Monday, 19 December 2011

KEMALANGAM NGERI ~ 4 NYAWA MELAYANG

KEMALANGAM NGERI ~ 4 NYAWA MELAYANG


Mereka baru selesai menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan bersama-sama meninjau peluang melanjutkan pengajian di pameran pendidikan dan kerjaya di Johor Bahru.

Bagaimanapun, semua harapan itu terkubur apabila empat daripada enam remaja yang menaiki Toyota Innova terbunuh selepas kenderaan pelbagai guna itu melanggar bucu penghadang jalan serta papan tanda lalu terjunam ke dalam gaung sedalam 90 meter.

Lebih mengerikan, bumbung kenderaan itu terkopak menyebabkan seorang mangsa tercampak keluar dalam kejadian jam 5.30 petang di Kilometer 33.7 Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi, dekat sini, kelmarin.

  

Empat yang maut ialah Ng Sin Yun, 17, dari Jalan Kelu Ramu, Kota Kecil; Winnie Ng, 18, dari Jalan Moi Hiang, Kota Kecil; Tey Jia Xin, 17, dari Kampung Lukut Cina serta Ching Hui Sean, 18.

Ng yang duduk di tempat duduk penumpang belakang tercampak keluar dari kenderaan itu dan mati di tempat kejadian.

Pemandu, Victor Ng Wee Tai, 17, cedera dan dirawat di Hospital Kota Tinggi (HKT) sebelum dirujuk ke hospital swasta di Johor Bahru atas permintaan keluarga.

Rakan mangsa, Tee Heng Chong, 17, berkata keenam-enam rakannya itu baru selesai menduduki SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar di sini.


“Kami mengunjungi pameran pendidikan dan kerjaya di Pusat Konvensyen Antarabangsa (Persada) Johor Bahru dan ketika kejadian, dalam perjalanan pulang.

“Kami pergi dengan menaiki Innova berkenaan manakala yang lain menaiki bas,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik HKT.

Menurut Tee, dia baru tiba di rumah apabila dimaklumkan kejadian itu dan amat sedih kerana apabila kehilangan empat rakan baik sekali gus.

“Keempat-empatnya bercita-cita tinggi dan semuanya mahu berjaya dalam pelajaran serta kerjaya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Cik Mahazan Cik Aik, berkata seorang daripada mangsa terbunuh di tempat kejadian manakala tiga lagi mati ketika dirawat di Hospital Kota Tinggi (HKT).

“Semua mangsa mati akibat kecederaan pada badan dan kepala. Dua lagi mangsa masih dirawat dan keadaan mereka stabil.

“Kejadian berlaku ketika cuaca baik dan setakat ini siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kemalangan,” katanya.

Anggota keluarga mangsa
Menurut beliau, pihaknya juga masih menunggu untuk merekodkan kenyataan daripada mangsa terselamat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan.

-Mymetro
Read more »

BARCELONA TAWAN DUNIA

FIFA Club World Cup Final: Santos 0 Barça 4




Juara kelab Eropah, Barcelona memenangi gelaran juara Piala Kelab Dunia selepas menewaskan Santos dari Brazil 4-0 pada final semalam.

Pemain Terbaik Dunia, Lionel Messi meledakkan dua gol untuk kelab Liga Sepanyol itu, manakala Xavi Hernandez dan Cesc Fabregas masing-masing menyumbat satu gol.

Penyerang Argentina itu meletakkan Barcelona di depan menerusi satu gerakan cantik pada minit ke-17 sebelum Xavi menambah gol kedua tujuh minit kemudian.

Bekas pemain Arsenal, Cesc Fabregas mengukuhkan kedudukan pada minit-minit akhir babak pertama sebelum Messi mengesahkan kemenangan mutlak Barcelona minit ke-82.

 

Ia adalah trofi yang ke-13 buat Barcelona di bawah bimbingan jurulatih Pep Guardiola.

Sementara itu, pada perlawanan terdahulu, kelab Qatar, Al Sadd menewaskan juara Jepun, Kashiwa Reysol 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti untuk menduduki tempat ketiga pada kejohanan ini.

 

Barcelona membuktikan mereka kini adalah kelab bola sepak terhebat di dunia selepas mudah membelasah Santos dari Brazil 4-0 untuk muncul juara Piala Kelab Dunia semalam.

Ironinya, kejayaan kelab dari Sepanyol itu turut ditunjangi kelibat pemain terhebat dunia, Lionel Messi yang menjaringkan dua gol pada perlawanan akhir tersebut.

 

Dua lagi gol Barcelona dijaringkan oleh Xavi Hernandez dan Cesc Fabregas.

Ternyata pertemuan juara kelab Eropah dan juara kelab Amerika Selatan itu tidak berlangsung seperti yang diharapkan apabila Barcelona mudah meratah gawang Santos.

Malah, pertembungan sengit yang dijangka antara Messi dan Neymar juga tidak menjadi kenyataan apabila penye- rang Santos itu tenggelam dalam seba- hagian besar permainan.

   

Ini menyaksikan Barcelona mudah meraih kejuaraan Piala Kelab Dunia kedua mereka dalam tempoh tiga tahun. Kali pertama ialah pada 2009 ketika mereka menewaskan Estudiantes 2-1 selepas masa tambahan.

Bagi jurulatih Barcelona, Pep Guardiola, ini merupakan trofi ke-13 berjaya dimenanginya sejak mula membimbing kelab itu pada 5 Jun, 2008.

Sementara itu, juara kelab Asia, Al Sadd dari Qatar berjaya menduduki tempat ketiga selepas menewas- kan juara kelab Jepun, Kashiwa Reysol menerusi pe- nentuan sepakan penalti 5-3 selepas kedudukan terikat tanpa jaringan dalam 90 minit permainan dan masa tambahan. – AFP

Read more »

PELAJAR MATI DALAM ASRAMA UNISEL KAMPUS BESTARI JAYA


Unisel Kampus Bestari Jaya, Selangor tempat seorang pelajar ditemui mati dalam asramanya kelmarin.
Sangkaan seorang pelajar bahawa bau busuk berpunca dari tandas rosak meleset apabila bau itu rupa-rupanya bau mayat seorang pelajar lelaki yang ditemui tergantung dari dalam sebuah asrama di Universiti Selangor (Unisel) di sini.

Mayat, V. Rammath Naidu, 19, yang hanya memakai tuala mandi ditemui tergantung menggunakan selimut di kipas siling asrama lelaki universiti itu pada pukul 11.20 malam kelmarin.

 
Mangsa dikatakan baru melaporkan diri di Unisel Kampus Bestari Jaya di sini pada Rabu lalu.

Dia sepatutnya mengikuti pengajian di Fakulti Pendidikan namun belum sempat Rammath mengikuti kuliah, pelajar yang tinggal bersendirian di bilik itu ditemui meninggal dunia.

Read more »

TV 1MALAYSIA DILANCARKAN

TV 1MALAYSIA DILANCARKAN
NAJIB menunjukkan aplikasi 1Malaysia TV menggunakan i-Pad sambil diperhatikan oleh Md. Afendi di Kuala Lumpur semalam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam melancarkan 1Malaysia TV yang membolehkan rakyat negara ini menonton siaran televisyen kegemaran mereka menerusi telefon pintar atau komputer tablet masing-masing.


Siaran televisyen yang boleh diakses melalui 1Malaysia TV adalah Radio Televisyen Malaysia (RTM) 1, RTM2, TV3 dan TV Al-Hijrah.

 

Lima rancangan kelolaan 1Media IPTV Sdn. Bhd. turut boleh diakses menerusi 1Malaysia TV iaitu MyTV sebagai saluran utama, CCTV1, e-Korea, erama TV dan Dokumentari TV.

Klik sini (1Malaysia TV)

-Kosmo
Read more »

Sunday, 18 December 2011

GILER DAHSYAT !! GAMBAR UPACARA MAKAN DAGING GADIS
















Kredit to chuyenhot

Read more »

SEORANG BALU BOLEH JADI GILA JIKA TIADA KEKASIH

Gambar hiasan
Satu kajian baru menunjukkan golongan balu yang hidup sebatang kara selama bertahun-tahun selepas kematian pasangan mereka lebih berkemungkinan berdepan masalah mental.

Berikutan itu, saintis menggalakkan golongan berkenaan untuk kembali mencari cinta selepas kematian pasangan kerana ia dapat merawat kesedihan dan menghalang masalah mental.

Penyelidik Sweden berkata, lelaki yang berupaya mencari pasangan baru lebih mudah meneruskan hidup dan pulih daripada kesedihan. Bagaimanapun, mereka yang terus bersendirian berada pada risiko paling tinggi berdepan keadaan seperti kemurungan, kebimbangan atau insomnia, dan juga lebih berkemungkinan menggunakan ubat antikemurungan atau ubat tidur.
Kajian yang pertama seumpama itu dibuat untuk meneliti bagaimana kehilangan pasangan memberi kesan ke atas lelaki, dengan penyelidikan terdahulu ke atas balu menunjukkan peningkatan risiko masalah mental dan fizikal di kalangan mereka yang masih gagal meneruskan hidup.

Penyelidik dari Universiti Gothenburg menyoal hampir 700 lelaki yang kematian isteri akibat barah. Hasil kajian menunjukkan duda yang menemui pengganti empat atau lima tahun selepas kematian isteri mereka dapat menangani kehilangan itu dengan lebih baik.

Penulis kajian, Profesor Gunnar Steineck, yang hasil kerjanya disokong oleh Persatuan Barah Sweden, berkata: “Kajian terdahulu menunjukkan orang yang kehilangan pasangan berisiko tinggi berdepan masalah mental jangka pendek.

“Kajian kami ialah yang pertama menunjukkan risiko masalah mental berlanjutan beberapa tahun, secara purata, ia terhad kepada mereka yang tidak mencari pasangan baru.”
Ditanya jika hasil kajian membuktikan cinta itu memberi kesan seperti ‘menyembuhkan penyakit’, dia berkata: “Kami perlu lakukan lebih banyak penyelidikan tetapi memang benar sokongan emosi pasangan baru mungkin membantu menghilangkan kesedihan dan melindungi daripada masalah mental.

“Pada masa sama, ada juga lelaki yang dapat meneruskan kehidupan dengan baik selepas kehilangan pasangan adalah yang paling berkemungkinan menunjukkan minat mencari kekasih baru.”
Read more »

IRAN TAWAN 7 PESAWAT INTIPAN AMERIKA DAN ISRAIL


Iran sudah menawan empat pesawat kawalan jauh Israel dan tiga milik Amerika Syarikat setakat ini dan merancang untuk mempamerkan peralatan pengintipan ciptaan dua musuh ketatnya pada masa depan.

Sumber memberitahu media di sini, pesawat rejim Zionis itu menceroboh ruang udara sempadan timurnya manakala pesawat Amerika menceroboh sebelah timur atau selatannya.

Malah, wartawan dan duta asing juga akan dibenarkan mengunjungi dan melihat sendiri pesawat berkenaan, lapor Tehran Times yang memetik laporan dari agensi berita Nasim.

Selain itu, bagi membuktikan keupayaannya mencipta pesawat pengintip, Iran juga akan menunjukkan kepada dunia pesawat ciptaannya di pameran yang sama.

 

Beberapa negara dilaporkan sudah meminta kebenaran Iran untuk memeriksa pesawat itu. Pesawat pengintip asing paling canggih ditawan oleh Iran ialah RQ-170 Setinel milik Amerika. Kejayaan angkatan tentera Iran itu diumumkan pada 4 Disember lalu.

RQ-170 Sentinel digelar 'Beast of Kandahar' kerana banyak digunakan di kawasan utama Taliban di Afghanistan. Televisyen Iran menyiarkan pesawat berkenaan yang ditawan itu pada 8 Disember lalu.

Pesawat itu memasuki Iran dari timur Afghanistan. Sekalipun ditawan, Amerika akan terus menggunakan pesawat berkenaan dalam misinya di sempadan Iran-Afghanistan, kata Setiausaha Pertahanan Amerika, Leon Panetta ketika diwawancara Fox News, 13 Disember lalu.

Pada 2 Januari lalu, pemerintah tentera udara Pengawal Revolusi Iran, Brigadier Jeneral Amir Ali Hajizadeh, mengumumkan kejayaan tentera Iran menawan dua pesawat pengintip asing tetapi tidak memberitahu bila dan lokasi kejadian.

 

"Tentera mereka (negara Barat) melakukan tindakan agresif terhad terhadap Iran dan kami menembak jatuh beberapa pesawat pengintip canggih mereka. Kami tembak jatuh dua pesawat berkenaan.

"Kami sering bertempur dengan pesawat pengintip dan pemantau musuh," kata Hajizadeh ketika itu sambil memaklumkan pakar Iran sudah meniru dan menghasilkan pesawat seperti yang ditembak jatuh itu.

Pada Jun lalu, Hajizadeh mengumumkan bahawa pakar Russia sudah memeriksa dua pesawat pengintip itu milik Amerika. Katanya, pakar Russia juga meminta kebenaran Iran untuk memeriksa lokasi tempat ia ditembak jatuh. - Agensi

Read more »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...