Tuesday, 4 October 2011

PENYANYI 'PUJAAN MALAYA' DAN AYAHNYA DIPENJARA [VIDEO]


KUALA LUMPUR – Seorang penerbit filem, Datuk Adzhar Sulaiman (gambar) dan dua anaknya dipenjara dan didenda oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas disabitkan bersalah atas tuduhan menerima deposit berjumlah lebih RM100 juta tanpa lesen dan 360 tuduhan aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM59 juta.

Hakim Rozana Ali Yusoff memerintahkan Adzhar, 56, selaku Pengurus Besar Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dihukum penjara dua tahun dan didenda RM1 juta atau 10 bulan penjara kerana mengambil deposit haram manakala bagi tuduhan mengubah wang haram, dia dihukum penjara tiga tahun.

Anak perempuannya, Noradzma, 35, yang turut menghadapi tuduhan serupa dipenjara tiga tahun dan denda RM500,000 atau enam bulan penjara sementara Noradz Travel & Services pula didenda RM5 juta atas tuduhan mengambil deposit tanpa lesen.



Seorang lagi anak Adzhar, Noradzrin, 26, yang bergelar penyanyi dan popular dengan lagu Pujaan Malaya dihukum penjara setahun bagi kesalahan mengubah wang haram.



Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Fahmi Abd. Moin dan pegawai pendakwa, Anthony Kularaj, kedua-duanya dari Bank Negara Malaysia serta dua Timbalan Pendakwa Raya dari Jabatan Peguam Negara, Mohd. Farez Rahman dan Mohd. Haziq Razali.

Kesemua tertuduh yang diwakili peguam, Afifudin Mohd. Hafifi didakwa menggunakan wang haram untuk membeli hartanah, produk insurans, pelaburan serta memindahkan wang ke akaun anak syarikat mereka di beberapa buah bank di sekitar Kuala Lumpur di antara 14 Ogos 2007 dan 6 Januari 2009.

-KOSMO
VIDEO KLIP PUJAAN MALAYA

Read more »

INSIDEN DAHSYAT GAMBAR KAPAL KARGO TERBELAH DUA

SEBUAH kapal kargo yang didaftarkan di Panama terbelah dua di luar pelabuhan Keelung, Taiwan semalam. - Reuters

TAIPEI, Taiwan - Kementerian Pertahanan Taiwan berkata, empat orang anak kapal maut dan enam lagi dilaporkan hilang selepas sebuah kapal kargo yang didaftarkan di Panama terkandas di perairan utara Taiwan.

Menurut kementerian itu, kapal yang membawa 21 anak kapal tersebut terbelah dua selepas berlanggar dengan batu-batu di luar pelabuhan Keelung pada awal pagi semalam.

Bagaimanapun, kewarganegaraan mereka tidak dapat diketahui.

Seramai 11 anak kapal telah diselamatkan termasuk empat orang berenang untuk menyelamatkan diri.

Taiwan dilanda taufanNalgae sepanjang minggulalu.

- kosmo
Read more »

Monday, 3 October 2011

GAMBAR REKABENTUK TERKINI DUIT SYILING MALAYSIA


Antara rekabentuk terkini duit syiling malaysia yang unik 


Rekabentuk syiling ini memaparkan mengenai budaya dan warisan negara Malaysia. Ia memaparkan motif senikraftangan tradisional dan keindahan flora dan fauna Malaysia. Antara ciri-ciri di bahagian denominasi duit syiling ialah 14 titik iaitu melambangkan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan (kecuali syiling 50sen) dan 5 garis mendatar melambangkan prinsip Rukun Negara. Bahagian belakang pula memaparkan motif Bunga Raya , tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan ‘BANK NEGARA MALAYSIA’.



Read more »

LOVEBITE MEMBAWA MAUT



Kenapa lovebite berbahaya?

Menurut Daily Mail, seorang wanita berusia 44 tahun telah lumpuh selepas terkena serangan sakit jantung akibat daripada lovebite yang di lakukan oleh kekasihnya. Wanita itu (nama tidak dinyatakan) dimasukkan ke sebuah hospital di Auckland apabila mendapati dia tidak mampu menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.

Pada mulanya, para doktor mengesyaki wanita itu telah terkena serangan sakit jantung. Walaupun mereka tidak mengetahui punca sebenar penyakit wanita itu pada awalnya. Mereka kemudiannya, memeriksa wanita itu dan menjumpai kesan lovebite dibadannya. Dan dari kesan lovebite tu, mereka dapat tahu apa punca serangan sakit jantung tersebut.

Sebenarnya lovebite yang terhasil tu, menyebabkan pembuluh darah rosak dan mengakibatkan pembentukan darah beku. Darah yang telah beku tadi mengalir ke jantung dan boleh menyebabkan strok!

So, hati hati lah semasa bersama pasangan masing masing. Jangan sampai lupa diri, nanti ada yang merana baik lelaki atau perempuan. Jangan disebabkan expressi cinta, ada yang maut.

-pucheh07
Read more »

PENJELASAN DAN LUAHAN HATI FIDA

Setelah hanya mendiamkan diri berkaitan kontroversi gambar yang diupload oleh Mamat, Fida semalam membuka mulutnya menerusi BiPop.. Fida melahirkan rasa kecewa, terkilan dan sedih dengan tindakan Mamat. Malah kata Fida, hatinya telah tawar dan terluka dengan apa yang telah Mamat lakukan.


Berikut ialah kata-kata Fida menerangkan apa sebenarnya yang telah berlaku:-

Ketika Aidilfitri baru-baru ini, saya datang ke Johor beraya rumah keluarga Mamat. Selepas memperoleh pasport, kami bercuti ke Singapura, saya tak pernah ke sana. Tapi kami balik hari, namun apabila ke Batam, kami menginap di situ. Ketika berada di Batam, Mamat ambil gambar saya yang menampakkan sebahagian rambut itu dan dia juga yang muat turun gambar berkenaan di dalam Internet


Fida terus melahirkan rasa kekecewaannya dan tidak percaya dengan alasan yang Mamat berikan:-

Bagi saya, gambar itu sangat peribadi. Saya pernah cakap dengan Mamat, gambar peribadi adalah untuk simpanan peribadi. Apabila gambar itu tersebar di Internet, saya baca alasan Mamat, dia tak perasan dan kepada sesetengah media masa pula, beliaun menjelaskan tindakan itu disebabkan matanya rabun. Saya tak boleh terima alasan Mamat. Kesannya adalah saya, bertalu-talu saya kena hentam. Saya terkilan dengan perbuatan Mamat. Sebaik saja mengetahui mengenai penyebaran gambar berkenaan, saya ada tanya dia kenapa? Bagi saya alasan yang diberikan Mamat, nampak dirinya tak matang. Namun selepas itu sudah berminggu-minggu kami tidak bercakap mahu berjumpa.

Baca entri ini seterusnya untuk luahan hati Fida yang selanjutnya:-


Dan ternyata Fida sangat blur dengan motif Mamat mengupload gambar tersebut:-


Saya tak tahu apa tujuan Mamat memuat turun gambar itu di dalam Internet. Namun yang jelas diri saya sudah diaibkan. Saya juga tak faham kenapa Mamat memuat turun gambar kami berdua saja, seolah-olah tiada orang lain di situ. Bagi saya bukan hanya menerusi gambar Mamat mengaibkan saya, tapi persepsi orang menjadi negatif, mungkin mereka beranggapan kami bercuti berdua sahaja.



Dan ternyata kepercayaan Fida terhadap Mamat sudah luntur:-

Selama ini saya mempercayai Mamat, tapi apabila berlaku perkara seumpama ini, Mamat sebenarnya sudah mematahkan kepercayaan saya terhadapnya. Kami sekadar bercuti ke Batam, bagi saya kenapa gambar macam tue pun dia nak muat turun dalam Internet? Mungkin apabila dia boleh tunjuk rambut saya kepada semua orang, mungkin dia berasakan dirinya hebat. Saya tak tahu apa sebenarnya tujuan Mamat. Terus-terus, apabila perkara ini berlaku, saya memang sangat sedih, terkilan dan kecewa dengan tindakan Mamat. Hati saya memang dah tawar dengan Mamat. Hati saya masih terluka dengan perbuatan Mamat. Dia seharusnya berfikir dulu sebelum bertindak dan bercakap. Jangan dah buat, baru rasa kesal.

Kekesalan Fida nampak jelas sekali dengan kata-kata di bawah:-

Mamat boleh minta maaf, tapi bagaimana dia nak tutup tohmahan orang terhadap saya? Sekalipun gambar berkenaan sudah dipadamkan dari Facebook Mamat, gambar itu sudah tersebar merata-rata. Buat masa ini, saya tak boleh terima Mamat, nak bercakap atau berjumpa dengan dirinya sekalipun, saya tak boleh. Mamat pernah cakap, dia sayang saya. Saya tak faham apa erti sayang bagi Mamat. Jika benar-benar menyayangi saya, beliau seharusnya memelihara air muka dan maruah diri saya. Justeru, saya amat-amat terkilan dengan sikap Mamat, sangat kecewa dengannya.


Dan Fida sudah tidak boleh mengagak ke manakah hala tuju hubungan mereka berdua:-

Bagi saya, sekiranya Mamat berasakan dirinya bersalah, dia harus minta maaf dengan ikhlas, tak perlu mempertahankan dirinya lagi. Kesungguhannya saya tak nampak. Maaf Mamat tidak berharga. Dia tak mampu mengembalikan maruha saya yang tercemar. Saya tak pasti di mana pengakhiran perhubungan kami nanti. Saya berasakan diri ini seolah-olah teraniaya.
Dan Fida menjelaskan tentang fesyen bertudungnya yang makin pelik semenjak kebelakangan ini:-

Tujuan asal saya bertudung kerana mahu menutup aurat, kini saya terpengaruh dengan fesyen. Fesyen bertudung saya hari ini tiada kena mengena dengan sesiapa, termasuk Mamat. Namun selepas menyedari ada pihak yang tidak senang dengan fesyen tudung yang saya gayakan, saya minta maaf kepada pihak yang tersinggung. Saya tidak lepas daripada melakukan kesilapan.



-BEUTIFULNARA,OHBULAN
Read more »

AWAL ASHAARI DAN SCHA ALYAHYA BERKAHWIN JANUARI 2012

AWAL DAN SCHA ALYAHYA

Agak penat kan dengan kisah tarikh sebenar perkahwinan mereka berdua ni, dok gittew? Kejap bulan ni, kejap pulak bulan berikutnye, kejap pulak tahun depan. Hai mana satu tarikhnye oi?

Namun kali ni, mereka yang difahamkan cuba merahsiakan tarikh perkahwinan mereka kerana asyik tunda telah dihidu para wartawan hiburan. Difahamkan mereka bakal mendirikan rumahtangga seawal Januari tahun 2012.

Hopefully, Januari tahun hadapan bukan lagi propa buat mereka berdua kerana peminat sudah mula bosan dengan permainan menentukan tarikh perkahwinan mereka ini.





-LIMAUAIS,BHARIAN, MEDIAMALAYA
Read more »

Sunday, 2 October 2011

CALON USTAZAH PILIHAN DI ASTRO OASIS

Selepas berjayanya program Imam Muda musim pertama dan kedua, Astro Oasis melancarkan program baru yang seumpama dengannya yang dipanggil Ustazah Pilihan. seramai 11 calon Ustazah Pilihan berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya setelah beberapa siri ujibakat diadakan.

Adakah program Ustazah Pilihan ini akan mendapat sambutan yang hangat seperti Imam Muda?
kita saksikan nanti.

berikut adalah 11 calon Ustazah Pilihan
- Nur Atieqah Mohd Zainudin (Atiqah) 20
- Nur Aqidah Mawardi (Aqidah) 21
- Nun Faizah Rohana Mustapha (Faizah)
- Siti Fatimah Mad Yatim (Fatimah) 21
- Masfira Hilman (Fira) 27
- Firuz Akhtar Mohamad Bohari (Firuz) 27
- Siti Nor Hafidza Razali (Fizah) 21
- Nurul Hidayah Kamarudin (Hidaya) 26
- Nina Syazmeen Mohd Din (Nina) 23
- Siti Fatimah Mohd Sharif (Siti) 26
- Maryanti Ramle (Yanti) 23
Read more »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...