Showing posts with label Info Islam. Show all posts
Showing posts with label Info Islam. Show all posts

Tuesday, 13 December 2011

GERHANA BULAN ~ RASULULLAH S.A.W BERDOA MENGALIRKAN AIR MATA



Gerhana bulan tanda kebesaran Allah SWT

Di zaman Rasulullah SAW, apabila berlaku kejadian gerhana, baginda akan berdoa sehingga mengalirkan air mata kerana bimbang Allah SWT akan mengazab umatnya di sebabkan dosa dan maksiat yang mereka lakukan.

Ini menunjukkan betapa perlunya kita sebagai umat yang dikasihinya agar memohon keampunan daripada Allah SWT, bertaubat dari segala kesalahan yang telah kita lakukan.

Bertaubat dalam Islam bukan hanya menyebutnya di lidah tanpa pembuktian melalui amal dan perbuatan. Taubat hendaklah dilakukan dengan hati yang ikhlas tanpa paksaan dari mana-mana pihak. Segala kesalahan yang dilakukan hendaklah dikesali dengan sepenuh-penuh kesal dan berazam tidak mahu mengulanginya semula. Jika seseorang itu ada melakukan kesalahan dengan manusia maka hendaklah memohon maaf kepada orang yang dilakukan kesalahan itu bersungguh-sungguh.

Di samping bertaubat, dianjurkan juga supaya bersegera untuk melakukan perkara-perkara kebajikan iaitu berdoa, berzikir, bersembahyang, bertakbir dan bersedekah di jalan Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW,

فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا
Maksudnya : “Maka jikalau kamu melihatnya berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”. (Hadis riwayat Bukhari)

Kejadian gerhana juga sewajarnya memberi keinsafan kepada manusia tentang sifat Allah SWT Yang Maha Gagah Perkasa. Jika Allah SWT berkuasa menggerakkan bulan dan matahari lalu menjadi gerhana, maka Allah SWT juga Maha Berkuasa untuk menghancurkan kedua-keduanya pada hari yang dijanjikan Allah SWT.

Firman Allah SWT,

“Maka (hari Kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut), dan bulan hilang cahayanya, dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama”.( Surah al- Qiyamah : 7-9)

Jika kedua-dua makhluk yang besar ini boleh musnah apabila tiba masanya, apatah lagi makhluk yang kerdil seperti manusia sudah tentu mereka juga akan hancur di mamah bumi apabila dijemput ajal. Oleh itu jadikanlah setiap kejadian di alam ini sebagai pengajaran untuk meningkatkan amal soleh sebagai persiapan menuju kematian.

Sabda Rasulullah SAW,

أكيس الناس أكثرهم ذكرا للموت, وأشدهم إستعدادا له , أولئك هم الأكياس , ذهبوا
بشرف الدنيا وكرامة الأخرة

Maksudnya : “Sepintar-pintar manusia ialah orang yang mengingati mati dan sentiasa bersedia menghadapinya. Mereka itulah orang yang bijaksana, mereka pergi dengan membawa penghormatan dunia dan kemuliaan akhirat ”. (Hadis riwayat at- Tirmidzi)

Jangan percaya kepada khurafat
Kejadian gerhana bukan disebabkan oleh kematian atau kelahiran seseorang sebagaimana teguran Rasulullah SAW terhadap para sahabat yang membuat pelbagai andaian tentang kejadian gerhana matahari yang berlaku berkebetulan dengan hari kewafatan anakandanya Ibrahim lalu Rasulullah SAW bersabda,

إِنَّ الشَّمْسَ وَالقَمَر َ آيَتَانِ مِنْ ايَاتِ اللهِ لاَيَخْسِفَان ِ لِمَوت ِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا

Maksudnya : “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”. (Hadis riwayat Bukhari)

Oleh itu umat Islam hendaklah menjauhi sebarang kepercayaan tahyul dan khurafat dari sebarang fenomena alam ciptaan Allah SWT. Mempercayai kepercayaan karut dan khurafat boleh membawa ke lembah syirik kepada-Nya.

Firman Allah SWT,

“Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (Syirik) itu, bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang menyengutukan Allah sesungguhnya dia telah berbuat dosa yang besar”. (Surah an-Nisak : 48)

Firman-Nya lagi,

“Dan Kami hadapi segala amal yang mereka lakukan, lalu Kami jadikan amal itu bagaikan debu yang berterbangan”. (Surah al-Furqan : 23)

kredit to budaktechnician
Read more »

Thursday, 8 December 2011

MISTERI HURUF V DI KOTA NABI DAUD

SEORANG ahli arkeologi Pihak Berkuasa Antikuiti Israel, Eli Shukron melihat huruf V di Kota Nabi Daud dekat Bandar Lama, Baitulmuqaddis.
Beberapa ukiran batu berusia beribu-ribu tahun lalu dan dibongkar di sebuah tapak ekskavasi di bawah bandar ini menyebabkan ahli-ahli arkeologi keliru.

Kumpulan penggali Israel menemui beberapa buah bilik yang diukir di dalam batu di kawasan tertua di bandar ini baru-baru ini.

Pada masa yang sama mereka menemui tanda tiga bentuk V yang diukir sebaris di lantai sebuah bilik berkenaan. Ukiran tersebut sedalam sekitar 5 sentimeter (sm) dan panjang 50 sm.

Tiada sebarang penemuan lain yang boleh dijadikan petunjuk untuk mengetahui identiti pihak yang membuat ukiran tersebut atau tujuan ia dibuat.

Seorang pengarah ekskavasi berkenaan, Eli Shukron berkata, ahli-ahli arkeologi terbabit dengan penggalian tersebut gagal mengutarakan sebarang teori kerana kurang berpengetahuan mengenainya.

"Saya tidak pernah melihat benda seperti ini," kata Shukron.

Ukiran-ukiran V itu ditemui di kawasan penggalian dikenali sebagai Kota Nabi Daud.

Penggalian itu dibiayai sebuah kumpulan nasionalis Zionis di kawasan penduduk Palestin di Silwan, Baitulmuqaddis Timur.

Bilik-bilik berkenaan ditemui semasa prosedur ekskavasi dilakukan bagi mengukuhkan satu-satunya sumber air semula jadi di sini, mata air Gihon.

Beberapa pakar arkeologi berkata, ukiran-ukiran tersebut dibuat sekurang-kurangnya 2,800 tahun lalu dengan bentuknya mungkin dijadikan tempat pasak struktur kayu atau ia mempunyai tujuannya sendiri.

Ukiran-ukiran itu mungkin memiliki fungsi upcara keagamaan atau ia sekadar ukiran.

Lokasi ukiran-ukiran itu ditemui di Kota Nabi Daud yang merupakan kawasan ekskavasi paling kontroversi di sini.

Kota tersebut dinamakan sempena nama Nabi Daud yang dipercayai memerintah kota berkenaan 3,000 tahun dahulu.

Ia terletak di Baitulmuqaddis Timur yang dituntut pentadbiran Palestin sebagai ibu kota Palestin merdeka. - Agensi

-Kosmo
Read more »

Tuesday, 1 November 2011

GAMBAR BAJU NABI ADAM A.S SETINGGI 29 METER



Baju tersebut hanyalah replika dibuat di Jeddah, Arab Saudi. Sekadar untuk melihat setinggi manakah rupa bentuk Nabi Adam A.S.

طبعًا هذا الثوب من فكرة وإعداد وتصميم وتنفيذ
الشاب السعودي / حمدان بن عوده البحيري المسعودي .
من قرية البدع بمنطقة تبوك وقد ساعده في الخياطة 4 من الخياطين .
ويقول الشاب المذكور أن الفكرة نشأت من قراءته لسيرة سيدنا آدم عليه السلام
وأن طوله كما ورد في الأحاديث 60 ذراعًا .

وإليكم تفاصيل خياطة الثوب …

مدة خياطة هذا الثوب هي 18 يوم
أما عدد طاقات الأقمشة المستخدمة في خياطة هذا الثوب فهي 40 طاقة ( لفة كاملة )
و 30 ألف بكرة خيط
أما أطوال الثوب فهي على النحو التالي :
طول الثوب 29 مترًا . وعرض مابين الكتفين 9 أمتار وعرضه من الأسفل 12 متر.
وطول الكم 10 أمتار . وقطر الرقبة 6 أمتار ومحيطها 2 متر .
وإليكم الصور التي صورتها هذا اليوم أتمنى أن تنال إعجابكم
أول صورة أثناء عملية الرفع بالونش

Tempoh menjahit 18 hari.

panjang 29 meter dan lebar 9 meter





-peribadirasulullah
Read more »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...