Wednesday, 2 November 2011

GAMBAR KAMERA TERSEMBUNYI DI TANDAS AWAM




Berhati-hati ketika menggunakan tandas awam. Sila periksa di bahagian bawah mangkuk jamban dan di kawasan sekeliling. Ini bukti apa yang terjadi pada masa kini. Saya terpaksa muat naik gambar ini agar anda tahu kedudukan kamera tersebut.

P/S : Berita ini baru saja saya terima dari seorang rakan baik saya. Dia terkejut apa yang dia lihat di bawah mangkuk jamban tersebut. Selalunya manusia akan rasa geli jika terdapat kotak kecik, kotak rokok, kotak tisu, pembalut tisu, tuala wanita dan sebagainya. Mesti anda tidak terfikir langsung untuk membersihkan kawasan itu. Bagi anda adalah ia seperti sampah bukan. Tetapi awas!!! ia benar-benar terjadi. Sila ambil langkah berjaga-jaga ketika berada dalam tandas.



-CREDIT KEPADA PENULIS ARTIKEL ASAL
Read more »

NAJWA LATIFF BUAT MASALAH DENGAN WARTAWAN?



Artis muda yang sedang meningkat naik melalui YouTube iaitu Najwa Latif yang terkenal dengan lagu Cinta Muka Buku dikatakan mempunyai masalah dengan para wartawan. Masalah yang sebenarnya dimaksudkan ialah apabila pengurusnya dikatakan tidak menghormati wartawan malah sanggup meninggi suara apabila diajukan soalan.

Najwa Latif seorang artis yang boleh pergi jauh didalam industri nyayian dan sayang jika pengurusnya terus bersikap sedemikian hanya akan menyebabkan Najwa “dipulaukan” oleh beberapa wartawan sekaligus menyebabkan dia susah hendak cari makan kelak.

Dikatakan ada rakan wartawan dari stesen televisyen swasta telah dimaki dan dituding jari oleh pengurus ini yang tidak tahu berkomunikasi dengan media. Kejadian ini berlaku pada suatu majlis dimana wartawan berkenaan sedang menghadiri majlis pelancaran bersama selebriti di taman rekreasi sekitar Kuala Lumpur.

Masalah ini dikatakan berpunca dari soalan yang diajukan pada penyanyi remaja mengenai isu peribadi artis remaja berkenaan. Namun begitu, pengurusnya yang sepatutnya hanya bekerja sebagai pengurus telah memarahi wartawan berkenaan dan turut memberi amaran agar tidak bertanya mengenai hal demikian lagi.

Baru-baru ini juga, ketika pengumuman peserta separuh akhir sebuah anugerah muzik di Bentley Auditorium, ada wartawan ingin menemubual artis remaja ini telah dibalas dengan kasar oleh pengurus ini apabila ditanya mereka berada dimana. Pengurus itu dengan nada yang tinggi memberitahu Najwa mempunyai jadual yang padat dan perlu segera beransur dari sana dan bergerak ke Pahang.

Pada kes yang lain pula, dikatakan pengurusnya beberapa kali meminta Najwa Latif dilepaskan walaupun pada ketika itu, latihan untuk program siaran langsung memerlukan dia berada disana sehingga tamat latihan.

Jadi kepada yang terlibat, diharapkan anda lebih faham dengan maksud yang dijelaskan.Sebabnya semua yang dilakukan ini hanya untuk menaikkan lagi nama Najwa Latiff didalam industri nyanyian.Janganlah disebabkan pengurusnya yang mungkin kepenatan setelah seharian menguruskan Najwa melepaskan geram dengan para wartawan ya?
Read more »

Tuesday, 1 November 2011

GILER DAHSYAT DRONE PENGINTIP AS TERHEBAT

Drone pengintip AS terhebat bakal dilancar


Gambar ilustrasi pesawat drone Phantom Eye yang dibangunkan oleh Boeing.
CALIFORNIA 31 Okt. – Penerbangan sulung sebuah pesawat tanpa juruterbang atau drone revolusi yang mampu berada di ruang udara pada ketinggian 19.8 kilometer atau 65,000 kaki selama empat hari bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Phantom Eye yang berkuasa hidrogen dan direka untuk melakukan misi pengawasan serta peninjau pada altitud tinggi dibina oleh Boeing Phantom Works.


Pelancarannya akan diadakan di Pangkalan Tentera Udara Edwards di California dan dijangka akan mengambil masa antara empat hingga lapan jam.

Boeing turut membangunkan sebuah lagi pesawat besar yang belum dinamakan dan mampu berada di ruang udara lebih 10 hari, selain pesawat tempur Phantom Ray yang memiliki teknologi canggih.


Phantom Eye adalah pesawat pertama seumpamanya, sekali gus bakal membuka pasaran baru, menurut Presiden Boeing Phantom Works, Darry Davis.

“Pesawat ini adalah contoh paling sempurna dalam mengubah idea kepada kenyataan. Ia mendefinisikan usaha pantas kami dalam mengeluarkan prototaip dan menunjukkan tiada yang mustahil terutamanya dalam industri perisikan, pengawasan dan peninjauan.

“Keupayaan pesawat drone ini bakal menawarkan perubahan kepada pelanggan komersial, awam dan tentera kami,” kata Davis.



Phantom Eye yang berkuasa hidrogen sangat efisien dan menjimatkan bahan bakar, selain hanya mengeluarkan air, sekali gus menjadikannya pesawat ‘hijau’.

Ia menggunakan dua enjin 2.3 liter empat silinder yang mempunyai 300 kuasa kuasa kuda.


-Utusan
Read more »

GAMBAR KEMALANGAN PELAJAR BERTEMBUNG DENGAN AMBULANS


ANGGOTA polis trafik memeriksa motosikal Muhammad Mu'az Johari yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Langgar, Simpang ke Pokok Asam, Kedah, semalam.
ALOR SETAR 31 Okt. - Akibat tidak memberi laluan kepada sebuah ambulans, seorang remaja lelaki maut apabila motosikal yang ditungganginya bertembung dengan kenderaan itu yang sedang membelok di Kampung Pokok Asam, Jalan Langgar dekat sini, malam tadi.

Kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 8 malam, namun remaja itu, Muhammad Mu'az Johari, 13, dari Kampung Alor Raja meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) kira-kira pukul 10 pagi ini.

Ketika kejadian, ambulans itu dalam perjalanan ke Kampung Pokok Asam untuk mengambil seorang warga emas yang sakit tenat.

Difahamkan, berikutan kemalangan tersebut, pesakit yang sepatutnya diambil ambulans itu meninggal dunia. Ambulans yang sama digunakan untuk menghantar remaja tersebut ke HSB untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd. Jan memberitahu, motosikal jenis Modenas Kriss yang dinaiki oleh remaja terlibat bertembung dengan ambulans yang ketika itu mahu membelok di sebuah simpang kanan.

"Sebelum kemalangan, beberapa kereta telah berhenti untuk memberi laluan kepada ambulans itu membelok ke simpang menghala ke Kampung Pokok Asam.

"Bagaimanapun, sewaktu ambulans itu membelok, sebuah motosikal tiba-tiba muncul dan gagal mengelak lalu bertembung dengan ambulans tersebut," katanya ketika ditemui di pejabatnya, hari ini.

Katanya, remaja itu dikatakan tidak memakai topi keledar, cedera parah di kepala akibat hentakan kuat pada cermin ambulans selain kaki kanannya patah.

"Pemandu ambulans dan tiga pegawai perubatan di dalam ambulans tidak mengalami kecederaan dan keterangan mereka sudah diambil," katanya sambil memberitahu kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jenazah Muhammad Mu'az yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Alor Setol, Jalan Langgar hari ini.

-utusan
Read more »

DATUK SERI NAJIB KE MEKAH TUNAI HAJI

NAJIB dan isteri, Rosmah melambai ke arah orang ramai di Kompleks Bunga Raya, Sepang semalam sebelum berlepas ke Mekah untuk menunaikan haji.

SEPANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Rosmah Mansor berlepas ke Arab Saudi semalam bagi menunaikan ibadah haji.

Mereka turut diiringi bonda Najib, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim serta Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Mereka berlepas ke Madinah dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada kira-kira pukul 5 petang.

Sementara itu, Najib dalam Twitternya sebelum berlepas ke Arab Saudi berkata: "Saya akan menunaikan fardhu haji sebentar lagi. Terima kasih di atas doa anda semua."

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman serta beberapa menteri Kabinet adalah antara orang kenamaan yang berada di lapangan terbang mengucapkan selamat jalan kepada Perdana Menteri dan isteri.

-kosmo
Read more »

GAMBAR BAJU NABI ADAM A.S SETINGGI 29 METER



Baju tersebut hanyalah replika dibuat di Jeddah, Arab Saudi. Sekadar untuk melihat setinggi manakah rupa bentuk Nabi Adam A.S.

طبعًا هذا الثوب من فكرة وإعداد وتصميم وتنفيذ
الشاب السعودي / حمدان بن عوده البحيري المسعودي .
من قرية البدع بمنطقة تبوك وقد ساعده في الخياطة 4 من الخياطين .
ويقول الشاب المذكور أن الفكرة نشأت من قراءته لسيرة سيدنا آدم عليه السلام
وأن طوله كما ورد في الأحاديث 60 ذراعًا .

وإليكم تفاصيل خياطة الثوب …

مدة خياطة هذا الثوب هي 18 يوم
أما عدد طاقات الأقمشة المستخدمة في خياطة هذا الثوب فهي 40 طاقة ( لفة كاملة )
و 30 ألف بكرة خيط
أما أطوال الثوب فهي على النحو التالي :
طول الثوب 29 مترًا . وعرض مابين الكتفين 9 أمتار وعرضه من الأسفل 12 متر.
وطول الكم 10 أمتار . وقطر الرقبة 6 أمتار ومحيطها 2 متر .
وإليكم الصور التي صورتها هذا اليوم أتمنى أن تنال إعجابكم
أول صورة أثناء عملية الرفع بالونش

Tempoh menjahit 18 hari.

panjang 29 meter dan lebar 9 meter





-peribadirasulullah
Read more »

FAKTA GEJALA MURTAD DI MALAYSIA



Berikut merupakan 9 fakta gelaja murtad di Malaysia:
  1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Jamil Khir Baharom berkata Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010.
  2. Beliau menyatakan sedemikian ketika menjawab soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yg meminta Perdana Menteri mengemukakan jumlah permohonan murtad penganut Islam & berapakah yg diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu.
  3. Er Teck Hwa juga turut memohon penjelasan daripada kerajaan bagaimana prosedur menangani gejala murtad.
  4. Dato’ Seri Jamil Khir berkata hanya 168 permohonan diluluskan
  5. Bagaimanapun mengikut perangkaan Malaysia kini jumlah permohonan sebanyak 686 manakala kelulusan diberikan kepada 135 orang
  6. Berdasarkan statistik, Sabah mendahului dengan 67 orang manakala Negeri Sembilan 33 orang.
  7. Tambah Dato’ Seri Jamil Khir lagi, “Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa melakukan program & aktiviti bagi mengelakkan gejala murtad terutama di kalangan saudara baru”.
  8. Menurut Pawanchek Merican jurucakap Persatuan Peguam Muslim “ Mahkamah Syariah Negeri Sembilan telah meluluskan 16 kes meninggalkan Islam ”
  9. Walau bagaimana pun sekreteriat berpandapat jumlahnya lebih daripada itu. Namun angka bukan persoalan utama. Apa yang lebih penting ialah gejala murtad di kalangan orang Islam memang berlaku & kita wajib menghentikannya!
Read more »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...