Tuesday, 13 December 2011

GERHANA BULAN ~ RASULULLAH S.A.W BERDOA MENGALIRKAN AIR MATA



Gerhana bulan tanda kebesaran Allah SWT

Di zaman Rasulullah SAW, apabila berlaku kejadian gerhana, baginda akan berdoa sehingga mengalirkan air mata kerana bimbang Allah SWT akan mengazab umatnya di sebabkan dosa dan maksiat yang mereka lakukan.

Ini menunjukkan betapa perlunya kita sebagai umat yang dikasihinya agar memohon keampunan daripada Allah SWT, bertaubat dari segala kesalahan yang telah kita lakukan.

Bertaubat dalam Islam bukan hanya menyebutnya di lidah tanpa pembuktian melalui amal dan perbuatan. Taubat hendaklah dilakukan dengan hati yang ikhlas tanpa paksaan dari mana-mana pihak. Segala kesalahan yang dilakukan hendaklah dikesali dengan sepenuh-penuh kesal dan berazam tidak mahu mengulanginya semula. Jika seseorang itu ada melakukan kesalahan dengan manusia maka hendaklah memohon maaf kepada orang yang dilakukan kesalahan itu bersungguh-sungguh.

Di samping bertaubat, dianjurkan juga supaya bersegera untuk melakukan perkara-perkara kebajikan iaitu berdoa, berzikir, bersembahyang, bertakbir dan bersedekah di jalan Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW,

فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا
Maksudnya : “Maka jikalau kamu melihatnya berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”. (Hadis riwayat Bukhari)

Kejadian gerhana juga sewajarnya memberi keinsafan kepada manusia tentang sifat Allah SWT Yang Maha Gagah Perkasa. Jika Allah SWT berkuasa menggerakkan bulan dan matahari lalu menjadi gerhana, maka Allah SWT juga Maha Berkuasa untuk menghancurkan kedua-keduanya pada hari yang dijanjikan Allah SWT.

Firman Allah SWT,

“Maka (hari Kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut), dan bulan hilang cahayanya, dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama”.( Surah al- Qiyamah : 7-9)

Jika kedua-dua makhluk yang besar ini boleh musnah apabila tiba masanya, apatah lagi makhluk yang kerdil seperti manusia sudah tentu mereka juga akan hancur di mamah bumi apabila dijemput ajal. Oleh itu jadikanlah setiap kejadian di alam ini sebagai pengajaran untuk meningkatkan amal soleh sebagai persiapan menuju kematian.

Sabda Rasulullah SAW,

أكيس الناس أكثرهم ذكرا للموت, وأشدهم إستعدادا له , أولئك هم الأكياس , ذهبوا
بشرف الدنيا وكرامة الأخرة

Maksudnya : “Sepintar-pintar manusia ialah orang yang mengingati mati dan sentiasa bersedia menghadapinya. Mereka itulah orang yang bijaksana, mereka pergi dengan membawa penghormatan dunia dan kemuliaan akhirat ”. (Hadis riwayat at- Tirmidzi)

Jangan percaya kepada khurafat
Kejadian gerhana bukan disebabkan oleh kematian atau kelahiran seseorang sebagaimana teguran Rasulullah SAW terhadap para sahabat yang membuat pelbagai andaian tentang kejadian gerhana matahari yang berlaku berkebetulan dengan hari kewafatan anakandanya Ibrahim lalu Rasulullah SAW bersabda,

إِنَّ الشَّمْسَ وَالقَمَر َ آيَتَانِ مِنْ ايَاتِ اللهِ لاَيَخْسِفَان ِ لِمَوت ِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا

Maksudnya : “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”. (Hadis riwayat Bukhari)

Oleh itu umat Islam hendaklah menjauhi sebarang kepercayaan tahyul dan khurafat dari sebarang fenomena alam ciptaan Allah SWT. Mempercayai kepercayaan karut dan khurafat boleh membawa ke lembah syirik kepada-Nya.

Firman Allah SWT,

“Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (Syirik) itu, bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang menyengutukan Allah sesungguhnya dia telah berbuat dosa yang besar”. (Surah an-Nisak : 48)

Firman-Nya lagi,

“Dan Kami hadapi segala amal yang mereka lakukan, lalu Kami jadikan amal itu bagaikan debu yang berterbangan”. (Surah al-Furqan : 23)

kredit to budaktechnician
Read more »

REKRUT 2 ISTERI

Seorang suami sepatutnya menjadi contoh kepada dua isterinya yang bermadu, tetapi bertindak sebaliknya apabila didapati melatih dan menurunkan ‘ilmu’ mencuri kepada kedua-dua wanita terbabit untuk bergiat sebagai penjenayah profesional.

Suspek berusia 25 yang juga seorang mekanik dikesan mengajar kedua-dua isterinya berusia 20-an mengenai cara memecah masuk kenderaan sebelum melarikan barang berharga terutama komputer riba ditinggalkan mangsa dalam kenderaan.
TUMPAS...Fakri (tengah) menunjukkan barang curi yang dirampas.
Lebih memeranjatkan apabila suspek turut mengajar seorang anak lelakinya berusia lima tahun sebagai ‘tonto’ bagi mengawasi keadaan sekitar ketika bapa serta ibu dan ibu tirinya melakukan jenayah pecah kereta.

Perkara itu didedahkan Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman ketika mengumumkan pihaknya membongkar kegiatan pasangan suami isteri terbabit di sekitar daerah ini sejak enam bulan lalu.

Menurutnya, suspek dikesan melatih kedua-dua isterinya untuk melakukan jenayah kerana terdesak untuk membayar hutang ceti haram berjumlah ribuan ringgit.

-Mymetro
Read more »

TERJUN KOLAM ~ MAUT TERBELIT TALI KELEDAR




“Sebaik terjun dan menyelam ke dasar kolam, saya melihat seorang wanita terkulai di tempat duduk penumpang belakang dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan badan terbelit tali pinggang keledar,” kata seorang saksi kemalangan maut di Kilometer 24, Jalan Seremban-Kuala Pilah di Kampung Gedang, di sini, semalam.
MIKAIL...cuba bantu keluarkan mangsa. Gambar kecil, Suzimah.
Saksi berkenaan, Mikail Malik, 15, berkata dia dan rakannya, Mohd Izzat Mohd Nizar, 16, yang berada di tempat kejadian terjun ke dalam kolam memancing itu bagi menyelamatkan mangsa sejurus kemalangan.

“Ketika kejadian, saya bersama Izzat dalam perjalanan ke Ampangan, Seremban, sebelum ternampak sebuah kereta menjunam laju ke dalam kolam berkenaan. “Saya cuba membantu mengeluarkan mangsa, namun gagal kerana badan wanita itu tersekat pada tali pinggang keledar,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa, Suzimah Shuhaimi, 28, dari Batu Caves, Selangor, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat lemas selepas badannya terbelit tali pinggang keledar.


Kemalangan dipercayai berlaku selepas mangsa yang dalam perjalanan dari Kuala Pilah menghala Seremban cuba memotong treler di depannya, namun gagal selepas tiba-tiba sebuah bas henti-henti berada di laluan bertentangan.

Suzimah cuba masuk semula ke laluannya, namun kenderaannya bergesel dengan treler yang cuba dipotong menyebabkan keretanya terbalik beberapa kali sebelum terjunam dalam kolam berkenaan yang terletak di kiri jalan.

Menurut Mikail, dia meminta bantuan pemandu lori yang melalui kawasan itu untuk menarik kereta berkenaan, namun gagal kerana kereta itu terbenam dalam lumpur.


ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke Hospital Kuala Pilah.
“Saya terkilan kerana lambat terjun dalam kolam itu untuk menyelamatkannya, jika tidak mungkin wanita itu masih hidup,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Jaafar Baba berkata, wanita terbabit yang memandu berseorangan dari Kuala Pilah ke Seremban, di sini, dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Selangor berdasarkan penemuan dua beg pakaian dalam kereta itu.

Katanya, setiba di tempat kejadian berhampiran sebuah kolam, kereta mangsa cuba memotong treler yang membawa batu, namun gagal kerana ketika itu, sebuah bas henti-henti datang dari arah bertentangan.

“Mangsa cuba memasuki laluannya semula, namun bergesel dengan bahagian depan kanan treler berkenaan menyebabkan mangsa hilang kawalan sebelum keretanya terjunam dalam kolam.

“Keadaan kolam yang dalam menyebabkan orang ramai tidak dapat membantu membawa keluar mangsa dipercayai lemas,” katanya.

Menurutnya, mangsa dipercayai mati akibat lemas selepas gagal keluar dipercayai kerana badannya terbelit tali pinggang keledar tempat duduk belakang.

“Mayat mangsa berjaya dikeluarkan dengan bantuan sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Pilah dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-Mymetro

Read more »

Friday, 9 December 2011

PEKELILING SBPA




Jabatan Perkhidmatan Awam telah pun mengeluarkan pekeliling berkaitan perlaksanaan SBPA.  Di sini bolehlah kaki tangan membaca dengan teliti syarat-syarat baru perkhidmatan yang sesuai dengan perkhidmatan sendiri.

Pekeliling Perkhidmatan Umum klik UMUM
Pekeliling Perkhidmatan Guru klik GURU
Pekeliling Perkhidmatan Polis klik PDRM

Opsyen bagi memilih SBPA atau tidak hendaklah diserahkan selewat-lewatnya 30 Disember 2011.

Kredit to 1dotspot
Read more »

KERAP HAMIL JEJASKAN TULANG

KERAP HAMIL JEJASKAN TULANG

WANITA disaran supaya menjarakkan kehamilan sekurang-kurangnya selama dua tahun.

MEMILIKI zuriat yang ramai selalunya mampu memberikan kebahagiaan dalam kehidupan berkeluarga.

Namun, kehamilan yang kerap dan dalam jarak masa yang singkat turut mengundang risiko kepada ibu mengandung.

Seorang pakar perubatan rehabilitasi dari Fakulti Kedoktoran, Universiti Indonesia, Dr. Siti Annissa Nuhonni berkata, bayi di dalam kandungan memerlukan kalsium yang banyak untuk proses pembesarannya.

Kalsium tersebut disumbangkan oleh ibu dan kuantitinya perlu dikongsi bersama. Ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu hamil memerlukan kuantiti kalsium yang tinggi berbanding biasa.

Selain itu, setelah proses melahirkan anak, kuantiti kalsium yang banyak masih diperlukan untuk disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.

“Ini secara tidak langsung menyebabkan seorang ibu memerlukan jumlah kalsium yang lebih berbanding keadaan biasa,” jelasnya.

Tambah Annissa, jarak kehamilan dan kelahiran yang dekat akan turut menyebabkan ketidakseimbangan kandungan hormon estrogen di dalam tubuh.

Ketidakseimbangan hormon penting wanita tersebut secara tidak langsung akan mengganggu penyerapan kalsium ke dalam tulang.

“Estrogen penting untuk penyerapan kalsium. Jadi, apabila ia terganggu, struktur tulang juga akan terganggu akibat kekurangan kalsium,” ujar Annissa.

Lebih memburukkan keadaan apabila darah kehabisan kandungan kalsium dan ia mula menyerapnya daripada tulang dan gigi pula.

Ini kerana sebanyak 80 peratus kandungan kalsium dalam badan terdapat pada bahagian itu.

MINUM banyak susu dapat menambah bekalan kalsium ibu hamil.

Setelah banyak kalsium diserap keluar, ia akan mengganggu struktur tulang dan gigi. Ia akan mengurangkan kepadatan struktur itu yang akhirnya mengundang penyakit berkaitan tulang.

Dalam pada itu, Pakar Perunding Pemulihan Perubatan WQ Park, Dr. Tunku Nor Taayah Tunku Zubir menjelaskan bahawa kekurangan kalsium di dalam badan boleh menyebabkan masalah kerapuhan tulang.

Berpantang


TULANG rapuh disebabkan kalsium di dalamnya telah diserap oleh tubuh.

“Kalsium adalah elemen terpenting dalam pembentukan tulang. Justeru ia diperlukan dalam kuantiti yang mencukupi untuk mengekalkan kekuatan tulang.

“Apabila kurang kalsium, ia akan menyebabkan masalah osteoporosis yang sering menyerang wanita terutamanya yang sudah menopaus,” katanya kepada Jurnal.

Ibu hamil digalakkan minum banyak susu dan mengambil sumber kalsium lain seperti keju, yogurt dan sayur berdaun hijau sebagai cara untuk mengoptimumkan jumlah kalsium dalam badan.

Sebagai langkah untuk membantu mengekalkan kesihatan tulang dalam kalangan wanita, Pakar Perunding Seksual dan Kesihatan Reproduktif, Dr. Mohd. Ismail Tambi menasihatkan mereka yang berisiko agar menjarakkan tempoh kehamilan.

Sambil merujuk kepada kepentingan amalan berpantang selepas bersalin, Ismail menjelaskan bahawa wanita perlu menjaga kesihatan reproduktif sepanjang tempoh mengandung sehingga melepasi waktu bersalin.

“Amalan berpantang adalah penting kerana ia merangkumi tempoh seseorang wanita yang baru bersalin untuk pulih dari segi mental dan fizikal.

“Jarak masa yang lama sebelum kembali mengandung dapat digunakan oleh ibu untuk mengembalikan kalsium dalam badan dan menghilangkan trauma kelahiran,” katanya.

Seseorang ibu bukan sahaja memerlukan tempoh pantang sebelum kembali mengandung bahkan masa yang lebih lama sebagai langkah menjaga kesihatannya.

Sambil menyebut saranan Islam supaya wanita menjarakkan kehamilan selama dua tahun, Ismail menasihati pasangan agar merancang kehamilan dengan pelbagai kaedah.

“Terdapat banyak cara untuk mengelakkan kehamilan berlaku. Ini termasuk mengambil hormon dan pil selain menggunakan kondom atau IUCD iaitu alat pencegahan kehamilan dalam rahim,” katanya.

-Kosmo
Read more »

MANCINI MAHU GENGGAM DUA TROFI



Pengurus Manchester City telah menyatakan yang matalamatnya untuk musim ini adalah sekurang-kurangnya dua trofi.
Walaupun telah disingkir dari Liga Juara-Juara, City masih mampu mengakhiri musim mereka dengan penuh kejayaan. Mereka mendahului Liga Premier Barclays dengan 5 mata sementara perlawanan separuh akhir menentang Liverpool di Piala Carling akan datang bulan hadapan.

Mancini juga percaya yang pasukannya mampu mejuarai Liga Europa, sementara pertahanan Piala FA mereka dengan Manchester United akan bermula dalam masa sebulan.

"Kami kecewa, tetapi ini biasa." Macini berkata.

"Saya yakin kami akan meningkatkan permainan, ia penting untuk mengakhiri musum dengan baik."

"Bila saya kata mengakhiri dengan baik, maksud saya adalah kemenangan sekurang-kurangnys dua trofi."

City telah memulakan kempen Liga Juara-Juara mereka dengan penuh harapan tetapi kekalahan kepada Bayern dan Napoli telah menghampakan mereka.

Mancini percaya yang pasukannya akan mengimbas kembali pengalaman itu dan meningkatkan permainan mereka.

City akan memulakan kempen Liga Europa mereka dalam beberapa minggu dan walaupun Liga itu dianggap kejohanan yang tidak bertaraf, Mancini menafikannya.

"Kami bukan United atau Bayern Munich atau Real Madrid." Mancini berkata.

"Untuk kami, kemenangan Liga Europa adalah penting. Ia jelas yang kami mahukan Liga Juara-Juara tetapi ia tidak menjadi kenyataan."

"Trofi Liga Europa sekarang penting untuk kami."

"Trofi Liga Premier Barclays adalah yang terpenting, kemudian Liga Europa, Piala Carling dan Piala FA.

"Saya rasa jika kami bernasib baik dan tidak mengalami kecederaan, kami mempunyai pasukan yang mampu melalui semua kejohanan.

Kredit to espnstar
Read more »

Thursday, 8 December 2011

LINA MEDINA IBU TERMUDA DI DUNIA BERUSIA 5 TAHUN

GILER DASYHAT LINA MEDINA IBU TERMUDA DI DUNIA BERUSIA 5 TAHUN

  Seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 5 tahun didakwa sebagai ibu termuda di dunia pernah hidup. Pada tahun 1939, Lina Media dibawa ibunya ke hospital kerana disangka tubuhnya didiami makhluk halus. Namun Dr. Lozada yang memeriksa Lina amat terkejut kerana mendapati ada seorang bayi dalam perut kanak-kanak itu.


  14 Mei 1939, ibu termuda di dunia ini selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 2.7kg di ibu kota Peru, Lima.

  Bayinya yang dilahirkannya diberikan nama Gerardo. 



  Meskipun begitu, Lina Medina tetap enggan mendedahkan siapa bapa kepada bayi tersebut. Bapanya yang disyaki melakukan perbuatan merogol ditahan polis, namun tiada bukti kukuh untuk mensabitkan kesalahan merogol.

  Ibu termuda di dunia ini juga enggan ditemuramah Reuters. Tidak lama selepas itu, Lina berkahwin dengan Raul Juardo. Mereka bepindah ke kawasan terpencil di Chicago.

  Di bawah adalah gambar menunjukkan setahun kemudian, Gerardo dibesarkan dengan menyangka Lina adalah kakaknya.


  Lina Medina meninggal pada tahun 1979 kerana penyakit kanser tulang. Namun, persoalan mengenai bagaimana ibu termuda di dunia ini boleh mengandung masih tinggal tanda tanya sehingga kini.
Kredit : seifkhales
Read more »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...