Home » Archives for November 2011
Posted by infosuam on 02:33

TUNTUTAN NAFKAH ANAK ZAINAL ABIDIN DITANGGUH
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Selasa, menangguhkan prosiding perbicaraan tuntutan nafkah dua anak penyanyi popular, Zainal Abidin kepada 14 Disember depan ekoran hakim yang mendengar kes tersebut sedang bercuti.Kes itu sepatutnya didengar pada hari ini di hadapan Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain dan bekas isteri Zainal Abidin, Natasya Gabriel Abdullah selaku plaintif dijadualkan menyambung kembali keterangannya.Pihak media dimaklumkan mengenai penangguhan tersebut oleh peguam syarie Norhusniah Husin yang mewakili Natasya manakala Zainal Abidin diwakili oleh peguam syarie Abdul...
Read more »
Posted by infosuam on 02:27

DOKUMENTARI MJ YANG TIDAK PERNAH DITONTON AKAN DILELONG LEBIH RM20 JUTA
LONDON: Sebuah dokumentari yang merakamkan aksi legenda pop Michael Jackson pada tahun 1992-93 ketika beliau sedang mempromosikan konsert 'Dangerous' dijangka akan dilelong melebihi RM20 juta pada hujung bulan ini.Pita rakaman dokumentari tersebut kini dikatakan berada di tangan salah seorang bekas pemandu peribadi Michael dan dia telah memberi persetujuan kepada sebuah firma lelongan untuk melelong dokumentari berkenaan.Rakaman di belakang pentas itu dibuat oleh sekumpulan krew dokumentari yang diupah oleh Michael ketika berlangsungnya konsert 'Dangerous' di seluruh dunia...
Read more »
Posted by infosuam on 02:16

HEMPAS ANAK ATAS KAKI LIMA
GEORGE TOWN - Tidak tergambar kesakitan yang ditanggung oleh seorang budak lelaki berusia lapan tahun apabila dia cedera parah selepas ditumbuk, disepak dan dihempas ke lantai oleh bapanya yang naik angin dalam kejadian di Rumah Pangsa Desa Intan dekat Farlim di sini semalam.Kejadian pukul 11.30 pagi itu berlaku apabila lelaki berusia 34 tahun yang merupakan seorang tabib Cina mendera anaknya di kaki lima rumah hingga meraih rasa simpati jiran-jiran.Bukan itu sahaja, nenek mangsa yang merupakan ibu suspek turut cedera di kepala selepas dihentak dengan topi keledar oleh suspek ketika warga emas berusia lingkungan 60-an...
Read more »
Posted by infosuam on 02:10

Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR 15 Nov. – Seramai 152,182 anak luar nikah direkodkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari 2008 hingga 2010.Timbalan Menteri berkenaan, Heng Seai Kie berkata, daripada jumlah itu, Sabah mencatat angka tertinggi dengan 41,490 orang, diikuti Selangor (18,983) dan Sarawak (17,570).Beliau berkata, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah menjalin kerjasama strategik dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara bagi mengintegrasikan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial."Program itu telah melibatkan 64,000 remaja mengenai pendidikan dan risiko yang terpaksa ditempuhi kerana...
Read more »
Posted by infosuam on 02:03

PERBAHARUI LESEN MEMANDU IKUT TARIKH LAHIR MULAI 21 NOV
PUTRAJAYA 15 Nov. – Mulai Isnin depan (21 November), orang ramai boleh mula memperbaharui lesen memandu mereka mengikut tarikh lahir, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.Beliau berkata, melalui inisiatif itu, tarikh tamat tempoh lesen memandu adalah sama dengan tarikh lahir seseorang pemegang lesen."Inisiatif itu juga dibuat bagi memudahkan orang ramai mengingati tarikh memperbaharui lesen memandu selain mengurangkan kes pemegang lesen tidak aktif,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.Cho Ha berkata, diharapkan selepas ini, tidak timbul lagi isu lupa untuk memperbaharui...
Read more »
Posted by infosuam on 01:59

PENERBITAN AKHBAR MALAY MAIL DIHENTIKAN SEMENTARA
KUALA LUMPUR 15 Nov. – The Malay Mail hari ini mengumumkan ia akan menghentikan sementara penerbitan akhbar itu dan akan diterbitkan semula pada Januari tahun depan.Edisi hari ini adalah yang terakhir sebagai akhbar tengah hari percuma dan pembaca perlu membayar RM1 untuk akhbar baru The Malay Mail pada tahun depan."Kami berpendapat ia adalah sumbangan kecil dan pembaca kami tidak keberatan untuk menyumbang kerana ia akan membantu akhbar ini untuk menyalurkan berita kepada pembaca yang lebih luas,” kata pengarang beritanya, Terence Fernandez dalam satu kenyataan hari ini.Kenyataan itu...
Read more »
Posted by infosuam on 01:53

RAKYAT MALAYSIA PALING RAMAI
DENGAR SIARAN RADIO
KUALA LUMPUR 15 Nov. – Rakyat Malaysia merupakan pendengar radio paling ramai di Asia Pasifik dengan purata masa pendengaran 21 jam dan 34 minit seminggu, menurut Pengukuran Pendengar Radio (RAM) Nielsen.Nielsen berkata, berdasarkan bancian baru-baru ini, didapati sembilan dari 10 pengguna di Semenanjung Malaysia berumur 10 tahun ke atas mendengar radio."Purata masa untuk mendengar siaran radio di Malaysia adalah yang tertinggi di kalangan enam pasaran Asia Pasifik yang diliputi bancian berkenaan,” kata kenyataan Nielsen.Bancian berkenaan mewakili 3,000 individu sebagai sampel yang dijalankan...
Read more »
Posted by infosuam on 01:46

Muhyiddin Yassin dan Saifuddin Abdullah (kanan) melihat laman web Agensi Kelayakan Malaysia sewaktu majlis pelancaran Pelan Induk Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Nasional 2011-2020 di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Abdul Razak Latif
KUALA LUMPUR 14 Nov. - Semua institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan perlu mempunyai sistem akreditasi yang mampu menarik minat orang ramai yang sudah bekerja untuk menyambung pelajaran bagi menjayakan program pembelajaran sepanjang hayat.Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, buat masa ini hanya Universiti Terbuka Malaysia (OUM) yang telah mengorak...
Read more »
Posted by infosuam on 20:00

Ini bagi yang dapatkan tips tidur dengan lena bagi sesiapa yang tak tahu lagi mengenai hal ini, kalau korang nak tau kenyataannya setelah terbangun korang akan merasa lebih tegang (stress). Bahkan ada yang merasa seperti tidak tidur semalaman. Senang kata tidur tak puas la.Sewaktu kita tidur sebenarnye kalau korang nak tau otak tidak pernah tidur. Otak selalu menjalankan aktivitinyer walaupun tidak sesibuk seperti waktu kita berjaga, iaitu menjalankan sistem metabolisme tubuh.Pada malam hari, seiring menurunnya aktiviti tubuh, rentak gelombang otak pun mengalami penurunan.Namun apabila kita tidur sambil mendengarkan musik, television dalam...
Read more »
Posted by infosuam on 10:17

Pakar psikologi telah mencipta corak2 tersebut. Mereka telah mengujinya di peringkat global, selama beberapa tahun. Terdapat 9 jenis personaliti asas.Pilih corak di bawah yang menggambarkan anda secara tepat/ paling hampir
Jawapan:Dah pilih? Kalau boleh janganlah mengelat ye. Pilih dulu baru baca review tau. Hehehe(Pilihan no gambar dari kiri ke kanan)1- Introspektif, Sensitif, Reflektif
Anda dapat memahami diri dan persekitaran anda dengan lebih kerap dan mendalam jika dibandingkan dengan kebanyakan orang lain. Anda bencikan kedangkalan; anda lebih sanggup bersendirian berbanding dengan bercakap perkara remeh. Perhubunan anda dengan rakan-rakan...
Read more »
Posted by infosuam on 13:00

SINOPSIS ALAMAK TOYOL
4 Nov – "Saya sendiri tidak mengetahui bahawa akan ada babak tersebut". Itulah kata Angah Raja Lawak (gambar, tengah)ketika ditanya tentang satu babak dalam filem terbarunya arahan Bob Hashim, "Alamak Toyol! " yang sudah ditayangkan di pawagam pada 3 November lalu.Dalam babak yang dikatakan mungkin mencipta kontroversi itu, toyol (lakonan Afiq Izzudin) tersebut telah menghisap puting Angah."Sebelum penggambaran bermula, Afiq telah berbincang dengan Bob terlebih dahulu tanpa pengetahuan saya. Apabila penggambaran bermula, Bob telah meletakkan Afiq di atas bahu saya. Apabila 'action' sahaja, Afiq terus mengigit...
Read more »
Posted by infosuam on 13:00

PROTON Holdings Berhad (Proton) mengesahkan akan mengeluarkan model terbarunya yang dilengkapi enjin Campro 1.6 turbo tahun depan dan ketika ini produk berkenaan dikenali dengan kod P3-21A.Pengarah Urusan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, kereta terbabit ialah rekaan terbaru yang tiada kaitan dengan model Persona seperti dijangkakan umum sebelum ini.“Ia bukan model gantian atau kesinambungan kepada Persona. Ramai orang kaitkannya dengan Persona, tetapi bukan…tengok pun tidak nampak seperti Persona.“Sebaliknya ia memang kereta baru dengan reka bentuk baru…tetapi namanya tidak boleh didedahkan dulu buat masa...
Read more »
Posted by infosuam on 13:00

Bagi yang tidak berkesempatan menonton rancangan Anugerah Skrin 2011 malam tadi,Disini uLan sediakan senarai penuh pemenang Anugerah Skrin 2011 untuk info korang semua… Amacam Prediction korang tepat tak? Harap semua berpuas hati dengan keputusannya walaupun acara Anugerah Skrin 2011 kali nie nampaknya sangat sangat tidak menarik perhatian uLan,dimana ada insiden ipad rosak??? hua hua hua,setiap majlis pasti ada kekurangannya,tetapi janganlah nampak sangat kecacatan nye kan…. By the Way… Juvana is the Best…. hehehe….Jom lihat keputusan penuh para pemenang Anugerah Skrin 2011! Mari kita tengok siapa yang kena!
Kategori Drama
Drama Terbaik...
Read more »
Posted by infosuam on 22:00

Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR: Gadis penjual bunga. Itu taktik terbaru digunakan sekumpulan 31 wanita termasuk tujuh warga tempatan menjual kalungan bunga plastik kepada pelanggan yang menjamu selera di Medan Selera Jalan Geylang, Pudu, di sini, sebelum menawarkan khidmat seks.Kegiatan wanita terbabit yang kebanyakan pelacur pernah diserbu, tetapi aktif semula beberapa minggu kemudian.Wanita terbabit yang berpakaian seksi dan sering menari mengikut rentak muzik di atas pentas utama di medan selera itu akan pergi ke meja pelanggan yang menjamu selera untuk memujuk mereka membeli bunga kalungan yang dijual dalam empat jenis iaitu berwarna...
Read more »
Posted by infosuam on 21:00

KESAL...Amri melihat facebook milik isterinya yang digunakan untuk menjual gambar bogel.
KUCHING: Sekali lagi facebook disalahgunakan untuk tujuan terlarang. Kali ini membabitkan seorang isteri yang menjual gambar separuh bogelnya dengan menjadikan laman sosial di Internet itu sebagai medium untuk mencari pelanggan dan proses tawar-menawar.Selepas lelaki yang berminat memasukkan wang ke dalam akaun banknya, wanita berusia 35 tahun itu menghantar gambar separuh bogelnya kepada lelaki terbabit melalui khidmat pesanan multimedia (MMS) di telefon bimbit.Perbuatan menjijikkan itu terbongkar selepas suami wanita terbabit yang hanya mahu dikenali...
Read more »
Posted by infosuam on 20:30

Gambar daripada UTUSAN BORNEO Online
MIRI: Seorang nelayan semalam mendapat durian runtuh apabila berjaya menangkap seekor ikan kerapu gergasi yang dianggarkan seberat 200 kilogram, kira-kira tujuh batu nautika dari perairan Miri.Difahamkan, ikan berkenaan telah dijual kepada seorang pemilik restoran tepi laut di Miri dan bakal menjadi santapan paling istimewa kepada pengunjung restoran berkenaan.
-theborneop...
Read more »
Posted by infosuam on 19:00

Penemuan Tengkorak Manusia Raksasa Kaum ‘Ad Umat Nabi Hud AS
...
Read more »
Posted by infosuam on 17:00

Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.
Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 – RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah...
Read more »
Posted by infosuam on 08:00

NAJWA LATIF
This is the official teaser for najwa's second single iaitu "Carta Hati"
Najwa : Assalamualaikum! This is the official teaser for my second single iaitu "Carta Hati". InshaAllah, lagu ini akan direlease sepenuhnya dalam masa terdekat ini. Thank you for your awesome support people! Spread love! :D
Sumber : yout...
Read more »
Posted by infosuam on 22:00

Imam dipenjara 4 tahun, 3 sebatan
REDZUAN diiring keluar dari Mahkamah Majistret Kulaijaya.
KULAIJAYA – Seorang bapa kepada dua anak yang pernah menjadi imam sebuah masjid di sini terpaksa menerima hakikat pahit menjadi penghuni tirai besi selepas Mahkamah Majistret di sini semalam memerintahkannya menjalani hukuman penjara empat tahun dan tiga sebatan kerana menggelapkan wang kutipan zakat sebanyak RM19,510 pada Ogos tahun lalu.Majistret Zaiton Anuar menjatuhkan hukuman itu terhadap Redzuan Mohd. Said, 28, selepas mendengar pengakuan bersalah tertuduh di atas dakwaan tersebut.Bapa kepada dua anak berusia dua dan empat tahun itu dilantik...
Read more »