Showing posts with label Info Sukan. Show all posts
Showing posts with label Info Sukan. Show all posts

Monday, 19 December 2011

BARCELONA TAWAN DUNIA

FIFA Club World Cup Final: Santos 0 Barça 4




Juara kelab Eropah, Barcelona memenangi gelaran juara Piala Kelab Dunia selepas menewaskan Santos dari Brazil 4-0 pada final semalam.

Pemain Terbaik Dunia, Lionel Messi meledakkan dua gol untuk kelab Liga Sepanyol itu, manakala Xavi Hernandez dan Cesc Fabregas masing-masing menyumbat satu gol.

Penyerang Argentina itu meletakkan Barcelona di depan menerusi satu gerakan cantik pada minit ke-17 sebelum Xavi menambah gol kedua tujuh minit kemudian.

Bekas pemain Arsenal, Cesc Fabregas mengukuhkan kedudukan pada minit-minit akhir babak pertama sebelum Messi mengesahkan kemenangan mutlak Barcelona minit ke-82.

 

Ia adalah trofi yang ke-13 buat Barcelona di bawah bimbingan jurulatih Pep Guardiola.

Sementara itu, pada perlawanan terdahulu, kelab Qatar, Al Sadd menewaskan juara Jepun, Kashiwa Reysol 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti untuk menduduki tempat ketiga pada kejohanan ini.

 

Barcelona membuktikan mereka kini adalah kelab bola sepak terhebat di dunia selepas mudah membelasah Santos dari Brazil 4-0 untuk muncul juara Piala Kelab Dunia semalam.

Ironinya, kejayaan kelab dari Sepanyol itu turut ditunjangi kelibat pemain terhebat dunia, Lionel Messi yang menjaringkan dua gol pada perlawanan akhir tersebut.

 

Dua lagi gol Barcelona dijaringkan oleh Xavi Hernandez dan Cesc Fabregas.

Ternyata pertemuan juara kelab Eropah dan juara kelab Amerika Selatan itu tidak berlangsung seperti yang diharapkan apabila Barcelona mudah meratah gawang Santos.

Malah, pertembungan sengit yang dijangka antara Messi dan Neymar juga tidak menjadi kenyataan apabila penye- rang Santos itu tenggelam dalam seba- hagian besar permainan.

   

Ini menyaksikan Barcelona mudah meraih kejuaraan Piala Kelab Dunia kedua mereka dalam tempoh tiga tahun. Kali pertama ialah pada 2009 ketika mereka menewaskan Estudiantes 2-1 selepas masa tambahan.

Bagi jurulatih Barcelona, Pep Guardiola, ini merupakan trofi ke-13 berjaya dimenanginya sejak mula membimbing kelab itu pada 5 Jun, 2008.

Sementara itu, juara kelab Asia, Al Sadd dari Qatar berjaya menduduki tempat ketiga selepas menewas- kan juara kelab Jepun, Kashiwa Reysol menerusi pe- nentuan sepakan penalti 5-3 selepas kedudukan terikat tanpa jaringan dalam 90 minit permainan dan masa tambahan. – AFP

Read more »

Thursday, 15 December 2011

SAFEE SALI TAK KEMBALI KE LIGA MALAYSIA

SAFEE (kanan) belum memikirkan untuk kembali beraksi dalam Liga-M meskipun ISL kini dilanda kontroversi.

“BELUM tiba masanya Safee kembali beraksi dalam Liga Malaysia (Liga-M).”

Itu respons Zakaria Rahim selaku pengurus kepada penyerang sensasi negara, Mohd. Safee Mohd. Sali ekoran kontroversi yang melanda perjalanan Liga Super Indonesia (ISL).

Menurut Zakaria, belum tiba masanya Safee ‘berpatah balik’ ke saingan Liga-M dengan kadar segera kerana ISL belum diharamkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sekali gus mengundang risiko menghalang penyerang kelahiran Kajang, Selangor itu daripada menyarung jersi pasukan kebangsaan.

Sebagai pemain profesional, katanya, Safee begitu komited memberikan yang terbaik meskipun ketika mengalami kecederaan sepanjang mengharungi ISL setakat ini. Justeru, khabar angin yang mengatakan Safee akan meninggalkan Pelita Jaya semata-mata kerana bimbang tidak dapat beraksi bersama Harimau Malaya sememangnya tidak berasas.

“Tidak, belum tiba masanya (Safee kembali beraksi dalam Liga-M) dalam waktu terdekat.

“Buat masa ini, kontrak Safee bersama Pelita Jaya hanya akan berakhir Januari depan, selain Pelita Jaya juga dikhabarkan mahu melanjutkan kontraknya untuk kekal bersama kelab itu bagi tempoh tiga tahun lagi,” katanya kepada Kosmo!, semalam.

Spekulasi itu mula timbul dalam kalangan pemerhati bola sepak setelah beberapa akhbar tempatan semalam melaporkan tanda tanya mengenai nasib Safee dan pemain-pemain import lain yang dikhabarkan tidak dibenarkan mewakili negara masing-masing gara-gara ISL dilaporkan ‘diharamkan’ oleh FIFA dan AFC.

Ancaman tidak dibenarkan beraksi bagi mewakili pasukan kebangsaan di pentas antarabangsa itu juga difahamkan membabitkan seluruh pemain tempatan Indonesia.

Mengulas lanjut, Zakaria berkata, hanya Liga Premier Indonesia (IPL) yang berdepan kontroversi pengharaman itu dan bukannya ISL.

Buat masa ini, katanya, isu-isu berkaitan perkara itu masih dibincangkan oleh Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) bagi mengenal pasti sebarang perkara berbangkit, jadi sebagai pemain Safee hanya menyerahkan perkara itu kepada pengurusan kelabnya untuk tindakan lanjut.

“Pada masa sama, masih terlalu awal untuk memperkatakan sama ada Safee akan melanjutkan kontraknya bersama Pelita Jaya atau tidak selepas ini, apa yang pasti beliau gembira sepanjang berada di sana termasuk telah dilantik selaku kapten pada saingan musim ini,” katanya.

-Kosmo
Read more »

Friday, 9 December 2011

MANCINI MAHU GENGGAM DUA TROFI



Pengurus Manchester City telah menyatakan yang matalamatnya untuk musim ini adalah sekurang-kurangnya dua trofi.
Walaupun telah disingkir dari Liga Juara-Juara, City masih mampu mengakhiri musim mereka dengan penuh kejayaan. Mereka mendahului Liga Premier Barclays dengan 5 mata sementara perlawanan separuh akhir menentang Liverpool di Piala Carling akan datang bulan hadapan.

Mancini juga percaya yang pasukannya mampu mejuarai Liga Europa, sementara pertahanan Piala FA mereka dengan Manchester United akan bermula dalam masa sebulan.

"Kami kecewa, tetapi ini biasa." Macini berkata.

"Saya yakin kami akan meningkatkan permainan, ia penting untuk mengakhiri musum dengan baik."

"Bila saya kata mengakhiri dengan baik, maksud saya adalah kemenangan sekurang-kurangnys dua trofi."

City telah memulakan kempen Liga Juara-Juara mereka dengan penuh harapan tetapi kekalahan kepada Bayern dan Napoli telah menghampakan mereka.

Mancini percaya yang pasukannya akan mengimbas kembali pengalaman itu dan meningkatkan permainan mereka.

City akan memulakan kempen Liga Europa mereka dalam beberapa minggu dan walaupun Liga itu dianggap kejohanan yang tidak bertaraf, Mancini menafikannya.

"Kami bukan United atau Bayern Munich atau Real Madrid." Mancini berkata.

"Untuk kami, kemenangan Liga Europa adalah penting. Ia jelas yang kami mahukan Liga Juara-Juara tetapi ia tidak menjadi kenyataan."

"Trofi Liga Europa sekarang penting untuk kami."

"Trofi Liga Premier Barclays adalah yang terpenting, kemudian Liga Europa, Piala Carling dan Piala FA.

"Saya rasa jika kami bernasib baik dan tidak mengalami kecederaan, kami mempunyai pasukan yang mampu melalui semua kejohanan.

Kredit to espnstar
Read more »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...