Friday, 28 October 2011

Dewi Perssik akui kelemahan diri

DEWI PERSSIK MEMBUAT PERSEMBAHAN DI MALAM KONSERT SELEKSI INDONESIA
Kes pertelingkahan antara Julia Perez bersama ratu dangdut Indonesia, Dewi Perssik telah pun melarat menjadi lebih besar daripada apa yang disangka sebelum ini.

Biarpun Jupe (Julia Perez) telah ditetapkan sebagai pesalah dan dijatuhkan hukum oleh Pengadilan Negeri Jakarta Timur, Dewi Perssik tetap akan menjalani persidangan sehingga hukuman itu dijalankan.

Menurut Dewi, dia tetap bersiap dengan sebarang risiko jika pihak pengadilan menetapkan dirinya bersalah.


“Semua perkara ini tetap harus dihadapi, kerana saya yakin dan saya mempunyai prinsip yang tidak pernah berubah. Kalau salah, saya akan mengakui kesalahan saya dan saya tidak pernah menyalahi orang lain," katanya.

Mengakui mempunyai kelemahan dalam menghadapi kes, jelas Dewi dia sering termakan kata-kata provokatif orang lain terhadapnya.

“Saya akui itu kelemahan saya, jadi sekarang saya harus belajar cara mengendalikan diri,” jelasnya lagi.

Dewi Perssik hadir ke Malaysia pada 23 Oktober lalu untuk menjayakan Konsert Seleksi Indonesia yang berlangsung di Stadium Merdeka yang menyaksikan ribuan peminat muzik Indonesia hadir membanjiri Stadium Merdeka.


-maggaonline
Read more »

Senarai 30 Lagu Berentap di Separuh Akhir Muzik Muzik




Meneruskan kegemilangannya setelah 26 tahun meledakkan gelombang revolusi dalam industri muzik tanah air, rancangan Muzik Muzik kini sudah sampai ke kemuncak separuh akhir.

Pentas Muzik Muzik 26 separuh akhir bakal menjadi tempat saingan bagi 30 buah lagu daripada pelbagai genre dalam tiga pusingan separuh akhir bermula 18 November, setiap Jumaat pukul 9.00 malam.

Menariknya tentang pusingan separuh akhir ini, ia akan diserikan dengan persembahan seorang artis jemputan setiap minggu seperti Hazami, kumpulan Ilusi dan Aris Ariwatan.

Diterbitkan oleh Primeworks Studio, Muzik Muzik 26 ini diterajui oleh Khalijah Mohamed (Kelly) selaku penerbit eksklusif dan Nurhul Huda Khalid sebagai penerbit merangkap pengarah serta masih mengekalkan gandingan Cheryl Samad dan Faizal Ismail selaku pengacara.

Kepada mereka yang berminat menyaksikan persembahan hebat artis kegemaran bersaing menerusi persembahan lagu-lagu popular masing-masing di peringkat separuh akhir, tiket percuma boleh diperolehi di balai pengawal Sri Pentas, Bandar Utama dan balai pengawal Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Berikut adalah senarai artis dan lagu yang bertanding di peringkat separuh akhir:




Separuh Akhir Pertama (18 November 2011 )
1. Babak Pertama (Drama)

2. Di Penghujungnya (Iqa)

3. Mata Hati (Nubhan)

4. Janji (Akim)

5. Kisah Hati (Alyah)

6. Kisah Dongeng (Stacy)

7. Gadis Semasa (Yuna)

8. Maaf Dari Hati (Sofazr)

9. Muda (Hujan)

10. Awan Nano (Hafiz)

11. Beribu Sesalan (Ning Baizura, Jaclyn Victor & Shila Amzah)



Separuh Akhir Kedua ( 25 November 2011)
1. Kurnia (Mizz Nina & Noh Hujan)

2. Kekanda Adinda (Atilia & Monoloque)

3. Cinta Muka Buku (Najwa Latif)

4. Luar Biasa (Shahir)

5. Perpisahan Ini (1st Edition dan Nubhan)

6. Cinta Teragung (Hazama)

7. Pokok (Meet Uncle Hussein dan Nubhan)

8. Sungai Lui (Aizat)

9. Bagaikan Bidadari (Tomok)

10. Ilusi (Adira)

11. Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol)



Separuh Akhir Ketiga ( 2 Disember 2011)
1. Kalau Berpacaran (Sohaimi Meor Hassan, Ana Raffali & Altimet)

2. Penakut (Yuna)

3. Sedetik Lebih (Anuar Zain)

4. Bila Bertemumu (Shiha)

5. Cinta Matiku (Sixth Sense)

6. Karma (Faizal Tahir)

7. Menyesal (Sitxh Sense)

8. Aku Permata (Salma)
Read more »

DATUK SHARIFAH AINI BERAMAL LAGI


Penyanyi terkenal DatuK Sharifah Aini tidak jemu-jemu menggunakan keringat dan suara untuk mengutip dana membantu badan amal serta rumah tahfiz.

Dia dan dua rakan penyanyi dari seberang, Grace Simon dan Dewi Yull akan mengaakan persembahan yang dinamakan Makan Malam Amal Tiga Sahabat di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada 17 Disember depan.

"Saya sudah mengadakan pelbagai konsep persembahan. Kali ini saya tampilkan dua sahabat dari Indonesia yang seangkatan untuk sama-sama memeriahkan persembahan," kata Sharifah Aini.

Kebetulan ketiga-tiga mereka ada cerita yang boleh dikongsikan bersama. Mereka adalah antara tiga artis yang pernah berganding dengan Broery Marantika. Grace pernah bergandingan dengan Broery dalam beberapa buah filem.


Dewi juga rakan duet Broery yang sangat popular di negara ini. Sharifah pula pernah menjadi buah hati Broery dalam filem Hapuslah Airmatamu serta mempunyai lagu duet popular termasuk lagu popularSeiring Sejalan yang masih diingati sehingga hari ini.

Kalau ada seorang lagi ratu hati Broery, Emilia Contessa pasti akan lebih banyak nostalgia yang dapat dikongsikan bersama peminat di negara ini. Apa-apapun padanan ketiga-tiga mereka pasti akan menggamit memori peminat pada lagu-lagu hit era 70-an sehingga 90-an.

Grace mempunyai banyak lagu berhantu antaranya Menanti, Malati Penuh Noda, Bing, Cinta Putih danEsok Malam Kujelang. Dewi juga terkenal dengan lagu Kini Baru Kau Rasa serta lagu-lagu duet dengan Broery termasuk lagu popular mereka Jangan Ada Dusta Di Antara Kita.

Kutipan daripada persembahan amal ini akan disalurkan kepada Baitul Ehsan, Taman Maluri, Madrasah Tahfiz Tahsin al-Quran Puchong dan beberapa lagi yang akan dikenalpasti.

Jualan meja dengan harga RM10,000, RM7,500, RM5,500 dan RM3,500 untuk sepuluh orang sudah mula dijual. Untuk tempahan boleh hubungi Shameen di talian 019-2495277 atau e-mel ke limeevent@gmail.com .

Ia dianjurkan oleh Sri Dewi Production dan Lime Event Management dengan Hotel Royale Bintang selaku penaja utama.

-mangga
Read more »

SAINTIS AKUI CARA TIDUR RASULULLAH BAIK UNTUK KESIHATAN




Orang dewasa memerlukan masa tidur selama enam hingga lapan jam sehari. Bagi kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang. Lain pula bagi golongan veteran yang mencapai usia emas, pola tidur mereka adalah antara empat hingga lima jam sehari.


Amalan tidur membantu untuk memberi keselesaan. Sebelum tidur pastikan diri dalam keadaan bersih dan disarankan mengambil wuduk supaya diri berasa semangat mahu tidur dan keadaan yang bersih disukai Allah.


Tidurlah di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat. Berusahalah menjaga adab tidur, elakkan kaki bersilang atau tertiarap dan mengangkat punggung. Tutuplah aurat dan tidurlah di tempat yang terselamat daripada bahaya serta kekotoran.


“Nabi melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas beliau berkata: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah.”(Hadis riwayat Tarmizi)

Sabda Baginda SAW bermaksud: “Apabila kamu mahu tidur ambil wuduk dulu seperti kamu mahu sembahyang, kemudian baringlah di sebelah kanan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jauhkan diri daripada amalan tidur dua kali pada siang hari kerana amalan itu perbuatan syaitan. Ia menyebabkan wajah jadi kusam, keruh, lembap dan mengurangkan rezeki.


Ibn Qaiyim merumuskan bahawa Nabi SAW tidak tidur dalam kekenyangan. Beliau berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur.

Nabi Muhammad SAW suka tidur mengiring ke sebelah kanan. Baginda SAW tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap. Ucapan memuji Allah sering diucap pada bibir.

Saintis juga mengakui kedudukan tidur Nabi Muhammad SAW itu adalah model terbaik. Ia mampu memberi kesan kepada kesihatan badan. Tidur cara Nabi Muhammad SAW mampu merehatkan badan dan menjaga kesihatan tulang leher.


Pakar perubatan mencadangkan dua kedudukan semasa tidur, iaitu mengiring dengan meluruskan tulang belakang atau menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokkan tulang leher.

Anak Rasulullah SAW, Fatimah pernah menemui ayahandanya untuk meminta tawanan perang sebagai pembantu rumah kerana penat melakukan tugasan rumah tangga, tetapi tidak dipenuhi Baginda.

Sebaliknya, Baginda SAW mengajarkan mereka cara lebih baik daripada itu, iaitu mengamalkan zikir pada waktu hendak tidur dengan membaca pujian bagi Allah (subhanallah sebanyak 33 kali) diikuti Alhamdulillah dan Allahuakbar.

Itu adalah cara tidur sebaiknya diamalkan sambil berzikir memohon kebaikan serta kesejahteraan daripada Allah. Cara lain ialah membaca surah digalakkan seperti al-Fatihah, ayat Kursi, tiga ‘Kul’ dan doa sebelum tidur bagi mengelak gangguan.
Read more »

Thursday, 27 October 2011

KISAH BENAR PENDEDAHAN NING BAIZURA


JIKA dihitung, 18 tahun bukan satu tempoh masa yang singkat. Selama tempoh tersebut, pelbagai momen tidak kira yang manis mahupun pahit yang perlu dilalui oleh seseorang itu terutamanya apabila dia merupakan ikon yang dikenali ramai.

Bagi penyanyi yang dikenali dengan vokal soprano iaitu Ning Baizura Sheikh Hamzah, 36, atau nama komersialnya Ning Baizura, peristiwa pahit manis yang dilaluinya sepanjang bergelar artis membuatkan dirinya menjadi lebih matang dalam menjalani kehidupan sebagai anak seni.


Berbekalkan cerita yang ‘dikumpul’ melalui tempoh 18 tahun tersebut, Ning Baizura atau lebih mesra disapa Ning, ingin menghasilkan sebuah naskhah autobiografi mengenai diri serta pengalamannya untuk menjadi pengajaran kepada umum yang membaca.

“Saya memang sudah lama ingin menghasilkan buku seperti biografi atau kisah benar mengenai perjalanan karier seni Ning Baizura.

“Bercerita mengenai perkara ini, saya sebenarnya telah berjumpa dengan penulis yang mana jika perancangan ini jadi, ia merupakan projek selama dua tahun kerana saya ingin melancarkan ia pada genap 20 tahun saya berada dalam industri seni,” bicara wanita tinggi lampai ini ketika ditemui di pelancaran muzik video single terbaharunya, Bila di Red Box, The Garden, Kuala Lumpur baru-baru ini.


Tambahnya, menerusi buku tersebut, dia mahu menceritakan kisah sebenar apa yang pernah berlaku pada diri dari awal pembabitannya hingga kini. Ini kerana Ning merasakan masyarakat yang mengenali dirinya patut tahu kebenaran di sebalik setiap kisah tanpa berselindung.


Selain itu, bicara Ning lagi, kewujudan buku ini bukan bertujuan untuk mengungkit kisah lama, namun ia semata-mata untuk menceritakan pengalamannya supaya ia dapat dimanfaat oleh artis baharu yang mungkin boleh dijadikan pengajaran ketika ingin menapak atau membina nama di dalam industri hiburan tempatan.

“Saya bukan mahu mengaibkan sesiapa namun perkara ini harus kita ceritakan kerana perjalanan seni saya tempuhi setakat ini banyak pahit dari manisnya, dan saya rasa ia perlu diceritakan.



“Bukan juga mahu megah diri kerana kejayaan yang diraih namun ia sekadar ingin memberi pengajaran kepada setiap yag membaca kelak terutamanya artis baharu. Harap saya tidak akan disaman pula kerana menceritakan kisah-kisah tersebut,” cerita Ning sambil ketawa kecil.

Menurut Ning lagi, berkemungkinan naskhah ini akan dihasilkan di dalam dua versi iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta ingin menjadikan autobiografi ini sebuah naskhah yang tidak terlalu mahal dan mampu dibeli oleh semua.
Tidak Pernah Curiga
Bagi peminat Ning, pastinya sedar akan kontroversi baharu yang melanda dirinya serta suami, Omar Sharif Christopher Layton Dalton yang juga merupakan pengurusnya kini. Rumah tangga Ning dikatakan goyah akibat suaminya yang bermain kayu tiga di belakangnya bersama wanita berbangsa Cina.

Sebaik diajukan persoalan tersebut, Ning dan suami yang hadir ke pelancaran muzik video Bila bersama wakil-wakil Universal Music (M) Sdn. Bhd., ketawa besar mendengar gosip yang melanda diri mereka itu.


“Anda harus faham bahawa kini sejak abang (Omar Sharif) menjadi pengurus saya, dia banyak keluar berjumpa klien untuk berbincang mengenai kerja. Namun, saya tidak bimbang mengenai perkara ini kerana saya rasa tidak perlu untuk saya sentiasa ‘melekat’ bersama suami sepanjang masa.

“Saya juga tidak pernah curiga padanya kerana dia seorang yang lurus. Saya akui saya memang tidak terkejut kerana ini normal. Namun bagi suami saya yang tidak biasa dengan perkara ini, dia agak terkejut,” tutur Ning yang mana suaminya juga menjawab ringkas dengan mengatakan ‘saya sayang isteri saya’.


Jawab pelantun lagu Awan Yang Terpilu ini juga, suaminya terpaksa ‘menjaja’ diri isteri untuk mencari penaja bagi konsert yang akan datang kelak. Katanya, gosip ini keluar kerana mungkin orang ramai mengambil berat terhadap mereka dan ia bukanlah sesuatu yang terlalu buruk.

-Kosmo
Read more »

SELEPAS MENINGGAL JACKO PEROLEH PENDAPATAN TERTINGGI


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Selama dua tahun berturut-turut, Michael Jackson kekal sebagai artis yang telah meninggal dunia tetapi memperoleh pendapatan tertinggi di dunia, menurut senarai majalah Forbes melibatkan barisan selebriti yang terus popular walaupun selepas mereka meninggal dunia.

Menghembuskan nafas terakhir dua tahun lepas ketika berusia 50 tahun, Raja Pop memperoleh pendapatan AS$170 juta (RM531.4 juta) sepanjang 12 bulan lalu sekali gus mengatasi bintang-bintang pop lain sama ada yang masih hidup atau telah mati kecuali kumpulan rock dari Ireland, U2.


Tempat kedua pula menjadi milik penyanyi legenda, Elvis Presley dengan pendapatan AS$55 juta (RM171.9 juta) melalui hasil jualan buku lagunya selain pengunaan lagu-lagunya oleh Cirque de Soleil dalam pementasan di Las Vegas.

Aktres simbol seks Marilyn Monroe meraih pendapatan AS$27 juta (RM84.4 juta) sejak setahun lalu untuk menduduki tempat ketiga senarai berkenaan.

Pencipta kartun Peanuts, Charles Schulz pula berada di tangga keempat manakala legenda kumpulan Beatles, John Lennon terikat dengan aktres Elizabeth Taylor di tempat kelima.

Lennon dan Taylor masing-masing memperoleh pendapatan AS$12 juta (RM37.5 juta) sepanjang tahun lalu.



-Kosmo
Read more »

TAMAN NERAKA DI THAILAND



Lokasi ini mengambil masa lebih kurang 90 minit perjalanan dari selatan Bangkok dan terletak di kawasan pendalaman. Di pintu masuk ke taman ini, pengunjung akan melihat satu papan tanda yang tertulis "Selamat Datang ke Neraka". Sebenarnya, Taman Neraka ini adalah taman yang direka oleh sami-sami Buddha di sana demi mengambarkan bagaimana hukuman dijalankan di neraka menurut ajaran Buddha.




Read more »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...