Saturday, 1 October 2011

MANUSIA BERUMUR 256 TAHUN


“Jagalah agar hatimu tetap tenang, duduklah seperti kura-kura, berjalanlah dengan riang seperti merpati dan tidurlah seperti seekor anjing.” Itulah nasihat yang diberikan oleh Li Chung Yun ketika seorang ketua suku bernama Wu Pu Fei mengundangnya ke rumah dan menanyakan rahsia umur panjang. Li Chung Yun meninggal pada 6 Mei 1933 ketika berumur 256 tahun.

Mr Li tinggal di Sichuan,China dimana umur panjang melambangkan kebesaran seseorang. Pada saat usianya 10 tahun, dia sudah berkelana ke Kansu, Shansi, Tibet, Annam, Siam dan Manchuria untuk mengumpulkan tanaman ubat. Dia terus mengumpulkan tanaman ubat hingga berumur 100 tahun.Beberapa sumber mengatakan bahawa Mr.Li telah menguburkan 23 isteri dan pada saat meninggalnya dia hidup bersama isteri ke 24. Dari semua isterinya, Li memiliki anak cucu hingga 11 generasi dan berjumlah sekitar 200 orang. Dia juga memiliki kuku yang panjang sekitar 6 inci. Walapun usianya sudah 200 tahun lebih, namun dalam pandangan orang dia kelihatan seperti seseorang yang berusia 60 tahun. Menurut Mr. Li, dia lahir pada tahun 1736. Namun pada tahun 1930, seorang profesor dari jabatan pendidikan universiti Chengdu yang bernama Wu Chung Chieh menemukan sebuah catatan dari kerajaan China yang memberikan ucapan selamat kepada Li Ching Yun atas ulang tahunnya yang ke-150 tahun. Ucapan selamat itu diberikan pada tahun 1827. Sekiranya pada tahun 1827 dia berumur 150 tahun, ini bererti catatan kerajaan menunjukkan bahawa Mr. Li lahir pada tahun 1677 dan saat meninggal pada tahun 1933, dia berumur 256 tahun.

Pada saat kematiannya, ucapan dukacita untuk Mr.Li diberitakan oleh media-media ternama dunia, termasuk The New York Times dan Times Magazine.

Sebelum ini, di China juga pernah tercatat seorang yang bernama Chen Jun yang dipercayai meninggal pada usia 443 tahun.

Selama hidupnya, Mr Li dikenali sebagai seorang herbalis dan ahli kungfu. Pada tahun 1749 ketika dia berumur 71 tahun, dia berpindah ke kota Kai Xian untuk bergabung dengan pasukan Cina sebagai pelatih kungfu dan penasihat tentera.

Kisah hidupnya kemudian diceritakan seperti sebuah kisah dari filem-filem silat yang kita tonton. Salah seorang murid Mr. Li, iaitu Master Tai Chi bernama Da Liu menceritakan kisah ini. Pada saat Mr. Li berusia 130 tahun, dia berjumpa dengan seorang petapa di sebuah gunung yang kemudian mengajarinya Jiulong Baguazhang (sembilan naga lapan diagram telapak tangan) dan Qigong (tenaga dalam). Da Liu mengatakan bahawa Mr.Li dapat memiliki umur panjang kerana dia secara teratur melakukan latihan-latihan tersebut setiap hari, secara teratur selama 120 tahun. Sampai saat ini, para pengamal Jiulong Baguazhang moden mengakui bahawa pengetahuan yang mereka peroleh berasal daripada Mr. Li.

Mr li pernah berkata kepada seorang sahabat,”Aku telah menyelesaikan semua hal yang harus diselesaikan di dunia ini, sekarang aku akan pulang.” Li Chung Yun meninggal tidak lama selepas itu. Dan sejak itu muncullah Legenda Li Chung Yun, manusia yang berumur 256 tahun.
Read more »

GAMBAR LADY GAGA BERBOGEL?



Lady Gaga sekali lagi tampil dengan fesyen peliknya. kali ini dengan pakaian bewarna coklat kulit penuh seakan-akan dia berbogel tidak memakai pakaian.
Read more »

SAFEE SALI KEMBALI KE CARDIFF CITY ??

HASRAT Safee (kiri) untuk beraksi di Eropah kini terletak sepenuhnya di tangan pengurusan Cardiff City.

PENYERANG Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali bakal 'berentap' dengan Safiq Rahim?

Itu teka-teki yang timbul sekiranya Safee dipanggil semula menjalani ujian pemilihan bersama kelab England, Cardiff City selepas ini.



Sebaik misi itu terlaksana sudah baru-baru ini, penyerang berusia 27 tahun itu dikhabarkan akan dinilai semula bagi tempoh dua minggu lagi dalam waktu terdekat, manakala bekas rakan sepasukannya di Selangor, Safiq juga dikhabarkan hanya menjalani latihan itu sebaik membantu pasukannya menyelesaikan 'Misi 33' pada saingan Piala Malaysia kali ini.

Jika ia menjadi kenyataan, pastinya ia satu persaingan sihat bagi menunjukkan siapa sebenarnya yang terbaik dalam usaha memikat pengendali The Bluebirds, Malky Mackay.

Malah bagi Safiq, dia benar-benar teruja dapat sama-sama menjalani latihan bersama Safee di Cardiff jika ia menjadi kenyataan.




"Sudah tentu saya teruja jika dapat menjalani latihan bersama-sama Safee di sana nanti. Jika dia yang terpilih pun saya tidak kecil hati, yang penting kami sama-sama dapat mempamerkan bakat kami," katanya kepada Kosmo! semalam.

Safee dan Safiq bakal memperkuatkan cabaran Gergasi Merah bagi aksi Piala Sultan Selangor (PSS) 2011 menentang musuh tradisi, Singapura di Stadium Shah Alam malam ini.

Di saat Safee masih mendapat kepercayaan jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal bagi aksi persahabatan menentang Australia 7 Oktober ini, Safiq yang 'tercicir' masih mengekalkan prestasi konsistennya bagi membantu Selangor layak ke suku akhir Piala Malaysia.

Apa yang pasti, semangat kedua-dua pemain tersebut masih membara bagi menimba pengalaman di Cardiff biarpun harapan peminat tempatan dilihat semakin pudar lantaran masalah permit kerja yang dikatakan menghantui pemain negara untuk beraksi di England.

Begitupun pengurus peribadi Safee, Zakaria Ab. Rahim semasa dihubungi tidak dapat mengesahkan perkara itu lantaran jadual Safee yang agak padat ketika ini walaupun mengakui turut teruja sekiranya kedua-dua pemain tersebut menjalani latihan serentak di Cardiff.



Ia katanya, ekoran perbincangan lanjut mengenai perkara itu hanya boleh dilakukan oleh pemilik Cardiff, Datuk Chan Tien Ghee bersama majikan Safee di Indonesia, Pelita Jaya.

"Memang ia sesuatu yang istimewa jika kedua-duanya menjalani latihan serentak, namun terserah kepada Cardiff untuk membincangkan perkara itu bersama Pelita Jaya.

"Buat masa ini, kami masih belum menerima sebarang jadual Liga Indonesia daripada Pelita Jaya walaupun dikhabarkan akan memulakan sepak mula pada 10 Oktober ini.

"Selain itu saya juga tidak pasti jika Liga Indonesia ditangguhkan ataupun tidak bagi memberi laluan kepada temasya Sukan SEA, November nanti," katanya.  -KOSMO
Read more »

BOMOH DIDAKWA CABUL PESAKIT PAYUDARA


ISA dibawa anggota polis keluar dari Mahkamah Majistret di Kangar semalam selepas didakwa atas tuduhan mencabul seorang remaja perempuan yang hendak mendapatkan khidmat rawatan barah payudara daripadanya.

KANGAR - Seorang pengamal perubatan tradisional berhadapan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda atau sebatan atas dakwaan mencabul seorang pesakitnya pada Ogos lalu.

Isa Man, 67, dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan di bawah Seksyen 354 Kanun keseksaan iaitu menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan mangsa.


Berdasarkan fakta kes, Isa dituduh melakukan perbuatan tersebut di sebuah bilik rumah bernombor 188, Kampung Seberang Alor, Kuala Perlis pada pukul 10.30 malam 21 Ogos lalu terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun ketika menjalankan rawatan di bilik tersebut.

Mangsa yang datang bersama nenek dan ayah saudaranya telah menemui tertuduh bagi mendapatkan rawatan tradisional untuk menyembuhkan penyakit barah payu dara yang dialaminya. -KOSMO
Read more »

GAMBAR PERKAHWINAN NABIL DAN NAZIRAH AYUB

NABIL dan isterinya, Nazirah Ayub ceria selepas majlis akad nikah mereka di Putrajaya semalam.

PUTRAJAYA – Juara Raja Lawak musim ketiga, Ahmad Nabil Ahmad atau lebih dikenali sebagai Nabil semalam selamat diijabkabulkan dengan Nazirah Ayub di sini selepas mereka menjadi pasangan kekasih selama enam tahun.

Pernikahan tersebut sekali gus menutup kontroversi percintaan Nabil sebelum ini bersama pelakon, Irma Hasmie Ibrahim selain tersebarnya gambar-gambar intimnya bersama pelakon drama Sultan Alauddin Riayat Shah terbitan TV Al-Hijrah, Qasha.




Tepat pukul 5.15 petang, dengan dua kali lafaz dan mas kahwin sebanyak RM300, Nazirah, 23, sah menjadi milik Nabil, 28.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Putrajaya, Mohd. Redza Ahmad di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3.




Nabil menafikan perkahwinannya dengan Nazirah bertujuan untuk menutup kontroversi yang timbul sebelum ini berkaitan hubungannya dengan gadis lain.

“Kami kenal sudah lama iaitu enam tahun tetapi hanya enam bulan yang lalu, barulah hubungan kami menjadi lebih serius. - KOSMO l OH BULAN !

Read more »

MANUSIA PELIK



MEXICO CITY - Beberapa orang aktivis melumurkan seluruh badan mereka dengan tepung dan butir jagung semasa menyambut Hari Jagung Kebangsaan kelmarin.

Jagung merupakan makanan ruji penduduk Mexico. Sambutan tersebut yang dianjurkan oleh beberapa pertubuhan alam sekitar termasuk Greenpeace diraikan di bawah slogan yang bermaksud Tiada Jagung Tiada Negara.

Aksi aktivis-aktivis berkenaan menjadi tumpuan orang ramai yang mengunjungi dataran El Zocalo di sini.

Sambutan itu diadakan bagi membantah pengeluaran bijirin jagung yang diubah suai secara genetik dikenali sebagai jagung transgenik.

Para aktivis turut menuntut pemerintah membatalkan dua kebenaran yang telah diberikan pada 2009 untuk melakukan ujian penanaman jagung transgenik di Mexico. - AP | kosmo


Read more »

FARAWAHIDA DAN JULFEKAR BERDAMAI




KENANGAN...Fara tetap kenang jasa Julfekar.

“SYUKUR Alhamdulillah, akhirnya kebenaran itu berpihak padaku. Akhirnya dia memohon maaf di atas kesilapannya selama ini terhadapku”.

Itulah status yang ditulis komposer sensasi, Julfekar Ahmad Shah di laman facebooknya, baru-baru ini hingga menimbulkan persoalan apakah kemelut antara dia dengan penyanyi Farawahida Razali, 26, sudah berakhir?



Bagaimanapun apabila diminta komen penyanyi yang popular dengan lagu Tanpamu, Fara enggan mengulas lanjut.

Katanya, dia ada alasan kukuh untuk berbuat demikian. Alasannya mudah saja, tidak mahu mengimbas semula cerita lama.


“Apa yang saya boleh katakan, memang kami sudah berbaik semula baru-baru ini.


Sebenarnya, saya memang tidak pernah berdendam dengannya dari dulu lagi kerana saya tetap kenang jasanya menaikkan nama saya dalam bidang hiburan dulu.

“Saya sudah memaafkan�nya sebagai saudara sesama Islam dan kami juga yang putuskan untuk sama-sama bermaafan ketika itu.

“Walaupun sudah berbaik, saya tidak mahu lagi ada kaitan dengannya termasuk bekerjasama dalam album pada masa akan datang. Saya percaya lebih baik begitu saja demi menjaga nama baik keluarga,” katanya ketika dihubungi.

Fara mengakui telefon bimbitnya tidak berhenti berdering dihubungi pihak media apabila keluar kenyataan Julfekar di akhbar mengatakan mereka sudah berbaik semula.

Difahamkan, Julfekar menarik semula saman terhadap Farawahida yang difailkan tiga tahun lalu apabila mahkamah mengeluarkan perintah supaya membuat permohonan maaf berhubung isu yang timbul. Fara memohon maaf sebagaimana diperintahkan di hadapan hakim mahkamah, Datuk �Nor Bee Ariffin pada 21 September lalu.

Apapun, Fara berharap cerita kontroversi yang pernah melanda hidupnya sebelum ini tidak diungkit lagi kerana ia sudah pun menjadi sejarah.

Walaupun ia pahit untuk ditelan, Fara percaya ada hikmah di sebalik semua keperitan itu.

Kata Fara, apa yang berlaku mematangkan dirinya dan kini sudah mula belajar berdikari yang sebelum ini tidak pernah terfikir olehnya.

“Saya sendiri tidak percaya dengan pencapaian diri selepas hidup berdikari sejak tahun lalu. Saya tidak pernah menyesal dengan apa yang sudah tertulis dalam hidup.

“Malah, saya bangga dengan apa yang dikecapi sekarang. Banyak perkara yang saya belajar sejak mula berdikari menguruskan karier seni.

“Contohnya, saya buat semua perkara dari A hingga Z dan ia pengalaman baru dalam hidup. Ia juga memberi kepuasan yang lebih pada diri sendiri.

“Kalau dulu saya bergantung pada orang lain untuk membawa saya memenuhi undangan persembahan, tapi kini saya sudah ada lesen memandu sendiri. Saya juga sudah memiliki kereta sendiri sehari sebelum Aidilfitri lalu.

“Ia juga duit dari titik peluh melalui undangan persembahan yang tidak putus diterima setiap bulan. Mungkin orang tidak percaya, saya tidak pernah minta duit sesen pun dari ibu bapa atau hutang duit dengan orang, sejak berkecimpung dalam bidang seni, hampir tujuh tahun lalu.

“Sayalah juga yang membantu keluarga untuk mempunyai rumah lebih selesa di Taiping, Perak. Bapa juga hanya menjadi penjamin bila saya membeli kereta tahun ini,” katanya .

Buat masa ini, Fara juga tidak bernaung di bawah mana-mana syarikat rakaman tiada masalah bekerjasama dengan komposer lain.

Fara ingin mengubah persepsi orang yang selama ini menganggap hanya boleh bekerja dengan Julfekar saja.

“Terbaru, saya bekerjasama dengan Manusia Putih untuk single terbaru, Jangan Tanya Aku Lagi, selepas dua tahun tidak ada lagu baru. Single ini juga menjadi lagu tema untuk drama bersiri Mata Ayer menerusi slot Legenda di TV3.

“Saya juga bekerjasama dengan komposer baru, Tot untuk lagu raya berjudul Hayati Raya Sejati yang dihasilkan hampir tujuh tahun dalam bidang nyanyian.

“Saya juga ada terfikir membuka syarikat sendiri untuk menguruskan karier seni
tapi semua masih dalam perancangan,” katanya.

Fara menafikan lagu Jangan Tanya Aku Lagi menceritakan kisah silamnya dan menegaskan lagu ditulis Manusia Putih itu tidak ada kaitan dengan dirinya.

“Tapi saya akui sukakan judul lagu itu malah lagu dan liriknya memang mencipta khas buat saya. Selama ini, orang tanya bila saya nak keluar lagu baru, kini jawapan saya mudah saja, Jangan Tanya Aku Lagi. Lebih bermakna, single ini dihasilkan dengan duit sendiri dan bukan ditaja mana-mana pihak.

“Proses pembikinan single ini juga membabitkan tempoh empat bulan dan saya puas hati dengan hasilnya. Alhamdulillah, single ini mendapat sambutan baik dari peminat sejak mula diputarkan di radio tempatan, dua bulan lalu. Menyusul selepas ini adalah single kedua,” katanya.

Mengenai hubungannya dengan bakal doktor muda yang hangat diperkatakan itu, Fara enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu menghebohkan kisah cintanya.

Katanya, dia masih dalam fasa mengenali hati budi.

“Insya-Allah, saya pasti tidak akan sorok hari bahagia dari pihak media dan peminat yang banyak menyokong karier saya selama ini apabila sampai masanya nanti,” katanya merancang membeli rumah sendiri sebelum fikir soal kahwin.



PROFIL:
NAMA PENUH: Farawahida Razali
TARIKH LAHIR: 19 Mac 1985
TEMPAT LAHIR: Taiping, Perak
KERJAYA: Penyanyi
STATUS: Bujang
KELUARGA: Anak keempat daripada enam beradik

PENCAPAIAN: Artis Baru Wanita Popular - Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 dan Juara Etnik Kreatif AJL23 menerusi lagu Persoalan Cinta

ALBUM: Farawahida, Tanpamu, Semuanya Ada Di Sini dan Farawahida 2009

kedit to MyMetro
Read more »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...