaan mewakili 3,000 individu sebagai sampel yang dijalankan dari 7 Mac hingga 2 Oktober lalu.

Nielsen juga berkata, perbelanjaan pengiklanan di radio antara Januari dan September 2011 meningkat kepada 8.9 peratus (RM315.3 juta) berbanding tempoh yang sama tahun lalu, yang mewakili 4.4 peratus jumlah keseluruhan perbelanjaan pengiklanan di Malaysia tidak termasuk rampai iklan. – Bernama

-utusan
Read more »

SEMUA IPT PERLU SISTEM AKREDITASI YANG MENARIK

Muhyiddin Yassin dan Saifuddin Abdullah (kanan) melihat laman web Agensi Kelayakan Malaysia sewaktu majlis pelancaran Pelan Induk Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Nasional 2011-2020 di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Abdul Razak Latif

KUALA LUMPUR 14 Nov. - Semua institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan perlu mempunyai sistem akreditasi yang mampu menarik minat orang ramai yang sudah bekerja untuk menyambung pelajaran bagi menjayakan program pembelajaran sepanjang hayat.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, buat masa ini hanya Universiti Terbuka Malaysia (OUM) yang telah mengorak langkah mengadakan kerangka akreditasi sendiri dengan mengambil kira pengalaman seseorang bagi mengikuti kursus yang ditawarkan.

Menurut beliau, inisiatif seperti itu sebenarnya sudah lama dilaksanakan di negara seperti Amerika Syarikat (AS), Australia, United Kingdom (UK) serta Kanada yang dipercayai dapat merapatkan jurang perbezaan modal insan antara Malaysia dengan negara maju.

"Ini merupakan inisiatif yang dapat menggalak orang dewasa untuk terus belajar bagi tujuan peningkatan ilmu dan kemahiran dalam bidang kerja masing-masing," katanya semasa merasmi pelancaran Pelan Induk Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Peringkat Nasional di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah; Presiden serta Naib Canselor OUM, Prof. Emeritus Tan Sri Anuwar Ali dan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hassan Shahabudin.

Mengulas lanjut mengenai Pelan Induk PSH, Muhyiddin berkata, penyertaan awam terhadap program itu dijangka meningkat daripada 10 peratus kepada 50 peratus bagi golongan penduduk berusia 15 tahun ke atas menjelang 2020.

Bagaimanapun jelas Timbalan Perdana Menteri, kejayaan program tersebut turut bergantung kepada akreditasi serta pengiktirafan yang diterima pada masa ini.

Sehubungan itu katanya, Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MVLK) berperanan menyelaras penilaian berdasarkan pencapaian.

Dalam perkembangan yang sama, Muhyiddin memberitahu, Malaysia memerlukan satu pelan komprehensif serta menyeluruh dengan penglibatan semua pihak bagi menjayakan hasrat kerajaan melahirkan generasi modal insan bertaraf dunia.

Tambah beliau, kerajaan meletakkan pembangunan modal insan yang kreatif serta inovatif sebagai satu agenda nasional dan untuk memastikan agenda tersebut mencapai kejayaan, ia menuntut kerjasama menyeluruh setiap peringkat umur rakyat Malaysia.

"Pelan induk ini akan memperkasa mekanisme yang telah digaris dan mempertingkatkan lagi kesedaran awam untuk menyertai pembelajaran sepanjang hayat. Malah di peringkat kerajaan sendiri, kita telah menyediakan dana bagi menyokong usaha tersebut," katanya.

-utusan
Read more »

Monday, 14 November 2011

BAHAYA TIDUR SAMBIL DENGAR MUZIK, BUKA LAMPU LAMPU DAN TONTON TV



Ini bagi yang dapatkan tips tidur dengan lena bagi sesiapa yang tak tahu lagi mengenai hal ini, kalau korang nak tau kenyataannya setelah terbangun korang akan merasa lebih tegang (stress). Bahkan ada yang merasa seperti tidak tidur semalaman. Senang kata tidur tak puas la.
Sewaktu kita tidur sebenarnye kalau korang nak tau otak tidak pernah tidur. Otak selalu menjalankan aktivitinyer walaupun tidak sesibuk seperti waktu kita berjaga, iaitu menjalankan sistem metabolisme tubuh.Pada malam hari, seiring menurunnya aktiviti tubuh, rentak gelombang otak pun mengalami penurunan.

Namun apabila kita tidur sambil mendengarkan musik, television dalam keadaan hidup atau lampu sedang menyala terang, maka gelombang suara atau cahaya yang dipancarkan oleh peralatan tersebut tetap diterima oleh pancaindera pendengaran dan penglihatan kita.


Gelombang suara diterima oleh alat pendengaran di dalam telinga dan gelombang cahaya tetap dapat menembus kelopak mata dan diterima oleh retina dan lensa mata .Gelombang-gelombang tersebut akan diteruskan ke otak kita. Otak yang harusnya berehatakan kembali terangsang untuk bekerja dan mengubah informasi yang masuk.

Apabila hal ini berlangsung sepanjang malam, bermakana kita hanya tidur menurut tubuh luar, tetapi tidak menurut otak.Otak akan terus bekerja mengolah informasi yang masuk tersebut. Jadi jangan biarkan otak Anda keletihan kerana harus tetap bekerja pada malam hari, sedangkan di siang hari otak jugak akan digunakan sepenuhnya melakukan kerja seharian.

ok moral of the story, kalau nak dapatkan tidur yang lena and berkualiti jangan kita nak dengar lagu sampai terlena dan tutup la lampu bilik dan tv sebelum tidur.

credit to meramonst
Read more »

UJIAN PERSONALITI


Pakar psikologi telah mencipta corak2 tersebut. Mereka telah mengujinya di peringkat global, selama beberapa tahun. Terdapat 9 jenis personaliti asas.


Pilih corak di bawah yang menggambarkan anda secara tepat/ paling hampir


Jawapan:
Dah pilih? Kalau boleh janganlah mengelat ye. Pilih dulu baru baca review tau. Hehehe
(Pilihan no gambar dari kiri ke kanan)




1- Introspektif, Sensitif, Reflektif


Anda dapat memahami diri dan persekitaran anda dengan lebih kerap dan mendalam jika dibandingkan dengan kebanyakan orang lain. Anda bencikan kedangkalan; anda lebih sanggup bersendirian berbanding dengan bercakap perkara remeh. Perhubunan anda dengan rakan-rakan adalah amat intensif; ini memberikan harmoni dan ketenangan dalaman yang mengakibatkan perasaan baik. Anda tidak keberatan bersendirian bagi jangka masa yang panjang; anda jarang berasa bosan.




2- Berdikari, Tak Konvensional, Tak Tersangkut



Anda mengehendaki kehidupan bebas dan tak tersangkut untuk membenarkan anda menentukan arah tuju sendiri. Anda mempunyai kecenderungan seni dalam pekerjaan atau aktiviti riadah. Kadang kala, deskan anda untuk kebebasan menyebabkan anda melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang dijangkakan daripada anda.




3- Dinamik, Aktif, Ekstrovert



Anda rela menerima risiko-risiko tertentu untuk mendapatkan kerja yang menarik dan pelbagai. Sebaliknya, rutin berkecenderungan untuk meninggalkan kesan lumpuh pada diri anda.Anda suka sekali berupaya memainkan peranan aktif dalam peristiwa dalam hidup anda. Dalam usaha anda yang berkenaan, inisiatif diri sangat nyata.




4- Terus Terang, Seimbang, Harmoni



Anda menghargai gaya natural dan suka perkara yang tak rumit. Orang lain mengagumi anda kerana anda praktikal dan mereka boleh bergantung kepada anda. Anda memberi orang yang rapat dengan anda rasa selamat dan kelapangan. Anda dipersepsikan sebagai orang yang mesra dan insani.
Anda menolak segala yang menyilaukan dan lapuk. Anda berkecenderungan untuk berasa skeptik terhadap kehendak trenda fesyen. Bagi anda, pakaian haruslah praktikal dan tampan tanpa menonjol.




5- Profesional, Pragmatik, Yakin Diri



Anda menguasai hidup anda dengan lebih mempercayai usaha sendiri daripada nasib. Anda menyelesaikan masalah dengan ragam yang praktikal dan tak rumit. Anda memandang secara realistik unsur-unsur dalam hidup dan menanganinya tanpa ragu-ragu. Anda diberi banyak tanggungjawab di tempat kerja kerana orang lain boleh bergantung kepada anda.
Kekuatan azam anda yang menonjol menunjukkan sifat keyakinan diri kepada orang lain. Anda tidak berpuas hati sepenuhnya sehingga anda telah mencapai idea-idea anda.




6- Tenang, Berhati-hati, Tak Agresif



Anda mudah berbicara tetapi bersifat berhati-hati. Walaupun anda berkawan dengan mudah anda menikmati persendirian dan kebebasan. Anda suka memencilkan diri dari masa ke masa untuk merenung tentang erti hidup serta menikmati sendirian diri.
Anda memerlukan kelapangan, jadi anda berlepas ke tempat bersembunyi yang permai. Namun, anda bukan penyendi. Anda berdamai dengan diri sendiri dan dunia, serta anda menghargai hidup anda dan apa yang ditawarkan oleh dunia ini.




7- Tanpa Bimbang, Berkelakar, Riang



Anda suka hidup yang bebas dan spontan. Anda cuba menikmati hidup anda dengan sepunuhnya mengikut motto: “Anda cuma hidup sekali.”
Anda bersifat ingin tahu dan terbuka kepada segala yang baru; anda memajukan diri atas perubahan. Tiada yang lebih buruk daripada rasa diikat. Anda mengalami persekitaran sebagai sesuatu yang versatil dan sering menakjubkan.




8- Romantis, Pelamun, Beremosi



Anda seorang yang sensitif. Anda enggan memandang dari segi rasional dan waras sahaja. Perasaan anda membawa erti yang sama penting. Anda berpendapat bahawa harapan adalah penting dalam hidup.
Anda menolak orang yang mencaci romantisme dan hanya dipandukan oleh rasionaliti. Anda tidak membenarkan sebarang kongkongan terhadap variasi perasaan hati dan emosi anda.




9- Analitik, Amanah, Keyakinan Kendiri



Perasaan halus anda bermutu tinggi dan tahan lama. Akibatnya, anda suka mengelilingi diri dengan “permata-permata” yang anda temui sendiri apabila orang lain terlepas perhatian.
Justeru itu, kebudayaan memainkan peranan khas dalam hidup anda. Anda telah menjumpai gaya peribadi sendiri, yang tampan dan ekskusif – serta bebas daripada olahan fesyen. Kehidupan anda adalah berlandaskan ideal diri iaitu kesukaan yang beradab. Anda menghargai sesuatu tahap kebudayaan daripada orang yang anda berkawan.
Read more »

Tuesday, 8 November 2011

KONTROVERSI ALAMAK TOYOL l SINOPSIS


 SINOPSIS ALAMAK TOYOL

4 Nov – "Saya sendiri tidak mengetahui bahawa akan ada babak tersebut". Itulah kata Angah Raja Lawak (gambar, tengah)ketika ditanya tentang satu babak dalam filem terbarunya arahan Bob Hashim, "Alamak Toyol! " yang sudah ditayangkan di pawagam pada 3 November lalu.

Dalam babak yang dikatakan mungkin mencipta kontroversi itu, toyol (lakonan Afiq Izzudin) tersebut telah menghisap puting Angah.

"Sebelum penggambaran bermula, Afiq telah berbincang dengan Bob terlebih dahulu tanpa pengetahuan saya. Apabila penggambaran bermula, Bob telah meletakkan Afiq di atas bahu saya. Apabila 'action' sahaja, Afiq terus mengigit puting saya tanpa main-main sehinggakan saya rasa ngilu," jelas Angah ketika ditemui baru-baru ini.

Kata Along Cham (gambar, kiri) yang turut digandingkan bersama dalam filem komedi tersebut, rasa ngilu turut dirasainya yang duduk bersebelahan Angah ketika itu.

"Babak tersebut mengambil masa dan perlu ulang hampir 10 kali. Apabila Angah dan Afiq melakonkan babak tersebut, saya yang duduk bersebelahannya turut terasa ngilu."

Apabila ditanya jika babak itu akan menimbulkan sebarang isu atau pandangan negatif terutamanya kepada kanak-kanak, Angah menganggap babak tersebut tidaklah melampau.

"Jika ia dipandang negatif, maka babak tersebut akan jadi negatif. Pada pendapat saya, babak tersebut tidak melampau. Ia bukanlah babak yang menampilkan aksi ranjang atau ghairah kerana itulah yang baru kita boleh katakan negatif," jelas Angah.

"Alamak Toyol!" turut dibintangi Hamid Gurkha, Yank Kassim, Adeline Tsen dan ramai lagi.


Sinopsis ALAMAK TOYOL


Kisah bermula dengan Pak Umar yang pergi berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan toyol atas niat untuk cepat kaya. Bomoh itu mempunyai banyak koleksi toyol dan setiap toyol mempunyai harga masing-masing. Oleh kerana tidak mampu, Pak Umar mengambil toyol yang paling murah. Setelah mengambil toyol dari bomoh, bomoh tersebut mengecop barcode di dada kiri Pak Umar. Pada waktu yang sama, Fakhrul dan Kudin yang juga merupakan sahabat baik juga memikirkan jalan untuk mendapatkan duit. Hampir setiap hari mereka mencuba kaedah baru untuk merompak namun semuanya gagal.

Sehinggalah pada suatu hari, Fakhrul dan Kudin mahu merompak Pak Umar namun Pak Umar tiada duit untuk diberikan pada mereka. Pak Umar bercadang mahu memberi toyol tersebut pada Fakhrul dan Kudin. Pada mulanya Fakhrul dan Kudin menolak toyol itu. Namun lama-kelamaan mereka sanggup untuk menerima toyol itu daripada Pak Umar. Toyol beralih arah dan barcode di dada kiri Pak Umar hilang serta-merta dan timbul barcode di dada kiri Fakhrul dan Kudin. Sejak hari itu, bermulalah kisah Fakhrul dan Kudin yang mahu jadi cepat kaya. Malangnya nasib mereka apabila toyol yang diambil dari Pak Umar itu tidak pandai mencuri. Fakhrul dan Kudin terpaksa mengajar teori dan praktikal kepada toyol tersebut untuk mencuri.

Di satu tempat yang lain, Farah yang selama ini setia bekerja dengan Daniel akhirnya mengetahui rupa-rupanya selama ini Daniel menjalankan perniagaan haram iaitu dengan menyeludup dadah. Farah yang mengetahui hal ini telah membuat laporan polis namun pihak polis tidak berjumpa sebarang bukti. Daniel berdendam dengan Farah dan berniat mahu menghapuskan Farah. Suatu malam yang dingin, oleh kerana banyak kali gagal dalam mencuri, Fakhrul dan Kudin berniat untuk mengembalikan toyol pada Pak Umar kembali. Toyol dengan wajah sedih meminta satu lagi peluang dari Fakhrul dan Kudin. Toyol telah masuk untuk merompak rumah Farah dan di sini menjadi titik permulaan pertemuan antara Fakhrul, Kudin dan Farah. Fakhrul dan Kudin terpaksa menolong Farah untuk membongkarkan rahsia Daniel dalam masa yang sama mereka terpaksa mencari Pak Umar untuk mengembalikan toyol tersebut.

-yahoo.com
Read more »

Monday, 7 November 2011

GILER GEMPAK KERETA PROTON TUAH TERBARU




PROTON Holdings Berhad (Proton) mengesahkan akan mengeluarkan model terbarunya yang dilengkapi enjin Campro 1.6 turbo tahun depan dan ketika ini produk berkenaan dikenali dengan kod P3-21A.

Pengarah Urusan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, kereta terbabit ialah rekaan terbaru yang tiada kaitan dengan model Persona seperti dijangkakan umum sebelum ini.

“Ia bukan model gantian atau kesinambungan kepada Persona. Ramai orang kaitkannya dengan Persona, tetapi bukan…tengok pun tidak nampak seperti Persona.

“Sebaliknya ia memang kereta baru dengan reka bentuk baru…tetapi namanya tidak boleh didedahkan dulu buat masa ini. Ia dalam proses dan setakat ini semuanya berjalan lancar,” katanya kepada kumpulan media Malaysia di Beijing.



Syed Zainal Abidin berkata, kenderaan terbaru Proton itu akan turut dikeluarkan syarikat China yang sudah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) untuk mengadakan perbincangan lanjut mengenai kerjasama antara mereka sehingga Disember ini, Hawtai Motor Group Ltd (Hawtai).

Beliau berkata, selain menghasilkan Exora di China dengan reka bentuk baru, Hawtai akan membangunkan P3-21A sebagai kenderaan pemanduan sebelah kiri menggunakan jenama Hawtai untuk pasaran di China dan kereta versi sama akan menggunakan jenama Proton untuk pasaran eksport.


“Proton dan Hawtai saling memerlukan dengan perbincangan kini berkaitan proses pelaksanaan seperti meletakkan sumber dan struktur. Saya teruja Proton mengembangkan bisnes dan pendapatan bukan saja daripada menjual kereta, tetapi kejuruteraan, lesen dan lebih penting, kami kini berada di pasaran kereta terbesar dunia tanpa melabur terlalu besar.

“Kenderaan hasil kejuruteraan Proton yang dikeluarkan Hawtai itu menggunakan jenama mereka, tetapi produk berkenaan dimiliki syarikat perkongsian, sekali gus menyaksikan Proton akan memperoleh pendapatan melalui pemerolehan peralatan, jualan komponen dan kejuruteraan,” katanya.

Syed Zainal Abidin berkata, Hawtai memiliki kilang di Roncheng dan satu lagi di Ordos, Mongolia yang memiliki teknologi enjin diesel bagus yang dilesenkan BM Motor dari Itali.


Beliau berkata, enjin diesel memang penting untuk Proton memasuki pasaran seperti India di mana 40 hingga 50 peratus pasaran menggunakan enjin diesel dan Proton kini sedang menguji enjin berkenaan.

Menurutnya, tidak mustahil satu hari nanti kenderaan Proton akan menggunakan enjin diesel memandangkan mereka kini memiliki kesempatan terbaik menjimatkan kos kerana tidak perlu menghasilkan sendiri enjin berkenaan memandangkan ia sudah dimiliki Hawtai.

Mengulas mengenai Exora 1.6 turbo yang sepatutnya diperkenalkan pada suku pertama tahun ini, Syed Zainal Abidin berkata, program itu tertangguh kerana Proton mahu pastikan enjin turbo itu diuji sepenuhnya.



-myberita
Read more »

Sunday, 6 November 2011

PEMENANG ANUGERAH SKRIN 2011




Bagi yang tidak berkesempatan menonton rancangan Anugerah Skrin 2011 malam tadi,Disini uLan sediakan senarai penuh pemenang Anugerah Skrin 2011 untuk info korang semua… Amacam Prediction korang tepat tak? Harap semua berpuas hati dengan keputusannya walaupun acara Anugerah Skrin 2011 kali nie nampaknya sangat sangat tidak menarik perhatian uLan,dimana ada insiden ipad rosak??? hua hua hua,setiap majlis pasti ada kekurangannya,tetapi janganlah nampak sangat kecacatan nye kan…. By the Way… Juvana is the Best…. hehehe….

Jom lihat keputusan penuh para pemenang Anugerah Skrin 2011! Mari kita tengok siapa yang kena!


Kategori Drama


Drama Terbaik – ‘Sanggul Beracun’ – Sabri Yunus
Pelakon Lelaki Terbaik Drama – Eman Manan, ‘Janji Syurga’
Pelakon Wanita Terbaik – Umie Aida, ‘Airmata Nur Salina’
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Allahyarham Faizal Yusof, ‘Jangan Hantar Aku Ke Neraka’
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Elfira Loy, ‘Kum Kum’
Pengarah Terbaik Drama – Sabri Yunus, ‘Sanggul Beracun’
Lakon TV Terbaik – Sabri Yunus, ‘Sanggul Beracun’
Drama Rantaian Terbaik – ‘Juvana’, Filmscape Sdn Bhd
Drama Komedi Terbaik – ‘Geng Surau’
Videografi Terbaik – ‘Sanggul Beracun’, Balang Rimba Sdn Bhd


Kategori Filem

Filem Terbaik – ‘Magika’, KRU Studio
Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Remy Ishak, ‘Cun’
Pelakon Wanita Terbaik Filem – Siti Sharifah (Eja), ‘Janin’
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem – Sidik Hussin, ‘Karak’
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem – Nadiya Nisaa, ‘Cun’
Pengarah Terbaik Filem – Osman Ali, ‘Cun’
Lakon Layar Terbaik Filem – ‘Aku Tak Bodoh’, Erhan Baharudin / Sujin Lee


Kategori Penerbitan Dalaman

Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik – ‘Suatu Ketika: Ep YuenYuet Leng
Rancangan Bual Bicara Terbaik – Selami Jiwa: Dato’ Fadzillah Kamsah
Rancangan Hiburan Terbaik – Maharaja Lawak Akhir
Rancangan Muzikal Terbaik – Shout Awards 2010
Rancangan Realiti Terbaik – Showdown 2011: Top 12 Show
Laporan Khas / Berita Terbaik – Buletin Utama, ‘Pengemis Terhemat’.


Anugerah Khas

Anugerah Yasmin Ahmad – Syamsul Yusof
Anugerah Artis Harapan Pantene – Fazli Daniel Ali, ‘Yang Terpuji’

-ulanweblog
Read more »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...