JUSTIN BIEBER duduk di barisan depan penonton semasa dia menyaksikan perlawanan bola keranjang di Pusat Udara Kanada, Toronto pada Rabu lalu.
Penyanyi remaja berusia 17 tahun dari Kanada, Justin Bieber menonton perlawanan bola keranjang antara pasukan Toronto Raptors dan Indiana Pacers di sini pada Rabu lalu.
Dia memakai pakaian berlengan panjang, topi berwarna biru, seluar panjang dan sepasang kasut gelap semasa menonton perlawanan tersebut.
Bieber merupakan penyokong pasukan Toronto Raptors.
Dia yang merupakan kekasih penyanyi Amerika Syarikat, Selena Gomez, 19, turut menyaksikan pasukan sorak Toronto Raptors membuat persembahan di Pusat Udara Kanada.
Bieber duduk di barisan depan penonton semasa dia menonton persembahan pasukan sorak tersebut yang berpakain skirt pendek berwarna merah.
Namun, pasukan kegemaran Bieber itu tewas kepada Indiana Pacers dengan mata 90-85 dalam perlawanan anjuran Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan NBA. - Agensi
GAMBAR yang dirakamkan pada Isnin lalu menunjukkan Mark Zuckerber menunggang seekor kerbau dengan seorang petani berjalan di tepi haiwan itu di lokasi pelancongan terkenal, Sapa di wilayah Lao Cai, Vietnam.
Pengasas bersama laman jaringan sosial Facebook, Mark Zuckerberg menunggang seekor kerbau semasa dia melawat Vietnam selama beberapa hari sempena cuti perayaan Krismas di Amerika Syarikat (AS).
Bilionair berusia 27 tahun itu tiba di Vietnam dengan menaiki penerbangan sewa khas bersama teman wanitanya, Priscilla Chan dan beberapa pengawal peribadi pada 22 Disember lalu.
Penolong Pengurus Hotel Topas Ecolodge, Le Phuc Thien berkata, Zuckerberg tinggal di hotel berkenaan di bandar Sapa, kawasan peranginan utara Vietnam pada Hari Krismas.
Pada hari yang sama, beliau turut mencuba pengalaman menunggang kerbau dengan seorang petani berada di sisi haiwan itu.
Zuckerberg yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook kemudian dibawa bersiar-siar di sekitar resort berkenaan.
Dia mengasaskan Facebook pada 2004.
Pemerintah Vietnam menyekat penduduknya melayari laman Facebook dan beberapa laman web lain. - Agensi
PETALING JAYA: Penyanyi popular, Jamal Abdillah akhirnya bersuara dan meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) hingga mendorong dia meninggalkan pusat kebajikan bekas penagih dadah itu bulan lalu, selepas menjadi ‘penghuni istimewa’ selama lima tahun.
Jamal berkata, dia sedih dan kecewa dengan pelbagai dakwaan dikeluarkan Presiden Pengasih, Datuk Yunus Pathi terhadapnya termasuk dia tidak banyak memberi sumbangan wang tunai biarpun dia satu-satunya penghuni yang tinggal di situ sehingga lima tahun berbanding penghuni lain yang tinggal cuma setahun.
“Sepatutnya Pengasih institusi yang memimpin semangat serta membimbing penghuni memerlukan bantuan dan bukannya menabur pelbagai dakwaan yang boleh menjatuhkan reputasi seseorang.
“Jika senario ini berterusan, saya yakin orang awam juga akan berfikir berkali-kali sebelum menghantar ahli keluarga atau teman yang memerlukan bantuan ke situ,” katanya ditemui pada sidang media Karnival Seharian Bersama Jamal Abdillah pada Januari depan, di sini, semalam.
Harian Metro pada 8 Disember lalu melaporkan Jamal meninggalkan Pengasih selepas lima tahun di situ dan tindakannya dipercayai ada kaitan dengan rasa tidak puas dengan pengurusan rumah kebajikan itu terutama Yunus.
PEMINAT filem KL Gangster yang muncul filem Melayu paling berjaya di pawagam sehingga kini tentunya bersorak riang apabila baru-baru ini produser Datuk Yusof Haslam daripada Skop Production mengumumkan KL Gangster 2 pula akan dikeluarkan tidak lama lagi.
Filem pertama dulu berjaya memungut kira-kira RM11.7 juta sewaktu ditayangkan di lebih 60 panggung di seluruh negara. Kali ini, berapa la pula pungutannya nanti? Kita pakat tunggu tahun depan ya.
Khabarnya, ia bukanlah filem susulan, sebaliknya kisah yang berlaku sebelum cerita yang disaksikan penonton dalam filem pertama. Maknanya, filem prekuellah tu. Dan, ia juga lebih hebat apabila kos penerbitannya pun mencecah RM3 juta. Kalau tidak silap Cik Normah, ramai pelakon asal yang muncul dalam KL Gangster akan kembali menghangatkan filem kedua ini. Antaranya ialah Aaron Aziz, Adi Putra, Shoffi Jikan, Sheera Iskandar dan Zizan.
Lepas tu Cik Normah ada terdengar khabar angin mengatakan, pelakon aksi terkemuka Thailand, Tony Jaa pun akan diundang sama memeriahkan filem itu? Biar betul?
Kalau benarlah apa yang Cik Normah dengar ini, maka nilai komersial filem kedua ini tentulah bertambah lagi. Kita semua bukannya tak kenal siapa Tony Jaa. Dia kan bintang lasak cukup hebat yang menggegarkan pawagam setiap kali muncul dengan siri filem Ong Bak.
TERPANGGIL pula nak mencelah sikit pasal Chef Wan yang kini makin lantang di kaca televisyen. Diva bangga, sebab daripada seorang chef, khidmat Chef Wan digunakan sebagai pengkritik dalam program lawak nusantara, Maharaja Lawak Mega.
Tapi ini bukan pasal Maharaja Lawak tapi pasal Chef Wan sendiri, Diva rasa tukang masak selebriti popular kita ni sukakan benda-benda panas, jadi kalau keadaan jadi panas gara-gara luahannya, dia memang tak kisah.
Macam dalam satu temu bual untuk rancangan Kerusi Panas bersama Radio 24, dah nama pun 'kerusi panas', panas sungguhlah program berkenaan yang dikendalikan oleh perantaranya, Zulkifli Bujang.
Apa yang Diva paling tak tahan, bila Chef Wan sampai hempas telefon, tindakan itu pula disedari oleh semua pendengar. Panas benar ke hati Chef Wan dengan topik yang diperbincangkan? Rasanya ada sedikit kurang pertimbangan di situ. Panas!
Diva: Kalau nak sejukkan hati, pergilah tonton teater Asrar 2 di Muzium Shah Alam.
Sejumlah peminat berhimpun untuk merakamkan gambar pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan dengan menggunakan telefon bimbit di bandar ini kelmarin.
Shah Rukh tiba di bandar Ahmedabad untuk mempromosikan filem Don 2 lakonannya yang diarahkan oleh Farhan Akhtar.
"Majlis di Ahmedabad amat istimewa," kata Farhan.
Sejumlah besar penonton itu menunggu di sebuah pawagam di bandar ini untuk merakamkan gambar Shah Rukh.
Filem itu akan menemui penonton pada 23 Disember depan.
Malaysia, Jerman, India dan Switzerland menjadi lokasi penggambaran filem tersebut.
Filem itu mengisahkan Shah Rukh yang memegang watak Don yang mahu menguasai gerakan penjahat bawah tanah di Eropah. - Agensi
USIA pelakon Nikita Willy ketika ini baru sahaja menjangkau 17 tahun, tetapi kehidupannya sebagai seorang gadis remaja boleh dikatakan agak berbeza dengan rakan-rakan seusianya yang lain.
Jika kehidupan gadis-gadis yang sebaya dengannya dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik, ternyata pelakon berkenaan lebih banyak menghabiskan masa di lokasi penggambaran. Bagaimanapun, pengorbanan tersebut tidak sia-sia apabila kini Nikita sering menjadi rebutan penerbit. Sehingga kini, dia sudah membintangi lebih daripada 20 buah sinetron.
Malah, ada sinetron lakonannya yang turut disiarkan di kaca televisyen di Malaysia seperti Safa Dan Marwah dan Putri Yang Ditukar turut diminati oleh penonton di negara ini. Selain dikenali sebagai seorang pelakon yang cukup popular di negaranya, Nikita juga dikatakan sebagai artis sinetron yang menerima bayaran termahal sehingga mengalahkan pelakon yang lebih senior seperti Luna Maya. Mengulas mengenai perkara tersebut, pelakon yang dilahirkan pada 29 Jun 1994 itu menganggap ia satu pencapaian yang tertinggi buat dirinya sepanjang bergelar pelakon selama sembilan tahun.
“Sudah tentu saya melihat ia sebagai satu pengorbanan yang cukup berbaloi. Lagipun saya sudah berkecimpung dalam bidang lakonan sejak usia lapan tahun dan bidang ini sudah menjadi sebahagian dalam diri saya. Namun, segala pencapaian yang diperoleh itu langsung tidak pernah membuat saya menjadi leka. Kalau saya mahu terus maju sudah tentu saya perlu terus fokus berusaha dengan lebih keras lagi,” ujarnyaketika ditemu bual di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menurut Nikita, biarpun dirinya dikenali sebagai pelakon remaja yang popular di negaranya ketika ini, dia turut gembira apabila melihat lebih ramai gadis seusianya yang muncul sebagai pelakon.
Jelasnya, dia tidak merasakan kehadiran pelakon-pelakon baharu sebagai pesaing yang mampu membuatkan namanya semakin tenggelam. Sebaliknya, dia menganggap mereka adalah seperti sebuah keluarga.
“Sebenarnya saya lebih senang melihatlebih ramai pelakon baharu yang muncul sekarang. Sekurang-kurangnya ia menunjukkan dunia sinetron semakin berkembang dan akan memeriahkan lagi industri hiburan di Indonesia,” ujarnya.
Kini selain bergelar seorang pelakon, anak kepada pasangan Henry Willy dan Yora Febrine itu melangkah setapak lagi apabila mula berjinak-jinak pula dengan bidang nyanyian.
Menurutnya, percubaannya untuk menjadi penyanyi bermula sejak setahun yang lalu apabila dicadangkan oleh seorang pengarah sinetron dan kini dia sudah menghasilkan empat buah single seperti Kutetap Menanti, Lebih Dari Itu, Tafakur dan Pantas Untukku.
“Rasanya tidak salah kalau saya mahu mencuba sesuatu bidang yang baharu. Biarpun saya sudah mula menyanyi, tetapi lakonan masih lagi menjadi keutamaan dan ketika ini saya masih lagi dalam proses pembelajaran untuk menjadi seorang penyanyi.
NIKITA yang kini sibuk mempromosikan kerjayanya sebagai penyanyi tetap memilih dunia lakonan di tangga pertama.
“Kalau ada masa terluang saya akan turut menghadiri kelas vokal bagi memantapkan lagi cara nyanyian saya. Buat masa ini, saya lebih sesuai untuk membawakan lagu yang berentak balada,” jelasnya.
Ujarnya lagi, sehingga kini dia masih lagi belum mempunyai sebarang album dan lebih banyak menghasilkan single. Mengikut perancangan, album sulungnya masih lagi dalam proses dan dijangka akan menemui peminat pada awal tahun hadapan.
NIKITA menafikan dia mempunyai hubungan istimewa dengan pemain bola sepak Indonesia, Diego Michiels.
Putus cinta Seperti kebanyakan pelakon-pelakon lain, Nikita juga tidak terlepas daripada dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan beberapa orang jejaka yang turut menjadi tumpuan peminatnya.
Malah, dia dikatakan telah menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang pelakon iaitu Bara Tampubolon sehingga gambarnya bersama jejaka tersebut ketika menghadiri sebuah parti tersebar di Internet.
Ditanya tentang status dirinya ketika ini, pelakon berkenaan tidak mahu mengulas lebih panjang dan menyatakan dirinya kini tidak mempunyai sebarang hubungan dengan mana-mana lelaki.
“Saya mengaku yang sebelum ini Bara dan saya adalah merupakan pasangan kekasih dan kami bercinta selama lapan bulan. Namun, hubungan kami sudah pun berakhir kira-kira dua minggu yang lalu. Sejujurnya saya tidak mahu komen kerana agak sedih dengan perpisahan ini. Cuma apa yang boleh saya katakan antara punca utama kami tidak lagi bersama kerana tiada lagi persefahaman dan perbezaan agama,” jelas anak sulung dari dua orang beradik itu.
Namun begitu, Nikita turut menolak dakwaan yang mengatakan hubungannya dengan Bara putus disebabkan dia menjalinkan hubungan cinta dengan pemain bola sepak terkenal Indonesia iaitu Diego Michiels.
Tegasnya, dia langsung tidak mengenali pemain bola sepak tersebut yang beraksi semasa Sukan SEA yang lalu, walaupun gambar mereka berdua dikatakan telah tersebar di internet.
“Mustahil untuk saya dan Diego bercinta kerana kami berdua langsung tidak saling mengenali. Tentang gambar yang tersebar itu, ada peminat yang meminta untuk kami bergambar berdua ketika bertemu secara kebetulan di sebuah tempat dan saya tidak sangka ia akan beredar di Internet,” ujarnya.
Bagaimanapun, pelakon itu turut mengakui sangat meminati sukan bola sepak dan turut menjadi salah seorang penyokong yang hadir ke stadium untuk menyaksikan perlawanan dalam menentukan pingat emas Sukan SEA yang membabitkan perlawanan antara Indonesia menentang Malaysia.
Jadi doktor Walaupun Nikita menjadikan lakonan sebagai bidang kerjaya utama dan namanya memuncak ketika masih lagi bersekolah, tetapi dia masih lagi mampu meneruskan persekolahannya seperti biasa.
Ujarnya, kesibukan sebagai seorang pelakon tidak boleh dijadikan alasan untuk dia melupakan pelajaran. Dia hanya akan menjalani penggambaran selepas tamat sesi persekolahan dan pada hujung minggu.
WALAU sibuk sebagai artis, Nikita masih mahu melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi. Dia mahu menjadi seorang doktor.
“Pelajaran masih lagi tetap menjadi keutamaan dan tidak sukar untuk saya membahagikan masa antara berlakon dan belajar. Saya beruntung kerana ibu sendiri yang bertanggungjawab untuk menguruskan diri saya termasuk jadual lakonan.
“Lagipun dalam tempoh seminggu saya cuma hadir ke sekolah selama tiga hari sahaja iaitu pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Kini saya baharu sahaja tamat sekolah menengah dan dapat menumpukan sepenuhnya dalam lakonan,” ujarnya.
Pada masa yang sama, pelakon yang menggondol dua anugerah pada acara Panasonic Gobel Awards 2011 menerusi kategori Aktres Paling Diminati dan Sinetron Pilihan itu tidak pernah melupakan cita-citanya ketika kecil dahulu.
“Sebenarnya sudah lama saya menanam impian untuk menjadi seorang doktor. Malah, saya sudah merancang untuk melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti di Indonesia dalam bidang kedoktoran tidak lama lagi,” ujarnya.
NAMA Nurul Ain Nordin, 23, sebelum ini tiada siapa yang peduli apatah lagi ingin mencungkil siapakah gerangannya. Namun, apabila gambar mirip aksi separuh bogelnya itu tersebar di internet ramai pula pihak yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang siapakah gerangannya Nurul Ain dan tidak kurang juga yang mengeji dan menyifatkan penampilan pelakon yang baru setahun jagung itu sebagai melampau.
Semua itu berlaku akibat sikap terbuka Nurul Ain beraksi memakai kain batik dan mendedahkan belakang badannya sehingga ke pangkal punggung untuk hiasan poster filem pertamanya Suatu Malam Kubur Berasap.
Namun, perlukah mendedahkan tubuh untuk sebuah produksi filem tempatan?
Nurul Ain memberikan jawapan klise - dia sanggup melakukankannya demi menjayakan watak. Katanya, perkara itu dilakukan atas perjanjian bersama dengan pihak produksi filem itu iaitu OutLoud Studios Sdn. Bhd.
“Saya cuma mendedahkan belakang badan saya pada kru filem tetapi tidak pada penonton.
Dalam filem itu nanti penonton akan lihat belakang badan saya itu terdapat efek akar dan kudis dan ia sama sekali menutupi belakang badan saya,” katanya yang melakonkan watak wanita bernama Siti Chempaka yang mati dirogol dan dibunuh dalam filem Suatu Malam Kubur Berasap yang dijadualkan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara menjelang 22 Disember ini.
Dalam nada kesal, ujar Ain, dia tidak sangka gambar yang dirakamkan itu disebarkan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab tanpa pengetahuannya.
“Saya mangsa keadaan. Saya tidak tahu bagaimana gambar itu boleh tersebar. Saya dapat tahu mengenai gambar itu juga melalui sebuah blog lantas terkejut dan sedih dengan tindakan serta komen-komen yang dilemparkan penulis tersebut kepada saya.
“Saya tidak pasti bagaimana gambar itu boleh terlepas ke tangan individu itu kerana mengikut perjanjian bersama dengan pihak produksi gambar itu hanya digunakan untuk proses suntingan poster filem Suatu Malam Kubur Berasap,” luahnya kecewa kepada Kosmo! ketika sesi fotografi yang berlangsung di Studio Utusan, Kuala Lumpur.
Apa yang menjadi persoalan, adakah gambar tersebut disebarkan oleh pihak produksi sendiri sebagai salah satu strategi untuk mencipta kontroversi seterusnya melariskan filem tersebut? Kenapa Nurul Ain tidak berfikir jauh sebelum beraksi sedemikian rupa? Atau mungkin dia terlalu naif mengikut sahaja kemahuan pihak produksi atau berpura-pura kesal tetapi sanggup berkorban demi menjayakan watak?
Ekoran penyebaran gambar tersebut juga anak kedua daripada tiga beradik itu dihimpit kebencian maha hebat daripada keluarga, teman-teman dan juga pensyarah-pensyarahnya.
Malah, muncul khabar angin Nurul Ain turut dibuang universiti dan keluarga. Benarkah?
“Saya bukan kena buang. Memang ada seorang daripada pensyarah fakulti saya yang mengeluarkan kenyataan kepada pihak fakulti bahawa saya tidak layak digelar pelajar dan patut dibuang ekoran kontroversi tersebut.
“Atas sebab itu saya segera berjumpa dengan dekan dan memberitahu perkara sebenar kepadanya. Akhirnya saya dapat meneruskan pembelajaran saya yang tinggal hanya satu semester itu dan berjaya menamatkannya sebelum memperoleh diploma Teknologi Kreatif dan Artistik.
“Saya akui memang ibu saya begitu marah dan terkilan dengan tindakan saya dan penyebaran gambar tersebut. Hampir sebulan dia tidak mahu bercakap dan berjumpa dengan saya. Malah, sehingga kini dia masih marahkan saya dengan penyebaran gambar tersebut.
“Saya faham ibu marah sebab dia merupakan pensyarah dan kaunselor. Bila jadi isu macam ini ramai yang keluar kenyataan berbaur kecaman di facebook dan blog yang berbunyi ‘mak kaunselor tetapi anak berperangai macam ini’,” ujarnya yang turut mengakui ibunya sebelum ini tidak mengetahui tentang tindakannya beraksi sedemikian rupa dalam filem tersebut.
Ungkap Ain yang memohon dirahsiakan nama universiti tempat dia belajar, teman lelaki dan juga rakan-rakannya sanggup memutuskan hubungan dengan dirinya selepas tercetuskan kontroversi penyebaran gambar tersebut.
Ditanya adakah dia serik untuk beraksi seksi seperti itu menerusi drama atau filem lain selepas ini, tuturnya berani dan tegas: “Saya tidak serik dan tetap akan beraksi seksi jika itu tuntutan jalan cerita. Asalkan ia tidak terlalu keterlaluan.”
“Saya berani untuk buat lakonan seperti itu lagi. Kita kena ambil yang positif. Masih belum ada lagi pelakon wanita yang berani seperti itu. Saya mahu berlakon seperti pelakon-pelakon wanita Hollywood yang tidak takut menjayakan apa jua watak yang diminta tetapi ia tidaklah sehingga keterlaluan,” tegasnya.
DARI kiri: Angah, Ain dan Isma berganding dalam filem Suatu Malam Kubur Berasap.
Sementara itu, menurut penerbit eksekutif dan Outloud Studio yang juga merupakan pengarah Suatu Malam Kubur Berasap, Ernie Chen, foto kontroversi membabitkan Nurul Ain tersebut bukan disebarkan oleh pihaknya dan dia sendiri tidak mengetahui siapakah dalang di sebalik perbuatan tidak bermoral itu.
“Kami tidak mempromosikan foto sebegitu kerana itu bukan apa yang kami rancangkan. Ia juga tidak masuk dalam rangka promosi kami dan saya rasa orang lain yang cuba untuk ‘mempromosi’kan filem ini untuk kami.
“Foto itu juga sebenarnya tidak akan keluar langsung sebegitu rupa kerana apa yang ingin dilakukan adalah menambah mekap untuk Ain kelihatan seperti hantu dan bukannya terdedah seperti yang tersebar dalam laman web itu,” tegas Ernie yang turut memberitahu terdapat dua babak filem itu telah dipotong atas arahan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM).
Dua babak tersebut membabitkan babak Ain yang baru selesai mandi di sebatang sungai yang mana menampakkan sedikit bahagian bahunya dan babak lakonan Ain bersama Zach X-Factor, yang mana Zach ketika digambarkan sebagai mencium dahi Ain.
Menurut Ernie, dia sendiri tidak faham mengapa babak tersebut harus dipotong kerana ia tidak keterlaluan sepertimana filem-filem romantik tempatan lain yang tidak pula dipotong babak-babak sebegitu.
“Namun, kami terpaksa akur dengan permintaan LPF dan memotong dua babak tersebut yang masing-masing memakan durasi selama dua saat.
Katanya lagi: “Dari mula penyebaran foto dan kontroversi itu secara meluas menerusi internet, pihak kami mereka tidak pernah ingin memberi sebarang penjelasan mengenai isu tersebut merasakan ia suatu perkara yang tidak perlu.”
DUA suspek dibawa ke kawasan semak di Kampung Macang Kudong, Pokok Sena semalam bagi membantu siasatan kematian Hamdan.
Angkara mengikut nafsu marah dan cemburu membuak-buak kerana mengesyaki isteri mempunyai hubungan istimewa dengan orang lain, seorang lelaki bersama seorang anak lelakinya bertindak di luar dugaan membelasah sehingga mati kenalan isterinya itu.
Tragedi malang yang berlaku pada pukul 11 pagi itu di satu kawasan semak samun di Kampung Macang Kudong, Pokok Sena di sini kelmarin menyebabkan Hamdan Saad, 54, yang cedera teruk di kepala dan beberapa bahagian badan lain meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini semalam.
Hamdan didakwa mempunyai hubungan baik dengan seorang wanita yang berusia 40-an yang dipercayai isteri kepada suspek berusia 50 tahun dan juga ibu kepada pemuda berusia 22 tahun yang terlibat dalam kejadian itu.
Selepas dibelasah, Hamdan yang tidak bekerja dikejarkan ke HSB pukul 1 petang kelmarin namun meninggal dunia selepas 12 jam dirawat di HSB.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Supritendan Baharom Abu berkata, mangsa yang dalam keadaan tenat ditemui oleh anaknya di dalam parit di ladang kelapa sawit iaitu kira-kira 15 meter dari tempat mangsa dipukul.
Menurut beliau, mangsa dipercayai terjatuh ke dalam parit ketika cuba keluar dari kawasan itu selepas cedera dibelasah.
“Selepas dipukul, mangsa sempat bercakap dan meminta bantuan daripada salah seorang anaknya menerusi panggilan telefon,” kata beliau ketika ditemui di bilik mayat HSB di sini semalam.
Baharom memberitahu, mangsa kemudian dibawa pulang ke rumahnya di Pekan Langgar di sini sebelum dihantar ke HSB.
“Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia pada awal pagi ini (semalam) akibat masalah jantung yang mempunyai kaitan dengan dipukul dan mempunyai tekanan emosi,” ujar beliau.
KUALA LUMPUR: “Hidup siapa tenteram kalau tiba-tiba terpaksa menjadi penjamin hutang lebih RM2.5 juta sedangkan saya tidak tahu apa-apa,” kata pelakon terkenal, Fizo Omar selepas menyedari dia menjadi penjamin bagi pinjaman bank yang dibuat sebuah syarikat di Damansara, di sini.
Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 26, berkata dia mengetahui mengenai pinjaman itu selepas dihubungi pihak bank yang memaklumkan tunggakan bayaran oleh peminjamnya.
“Semuanya bermula pada 2008 sebelum saya menceburi bidang lakonan. Saya dilantik menjadi ahli lembaga pengarah sebuah syarikat yang dikendalikan seorang kenalan.
“Saya keluar daripada syarikat itu pada hujung tahun sama kerana mahu menumpukan karier sebagai pelakon sehingga saya mengetahui bank menghantar notis tahun lalu kerana kegagalan menjelaskan pinjaman,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat untuk mendapatkan bantuan perundangan di sini, semalam.
Menurutnya, dia mengambil masa setahun menyelesaikan masalah itu secara peribadi dan melalui pelbagai dilema sebelum tampil mendapatkan bantuan di SukaGuam.
Kalau cerita pasal ramalan mimpi artis-artis ni, korang mesti ingat lagi dengan ramalan Uncle Seekers terhadap artis malaysia. Kali ni dia buat kejutan dengan meramal Afdlin Shauki akan menemui ajal. Dia ni seorang yang suka buat ramalan itu dan ini, dan ada antara ramalan beliau benar tapi mungkin itu cuma kebetulan.
Korang boleh baca ramalan-ramalan kat blog dia (KLIK SINI). Tapi sebagai umat Islam kita dilarang untuk mempercayainya. Hukumnya haram. Tapi bagaimana pula mentafsirkan mimpi macam ni? haa. tu kena tunggu yang pakar jawab. Tapi kita pun tahu hukumnya kan?
KOTA BHARU: Banglo hadiah kerajaan Kelantan kepada Khairul Fahmi Che Mat sebagai penghargaan kerana membantu Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki tahun lalu sudah siap, namun ia belum diserahkan kepada penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan itu kerana belum menemui masa sesuai.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Belia, Sukan Dan NGO Negeri, Abdul Latiff Ab Rahman berkata, mengikut perancangan banglo itu akan diserahkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Khairul Fahmi atau lebih mesra dengan panggilan Apek.
Menurutnya, sehingga kini majlis penyerahan rasmi banglo itu masih tertangguh berikutan Menteri Besar masih mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan manakala Khairul Fahmi pula sibuk menjalani latihan.
“Kita (kerajaan negeri) akan menyerahkan rumah banglo itu kepada Khairul Fahmi seperti yang dijanjikan kerana rumah terbabit sudah siap sepenuhnya, malah majlis ringkas akan diadakan sempena penyerahan itu.
SIAP...banglo baru bakal diserahkan kepada Apek tidak lama lagi.
“Bagaimanapun, disebabkan kedua-dua pihak masih sibuk dengan urusan masing-masing, kita tangguhkan penyerahan rumah berkenaan sehingga tiba waktu sesuai. Namun kita akan berusaha mempercepatkan proses penyerahan banglo itu,” katanya.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Selasa, menangguhkan prosiding perbicaraan tuntutan nafkah dua anak penyanyi popular, Zainal Abidin kepada 14 Disember depan ekoran hakim yang mendengar kes tersebut sedang bercuti.
Kes itu sepatutnya didengar pada hari ini di hadapan Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain dan bekas isteri Zainal Abidin, Natasya Gabriel Abdullah selaku plaintif dijadualkan menyambung kembali keterangannya.
Pihak media dimaklumkan mengenai penangguhan tersebut oleh peguam syarie Norhusniah Husin yang mewakili Natasya manakala Zainal Abidin diwakili oleh peguam syarie Abdul Halim Bahari.
Natasya, 52, yang merupakan bekas model memfailkan permohonan pada tahun lalu bagi menuntut hutang nafkah dua orang anak daripada tahun 2002 berjumlah RM167,102.04 terhadap Zainal Abidin.
Wanita bertubuh tinggi lampau itu berkahwin dengan Zainal Abidin atau nama sebenarnya Zainal Abidin Mohamed, 51, pada 24 Mac 1987 dan pasangan itu disahkan bercerai pada 12 Disember 2000.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki, Mikhail, 18, yang merupakan seorang autisme dan seorang anak perempuan, Timur yang kini berusia 16 tahun.
Selain itu, Zainal Abidin yang merupakan bekas vokalis kumpulan Headwind juga menghadapi tuntutan Natasya untuk mengubah perintah nafkah bulanan anak yang berjumlah RM200 dinaikkan menjadi RM1,200 sebulan untuk seorang anak.
Natasya pada permohonan itu turut memohon agar nafkah perbelanjaan hari raya berjumlah RM150 diubah menjadi RM300 seorang manakala belanja persekolahan Mikhail ditetapkan pada jumlah RM3,500 sebulan dan RM2,000 bagi pendidikan Timur.
DOKUMENTARI MJ YANG TIDAK PERNAH DITONTON AKAN DILELONG LEBIH RM20 JUTA
LONDON: Sebuah dokumentari yang merakamkan aksi legenda pop Michael Jackson pada tahun 1992-93 ketika beliau sedang mempromosikan konsert 'Dangerous' dijangka akan dilelong melebihi RM20 juta pada hujung bulan ini.
Pita rakaman dokumentari tersebut kini dikatakan berada di tangan salah seorang bekas pemandu peribadi Michael dan dia telah memberi persetujuan kepada sebuah firma lelongan untuk melelong dokumentari berkenaan.
Rakaman di belakang pentas itu dibuat oleh sekumpulan krew dokumentari yang diupah oleh Michael ketika berlangsungnya konsert 'Dangerous' di seluruh dunia antara tahun 1992-93 tetapi beliau akhirnya tidak berpuashati dengan rakaman berkenaan dan membuat keputusan untuk tidak dihasilkan secara komersil.
Satu-satunya pita rakaman tersebut kemudian diserahkan oleh Michael kepada pemandunya ketika itu.
Pemandu berkenaan yang mendakwa beliau memperolehi pita rakaman itu sebagai hadiah istimewa daripada Michael di atas perkhidmatan yang diberikannya telah menyimpan pita rakaman itu dan tidak memaklumkan kepada sesiapa pun termasuklah kakitangan Michael.
Tidak ada siapa pun mengetahui mengenai kewujudan pita rakaman tersebut sehinggalah klip ringkas mengenainya tersiar dalam laman You Tube baru-baru ini.
Michael yang meninggal dunia pada Jun 2009 kerana mengambil sejenis ubat penenang yang sangat kuat bernama Propofol tidak meninggalkan sebarang wasiat atau nota mengenai rakaman video berkenaan.
Sejak tersiarnya klip berkenaan dalam YouTube, para peguam syarikat rakaman Michael cuba membuat tuntutan hak ke atas dokumentari tersebut tetapi telah ditolak oleh sebuah mahkamah yang bersetuju bahawa ia adalah hadiah yang diberikan oleh Michael kepada pemandunya itu.
Bagaimanapun mahkamah menghalang pemandu tersebut daripada membuat salinan.
Dokumentari berdurasi dua jam itu dijangka membuat keuntungan berjuta-juta ringgit apabila ia dilelong kerana dikatakan mengandungi rakaman kandid di belakang pentas termasuklah mengandungi rakaman Jordy Chandler yang pernah menuduh Michael mencabul kehormatannya sebelum kes mereka diselesaikan di luar mahkamah.
CEO Fame Bureau Auctioneers, Ted Owen, yang akan bertanggungjawab melakukan lelongan tersebut berkata; "Rakaman dokumentari itu sangat bernilai tinggi kerana kualiti rakamannya termasuklah insiden-insiden kandid di belakang pentas serta jumlah kamera yang digunakan dan juga keistimewaan ia dirakamkan begitu hampir dengan persembahan Michael sepanjang konsert Dangerous."
Dalam pada itu, pemegang hak harta peninggalan Michael telah memberi lampu hijau kepada Kumpulan Queen untuk mengeluarkan album rakaman penyanyi mereka mendiang Freddie Mercury dengan Michael yang dibuat pada awal tahun 1980-an di Amerika Syarikat.
4 Nov – "Saya sendiri tidak mengetahui bahawa akan ada babak tersebut". Itulah kata Angah Raja Lawak (gambar, tengah)ketika ditanya tentang satu babak dalam filem terbarunya arahan Bob Hashim, "Alamak Toyol! " yang sudah ditayangkan di pawagam pada 3 November lalu.
Dalam babak yang dikatakan mungkin mencipta kontroversi itu, toyol (lakonan Afiq Izzudin) tersebut telah menghisap puting Angah.
"Sebelum penggambaran bermula, Afiq telah berbincang dengan Bob terlebih dahulu tanpa pengetahuan saya. Apabila penggambaran bermula, Bob telah meletakkan Afiq di atas bahu saya. Apabila 'action' sahaja, Afiq terus mengigit puting saya tanpa main-main sehinggakan saya rasa ngilu," jelas Angah ketika ditemui baru-baru ini.
Kata Along Cham (gambar, kiri) yang turut digandingkan bersama dalam filem komedi tersebut, rasa ngilu turut dirasainya yang duduk bersebelahan Angah ketika itu.
"Babak tersebut mengambil masa dan perlu ulang hampir 10 kali. Apabila Angah dan Afiq melakonkan babak tersebut, saya yang duduk bersebelahannya turut terasa ngilu."
Apabila ditanya jika babak itu akan menimbulkan sebarang isu atau pandangan negatif terutamanya kepada kanak-kanak, Angah menganggap babak tersebut tidaklah melampau.
"Jika ia dipandang negatif, maka babak tersebut akan jadi negatif. Pada pendapat saya, babak tersebut tidak melampau. Ia bukanlah babak yang menampilkan aksi ranjang atau ghairah kerana itulah yang baru kita boleh katakan negatif," jelas Angah.
"Alamak Toyol!" turut dibintangi Hamid Gurkha, Yank Kassim, Adeline Tsen dan ramai lagi.
Sinopsis ALAMAK TOYOL
Kisah bermula dengan Pak Umar yang pergi berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan toyol atas niat untuk cepat kaya. Bomoh itu mempunyai banyak koleksi toyol dan setiap toyol mempunyai harga masing-masing. Oleh kerana tidak mampu, Pak Umar mengambil toyol yang paling murah. Setelah mengambil toyol dari bomoh, bomoh tersebut mengecop barcode di dada kiri Pak Umar. Pada waktu yang sama, Fakhrul dan Kudin yang juga merupakan sahabat baik juga memikirkan jalan untuk mendapatkan duit. Hampir setiap hari mereka mencuba kaedah baru untuk merompak namun semuanya gagal.
Sehinggalah pada suatu hari, Fakhrul dan Kudin mahu merompak Pak Umar namun Pak Umar tiada duit untuk diberikan pada mereka. Pak Umar bercadang mahu memberi toyol tersebut pada Fakhrul dan Kudin. Pada mulanya Fakhrul dan Kudin menolak toyol itu. Namun lama-kelamaan mereka sanggup untuk menerima toyol itu daripada Pak Umar. Toyol beralih arah dan barcode di dada kiri Pak Umar hilang serta-merta dan timbul barcode di dada kiri Fakhrul dan Kudin. Sejak hari itu, bermulalah kisah Fakhrul dan Kudin yang mahu jadi cepat kaya. Malangnya nasib mereka apabila toyol yang diambil dari Pak Umar itu tidak pandai mencuri. Fakhrul dan Kudin terpaksa mengajar teori dan praktikal kepada toyol tersebut untuk mencuri.
Di satu tempat yang lain, Farah yang selama ini setia bekerja dengan Daniel akhirnya mengetahui rupa-rupanya selama ini Daniel menjalankan perniagaan haram iaitu dengan menyeludup dadah. Farah yang mengetahui hal ini telah membuat laporan polis namun pihak polis tidak berjumpa sebarang bukti. Daniel berdendam dengan Farah dan berniat mahu menghapuskan Farah. Suatu malam yang dingin, oleh kerana banyak kali gagal dalam mencuri, Fakhrul dan Kudin berniat untuk mengembalikan toyol pada Pak Umar kembali. Toyol dengan wajah sedih meminta satu lagi peluang dari Fakhrul dan Kudin. Toyol telah masuk untuk merompak rumah Farah dan di sini menjadi titik permulaan pertemuan antara Fakhrul, Kudin dan Farah. Fakhrul dan Kudin terpaksa menolong Farah untuk membongkarkan rahsia Daniel dalam masa yang sama mereka terpaksa mencari Pak Umar untuk mengembalikan toyol tersebut.
Bagi yang tidak berkesempatan menonton rancangan Anugerah Skrin 2011 malam tadi,Disini uLan sediakan senarai penuh pemenang Anugerah Skrin 2011 untuk info korang semua… Amacam Prediction korang tepat tak? Harap semua berpuas hati dengan keputusannya walaupun acara Anugerah Skrin 2011 kali nie nampaknya sangat sangat tidak menarik perhatian uLan,dimana ada insiden ipad rosak??? hua hua hua,setiap majlis pasti ada kekurangannya,tetapi janganlah nampak sangat kecacatan nye kan…. By the Way… Juvana is the Best…. hehehe….
Jom lihat keputusan penuh para pemenang Anugerah Skrin 2011! Mari kita tengok siapa yang kena!
Kategori Drama
Drama Terbaik – ‘Sanggul Beracun’ – Sabri Yunus Pelakon Lelaki Terbaik Drama – Eman Manan, ‘Janji Syurga’ Pelakon Wanita Terbaik – Umie Aida, ‘Airmata Nur Salina’ Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Allahyarham Faizal Yusof, ‘Jangan Hantar Aku Ke Neraka’ Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Elfira Loy, ‘Kum Kum’ Pengarah Terbaik Drama – Sabri Yunus, ‘Sanggul Beracun’ Lakon TV Terbaik – Sabri Yunus, ‘Sanggul Beracun’ Drama Rantaian Terbaik – ‘Juvana’, Filmscape Sdn Bhd Drama Komedi Terbaik – ‘Geng Surau’ Videografi Terbaik – ‘Sanggul Beracun’, Balang Rimba Sdn Bhd
Kategori Filem
Filem Terbaik – ‘Magika’, KRU Studio Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Remy Ishak, ‘Cun’ Pelakon Wanita Terbaik Filem – Siti Sharifah (Eja), ‘Janin’ Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem – Sidik Hussin, ‘Karak’ Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem – Nadiya Nisaa, ‘Cun’ Pengarah Terbaik Filem – Osman Ali, ‘Cun’ Lakon Layar Terbaik Filem – ‘Aku Tak Bodoh’, Erhan Baharudin / Sujin Lee
Kategori Penerbitan Dalaman
Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik – ‘Suatu Ketika: Ep YuenYuet Leng Rancangan Bual Bicara Terbaik – Selami Jiwa: Dato’ Fadzillah Kamsah Rancangan Hiburan Terbaik – Maharaja Lawak Akhir Rancangan Muzikal Terbaik – Shout Awards 2010 Rancangan Realiti Terbaik – Showdown 2011: Top 12 Show Laporan Khas / Berita Terbaik – Buletin Utama, ‘Pengemis Terhemat’.
Anugerah Khas
Anugerah Yasmin Ahmad – Syamsul Yusof Anugerah Artis Harapan Pantene – Fazli Daniel Ali, ‘Yang Terpuji’
This is the official teaser for najwa's second single iaitu "Carta Hati"
Najwa : Assalamualaikum! This is the official teaser for my second single iaitu "Carta Hati". InshaAllah, lagu ini akan direlease sepenuhnya dalam masa terdekat ini. Thank you for your awesome support people! Spread love! :D