Raja Pop, Jamal Abdillah disahkan bebas sepenuhnya ketagihan dadah tetapi memilih terus tinggal di Rumah Pengasih sehingga bersedia untuk menghadapi kehidupan di luar, kataPresiden Persatuan Pengasih Malaysia (PENGASIH), Datuk Yunus Pathi.
Katanya, meskipun Jamal sudah mendapat rawatan pemulihan di Rumah Pengasih selama lima tahun, dia akan tetap dibantu dan dibenarkan untuk terus tinggal di situ.
“Kita akan bantu dia. Mungkin dia takut menjalani kehidupan di luar kerana bimbang terbabit semula dengan dadah. Jamal adalah harta negara, jadi bila dia minta terus tinggal di Rumah PENGASIH, tak akan kita hendak tolak pula walaupun dia sebenarnya layak duduk di luar.

-berita harian
0 comments:
Post a Comment