Sunday, 8 January 2012

[12 GAMBAR] GAYA SEKSI MODEL TERJATUH

















Read more »

Thursday, 5 January 2012

10 GAMBAR "HIPPO MAN" - BAHAYA JERAWAT

"HIPPO MAN" - BERHATI-HATI DENGAN JERAWAT 

HIPPO MAN
lelaki berusia 41 tahun di China telah digelar "Manusia Hippo" atau "Hippo man" selepas tumor muka berkembang begitu besar ia menolak matanya sebelahkepalanya. Pada mulanya nampak kecil ketulan merah di hujung hidungnya tahun lepas, tetapi beliau "tidak banyak memberikan perhatian" terhadap ketulan itu, kata beliau.

Tumor Fei berkembang menjadi saiz genggaman manusia dan ia kini meliputi separuh daripada mukanya yang telah menyebabkan dia tidak boleh bernafas melalui hidung. Beliau berkata dia tidak mendapatkan rawatan perubatan apabila tumor mula berkembang kerana dia sangat miskin tetapi hospital tempatan di Changchun, Jilin menawarkan pembedahan percuma kepadannya.

"Saya cuba yang terbaik saya tidak keluar, kerana kuatir menakutkan orang lain dan menjadikan mereka sakit," kata Fei.

Doktor Fei berkata tanpa pembedahan dan rawatan perubatan, beliau mungkin akan mati dalam tempoh enam bulan.

"Kami akan memberinya  terapi 
pertama radiasi untuk mengecilkan tumor,dan kemudian kami akan melakukan pembedahan plastik kepadanya," kata Dr.Jianjun Zhang, Jilin Hospital Ketua Tentera. 

10 GAMBAR














by infosuam
Read more »

Wednesday, 4 January 2012

3 VIDEO DEMO MAHASISWA UPSI DIBELASAH POLIS?


Menurut Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan anggotanya tidak bergelut dengan mahasiswa dalam perhimpunan kumpulan itu tetapi kumpulan mahasiswa sebaliknya melanggar pintu kaca di klinik berdekatan dan menyebabkan kecederaan.

Insiden malam tadi menyaksikan Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang patah tulang rusuk, seorang lagi Amar Rasyidi cedera di kepala manakala 20 mahasiswa ditahan.

Dia boleh menafikan apa saja jika kita masih hidup bukan diera IT dimana hanya apa yang dibenarkan dicetak, itu yang kita baca..

Korang saksikan video ini.. saksikan pada minit ke 4:54 hingga ke 4:59, adakah benar Mahasiswa tersebut melanggar pintu kaca klinik?


VIDEO 1






VIDEO 2







VIDEO 3



Kredit to syokdownload

Read more »

Tuesday, 3 January 2012

NUR AMALINA CHE BAKRI YANG CEMERLANG 17A1 KINI BERUBAH?





Bagi kami kalau individu tersebut bernama Ali Bin Abu (bukan nama sebenar) ataupun artis Malaysia, kami tidak ambil pusing sangat. Tetapi jika namanya Nur Amalina Che Bakri satu nama yang pernah menggemparkan negara satu ketika dahulu di mana beliau berjaya memperolehi 17 A1 semasa keputusan SPM 2004, bagi kami ia harus diberikan perhatian.

Sehinggakan selepas itu, “fenomena Nur Amalina” terus-menerus menyelubungi kalangan adik-adik kita yang bakal menduduki peperiksaan SPM setiap tahun. Kalau ditanya kepada mereka, ramai yang akan menjawab :


  • Saya nak jadi macam akak Nur Amalina
  • Saya nak berjaya macam akak Nur Amalina


Sampai begitu sekali. Lagi satu, kalau Nur Amalina Che Bakri berpakaian tidak senonoh daripada mula, kami kurang ambil pusing. Tetapi berlainan apa yang kita lihat sekarang ini. Mungkin inilah yang dinamakan kejutan budaya?

Isu pelajar-pelajar yang berjaya terbang ke negara orang untuk menuntut ilmu ke peringkat yang lebih tinggi setiap tahun, bagi kami tidak boleh dipandang ringan. Sejarah sudah membuktikan daripada kalangan ini ramai yang akhirnya :


  • Positifnya : Pulang semula ke Malaysia dan terus menabur bakti kepada negara (cemerlang daripada segi ilmu & sahsiahnya) atau……
  • Negatifnya : Hanyut bersama-sama dengan kebebasan yang mula “mereka” perolehi sejak berada di negara orang.(Ini yang kita patut elakkan)

Gambar Nur Amalina Che Bakri : Akaun Facebook Amalina Telah Ditutup


Kami yakin pasti akan ada yang mengatakan :

“Ala…baru tak pakai tudung, buka sini sikit sana sikit”. Takkan itupun nak dihebohkan.

Okey…..Pertama apa yang kami nak katakan di sini Nur Amalina Che Bakri hanyalah satu contoh sahaja. Persoalan yang cuba kami tampilkan di sini, adakah kita mahu melihat keadaan menjadi lebih teruk, baru kita semua mula mahu nak melatah? Contoh? Lihat apa yang terjadi adik Ariff Alfian dan …………………..? Erm…..Dah terlambat dah.

Disebabkan beliau rakyat Malaysia, mempunyai kebolehan tersendiri, berpenampilan bersih pada mulanya dan paling pentingnya kami sayangkan beliau, itulah antara sebab kami menegur beliau. Kami menegur bererti kami sayangkan beliau (Nur Amalina) “ibarat permata bagi negara”.

Apatah lagi ada kalangan adik-adik kita selepas ini akan berangkat ke luar negara bagi melanjut pengajian ke peringkat lebih tinggi. Nasihat kami supaya adik-adik kita ini supaya pandai menjaga diri & elakkan diri daripada terkena ‘kejutan budaya” juga.

 

Kejutan budaya tidak mengenal mangsa. Baik penuntut di Malaysia mahupun penuntut Malaysia di luar negara sana. Kalau anda tidak kuat & pandai menjaga diri, anda akan hanyut. Lebih-lebih lagi adik-adik yang baru nak mengenal apa itu erti “kebebasan”.

Gambar Nur Amalina Che Bakri Telah Dibuang Di Facebook





kredit to beritasemasa

Read more »

Monday, 2 January 2012

GILER HEBAT !! VIDEO SOTONG KURITA YANG SELAMBA JALAN DI ATAS DARAT


Menakjubkan.. Sotong kurita ini keluar dari air dan memanjat ke darat hanya beberapa kaki dari orang ramai dan kamera untuk perjalanan ke kolam air pasang yang lain, dia dibawa ketam sepanjang masa..

LIHAT VIDEO DIBAWAH


by infosuam
Read more »

VIDEO 7 MAUT DALAM KEMALANGAN DI MANJUNG PERAK

HANCUR...kenderaan MPV yang dinaiki mangsa.

“Saya dan isteri hanya mampu meraung bila melihat jasad dua anak kami terbujur kaku berlumuran darah dan ditutup surat khabar,” kata Sulaiman Din, 42, bapa kepada Mohamad Hadi, 17, dan Badrul Isa, 19, yang maut dalam kemalangan meragut tujuh nyawa di sini, malam kelmarin.

Kemalangan berlaku apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda Stream dinaiki 10 orang termasuk dua beradik itu terbabas dan dirempuh sebuah treler membawa gas memasak di Batu 6, Jalan Sitiawan - Lekir, berhampiran kawasan perumahan Taman Kiara, di sini, jam 10.30 malam.

Selain Mohamad Hadi dan Badrul Isa, empat lagi penumpang kenderaan itu yang terbunuh di tempat kejadian ialah Mohamad Kamil Samsuri, 15; Ahmad Faizal Mohd Termizi, 15, Mohamad Shadan Mohd Arshad, 15, dan Muhammad Shafik Redzuan Yusof, 16.


VIDEO


Pemandu, Mohd Hisam Mat Zaki, 22, yang cedera parah di kepala meninggal dunia kira jam 8 pagi semalam di Hospital Seri Manjung (HSM), di sini.

Sulaiman berkata, sejurus tiba di tempat kejadian dia terpaksa memeluk dan menghalang isterinya, Norakmar Osman, 44, daripada menyelak helaian akhbar yang menutupi mayat dua anak mereka kerana tidak sanggup melihat jasad yang tidak lagi sempurna.

“Darah keluar membuak-buak dari kepala anak saya, malah kulit tubuh mereka turut hancur. Saya sendiri tak sanggup melihat mereka selain hanya mampu menangis sehingga jenazah dibawa ke Hospital Seri Manjung (HSM),” katanya.

Kemalangan ngeri itu berlaku ketika semua mangsa baru meraikan sambutan Tahun Baru 2012 di bandar Sitiawan dan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Batu 15, Lekir.

Tiga lagi penumpang MPV itu hanya cedera ringan manakala pemandu treler terbabit, Abdul Rashid Abdul Aziz, 49, dari Ayer Itam, Pulau Pinang, cedera di kaki dan kini dirawat di HSM.

Menurut Sulaiman, menambahkan lagi kesedihan dia dan isterinya, dua mangsa yang terbunuh dalam kemalangan itu iaitu Mohamad Shadan dan Mohd Hisam ialah anak saudara dan anak angkat mereka.

“Pada petang sebelum kejadian, dua anak saya ada memberitahu ingin ke Sitiawan bagi menyambut tahun baru. Kami memberi kebenaran kerana tidak mahu menghampakan mereka,” katanya.

Bagaimanapun, kata Sulaiman, isterinya menghubungi mereka kira-kira jam 10 malam meminta pulang awal kerana Mohamad Hadi perlu berkumpul di Sitiawan bagi menaiki bas mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kedah.

“Ketika isteri saya telefon, mereka mengatakan sudah bersiap sedia untuk pulang. Itulah kata-kata terakhir yang kami dengar kerana sejam telefon mereka sudah tidak dapat dihubungi,” katanya.


-Mymetro

Mari la kita sama-sama sedekahkan AL-FATIHAH kepada mangsa..
Read more »

Sunday, 1 January 2012

LELAKI BANYAK SENYUM KURANG MENAWAN WANITA


Jika anda lelaki, berhenti berharap untuk menggoda wanita kontemporari, dengan senyuman.

Kajian terbaru menunjukkan, wanita kini tidak lagi menganggap lelaki yang gemar tersenyum sebagai pasangan yang menarik.

Menurut penyelidikan pakar psikologi Universiti British Columbia di Kanada, wanita lebih berminat kepada lelaki yang menunjukkan ciri ego dan pemalu.

Kajian itu dibuat bagi mengetahui sama ada nasihat supaya sentiasa senyum ketika bertemu seseorang dibuat hasil keputusan ujian makmal.

Penyelidik menggunakan lebih 1,000 gambar lelaki dan wanita dengan pelbagai ekspresi muka dan ditunjukkan kepada responden.

Mereka kemudian diminta memberi markah berdasarkan kepada daya tarikan ditunjukkan setiap wajah berkenaan.

Seorang daripada penyelidik berkata, sikap ego yang dipaparkan lelaki mungkin menyebabkan dia kelihatan lebih meyakinkan dan mampu menjadi pelindung wanita. - DM

-Mymetro
Read more »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...